08 Mac 2009

Poligami boleh mengundang ke neraka?

AHMAD BAEI JAAFAR

Menyebut tentang poligami banyak pihak akan memandang serong kepada yang terlibat walaupun pada setiap hati kecil lelaki inginkan dua tiga isteri. Hal ini kerana poligami yang wujud hari ini dilihat keburukannya lebih terserlah daripada kebaikan.
Poligami dibenarkan oleh Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu takut boleh berlaku adil terhadap anak yatim, kahwinilah perempuan lain sama ada dua, tiga atau empat. Tetapi jika takut untuk berlaku adil, cukuplah satu,” (Surah an-Nisa’: 3).
Melihat pada ayat itu, jelas tiada hukum sunat berpoligami tetapi sekadar tawaran yang membolehkan mereka berpoligami jika mereka mahu. Sungguhpun ada tawaran tetapi disusuli pula dengan ingatan “kalau takut tidak boleh berlaku adil, cukuplah dengan seorang isteri”.
Amalan poligami pada zaman Rasulullah s.a.w. bermula selepas kewafatan isteri Rasul, Khadijah. Setelah berkahwin dengan Aishah yang masih keanak-anakkan, baginda mengahwini wanita lain juga. Amalan pada waktu itu antara lain bertujuan membela ibu tunggal dan anak yatim iaitu dengan mengahwini ibu anak yatim itu.
Walau bagaimanapun amalan itu tidak lagi menjadi perkiraan umat Islam di akhir-akhir ini. Hal ini mungkin kerana anak yatim hari ini sudah ada pembelanya. Rumah anak yatim sudah mengambil peranan para lelaki yang prihatin.
Kini berlaku poligami secara tidak sihat sehingga orang ramai menganggap poligami sebagai menzalimi wanita dan anak-anak. Kesan poligami, keharmonian rumah tangga bertukar kepada kehancuran.
Demi mengawal amalan poligami yang mudah disalahgunakan pada zaman ini, kerajaan menggubal beberapa peruntukan undang-undang mengenai poligami. Terdapat syarat tertentu yang dimasukkan yang lazim telah menjadi amalan ulama terdahulu.
Menurut Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor, Seksyen 23(5) Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon jika berpuas hati bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada antara lain hal-hal keadaan berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak di segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
Sebenarnya berdasarkan peruntukan ini menunjukkan secara nyata bahawa tidak semua orang layak untuk berpoligami. Walaupun terdapat lelaki yang mempunyai pendapatan lebih, belum tentu mereka boleh meneruskan poligami.
Perlu dijelaskan di sini selain ke-wangan faktor iman dan takwa perlu diambil kira sebelum sesuatu perkahwinan poligami itu hendak diteruskan. Kalau tidak, syarat di atas boleh diputarbelitkan oleh pihak yang berkepen-tingan.
Tanpa iman dan takwa, sesebuah perkahwinan poligami itu tidak mungkin akan berlaku adil, malah akan mencetus dosa yang berpanjangan. Lebih malang lagi, apabila hukum hakam tentang poligami sendiri tidak difahami.
Dalam isu ini mungkin kita boleh merujuk kepada filem P.Ramlee, “Madu Tiga”. Melalui filem itu ramai yang rasa terhibur dengan watak lucu pelakonnya, tetapi berapa ramai yang memahami mesejnya. Sebenarnya dalam filem komedi ini cukup memberi mesej yang serius kepada suami dan isteri tentang hukum poligami.
Memang pada permulaannya niat Jamil untuk berkahwin dengan anak pakcik tua yang menyewa rumah sewa ayah Jamil sesuatu yang murni. Selain kerana hendak membela ayah anak gadis itu, Jamil mahu juga menyelamat imannya (kerana keinginan seksnya) yang sering diabaikan isterinya yang sudah tua. Pada masa yang sama niat baik Jamil itu jelas tidak mendapat tentangan daripada bapa mentuanya.
Tetapi niat yang baik itu jelas tidak mendapat restu daripada Allah kerana terdapat unsur-unsur penipuan sejak awal perkahwinan itu lagi. Pertama, Jamil menipu gadis dan bapa gadis itu tentang status dirinya yang sudah berkahwin. Yang kedua, dia menipu isterinya yang kononnya untuk menghadiri majlis perkahwinan orang lain, padahal dia sendiri hendak berkahwin.
Kesan dari penipuan itu, dia terpaksa meneruskan agenda menipu berhari-hari malah berbulan-bulan. Bayangkan dalam tempoh itu, berapa saat dia boleh bahagia dengan isteri barunya. Jawapannya jelas, tidak pernah ada kebahagiaan walaupun sesaat.
Oleh sebab tidak mendapat kebahagiaan dengan perkahwinan itu, dia berkahwin seorang lagi anak gadis yang ternyata lebih cantik daripada kedua-duanya. Tetapi malangnya belum sempat bahagia, tembelangnya terbongkar. Akhirnya berlaku drama kejar mengejar.
Dalam Islam faktor iman dan takwa seseorang akan menjadikan dia jujur dalam segala tindakan. Percayalah kalau Jamil berterus terang dengan isterinya, walaupun pada awalnya dia menentang namun pasti ada titik pertemuan yang baik selepas itu. Memanglah seseorang isteri sukar untuk memberi keizinan kepada suaminya supaya berkahwin lagi, tetapi jika dia jujur, semuanya akan berjalan dengan baik.
Tegasnya jika isteri tidak mahu mengizinkannya, tidak perlu diteruskan demi menyelamatkan rumah tangga yang ada. Jika berlaku juga perkahwinan dalam keadaan tidak restu isteri, boleh jadi suami tidak bahagia kerana terpaksa mencipta pembohongan demi pembohongan sepanjang hayat.
Pada masa yang sama, isterinya terus memendam rasa dan curiga terhadap suami. Keadaan ini akan menjadikan hubungannya dengan isteri pertama tidak murni lagi. Apa guna dapat isteri baru tetapi isteri pertama terus menyepi? Apalah bahagianya dapat isteri muda tetapi isteri tua terus menderita.
Sepatutnya dengan poligami, suami bertambah bahagia di samping isteri-isterinya, dia dapat manfaat daripada semua isterinya. Suami tidak akan ketandusan belaian kasih sayang isteri-isterinya. Pada masa yang sama isteri-isterinya rasa cukup terbela.
Walau bagaimanapun, mana-mana isteri yang tidak mahu berkongsi kasih dengan madunya, harus memberi khidmat bakti, belaian kasih kepada suami seperti awal perkahwinannya walaupun pada usia tuanya. Ingatlah, sikap isteri Jamil dalam kisah di atas adalah punca suaminya terdorong hendak berkahwin lain.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz, saya nak tanya mengenai masalah suami saya yang memutuskan silaturahim dgn kedua ibubapaya dan adik beradiknya setelah berkahwin kali kedua.Masalahnya, keluarga suami tak terima pilihan suami dan menantu baru pernah ugut nak buat laporan polis terhadap bapa mertua kerana mengeluarkan kata2 kesat terhadapnya. Terus terang saya katakan suami tak mampu dari segi nafkah. Hutang kami semakin hari semakin banyak dan suami memberi nafkah kepada isteri kedua hasil drpd yg "sumber yg lain" dpd pendapatannya. Perkahwinan kedua telah mendatangkan byk kemudaratan kpd keluarga kami.Ada sbb kedua org tua tak terima menantu baru dan sya tk nk mengaibkan beliau disini. Soalannya apa pilihan suami? Pada masa ini dia mementingkan isteri keduanya dan sanggup kehilangan keluarganya sendiri.

fikrah islamiah berkata...

Memutuskan silaturrahim dengan ibu bapa dan keluarga dosa besar. Mengabaikan isteri pertama dosa besar, tak beri nafkah dosa besar, dan lebihkan isteri muda juga dosa besar. Hakikatnya suami puan termasuk dalam kategori tidak layak berpoligami. Baca artikel itu dalam blog ini.
Sebagai jalan penyelesaiannya dia kena bertaubat dan kembali kepada ibu bapa dan isteri. Minta dia baca artikel mengenai poligami dalam blog ini.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum Ustaz.
Merujuk kepada soalan puan tidak bernam bertarikh 21 jun 2011...untuk pengetahuan Ustaz saya isteri kedua.Pernikahan saya mendapat keizinan n restu isteri pertama dan hubungan kami baik seperti adik beradik.Malah keluarga madu juga dapat menerima saya,malangnya saya tidak mendapat restu ibu n bapa mertua...suami pernah dibuang keluarga tetapi sekarang hubungan mereka kembali mesra cuma saya masih lum dapat diterima oleh keluarga mertua.Walaupun bapa mertua saya seorang yang warak dan ada jawatan penting dalam Masjid tetapi tetap tidak dpt menerima poligami.
Masalah kedua,suami saya seringkali tidak adil dlm apa segi pun...bila saya tegur dan ingatkan beliau selalu berkata...saya yg selau berasa tidak puashati...saya selalu mengalah dalam segi apapun sb saya sedar kedudukan isteri kedua..ketidakadilan yg berlaku saya lepaskan tetapi bila bab giliran malam saya tuntut...tetapi seringkali juga suami berkata...simpulan(isteri pertama) tidak pernah merungut,padahal mmg lah tidak berungut sebab madu selalu mendapat byk giliran malam berbanding saya.bila saya mengadu pada madu minta dia ingatkan...madu pula berkata...isteri kena redha..memang betul uztaz tetapi bagaimana seandainya pekara ini berlaku pada isteri pertama..tentu isteri kedua yg selalu dikata jahat.Saya selalu memohon kemaafan didalam doa saya utk suami tetapi setiapkali berlaku ketidak adilan pada diri saya...saya seakan marah...
Soalan saya..saya minta untuk duduk berjauhan dgn suami yg bertugas dgn alasan tidak mahu membebankan suami. tetapi alasan pd diri sendiri ialah biar berjauhan dari berdekatan tetapi tidak adil...saya mengungkit dan marah akan berdosa pada saya dan suami juga..berdosa kan permintaan saya seperti itu?

fikrah islamiah berkata...

Waalaikumussalam puan, saya bersimpati kepada isteri seperti puan. Tapi saya hairan rupanya ada ibu bapa suami yang menentang poligami. biasanya ibu bapa isteri yang tidak benarkan anaknya dimadukan. Inilah keadilan allah barangkali.
Mengenai puan minta duduk jauh daripada madu, itulah yang sepatutnya dibuat awal-awal lagi. Duduk serumah atau dekat tidak digalakkan kerana akan timbul masalah ketidakadilan atas dasar tidak sampai hati.
Lebih baik puan berjauhan dan minta suami bertindak adil dalam giliran. Namun kalau puan boleh bertolak ansur seperti yang pertama 4 hari dan puan 3 hari juga berbaloi. Keredaan puan akan memberi pahala kepada puan.
Apapun sikap suami yang tidak adil serahlah kepada Allah untk menghukumnya, tetapi kalau puan saya kepadanya didiklah suami dan maafkan kesalahannya. Itu juga beroleh pahala kepada puan.

Tanpa Nama berkata...

salam.saya merupakan isteri no 2.giliran yg diberikan oleh suami sy hanya pada hari isnin dan jumaat.tp kdg2 bila turn sy pun dia x balik sebab nk uruskn hal keluarga n mcm2 lg.bila sy minta ganti suami sy ckp nanti.bila terjadi hal yg begini sy selalu tidak dapat mengawal diri dan seringkali terjadi pergaduhan akibat tidak puas hati.suami sering mengatakan sy tidak memahami dan terlalu ikutkn nafsu.nafkah zahir dan batin juga dipandang remeh.
sy tidak tahu mcm mana lg mahu bersabar dgn hidup begini.adakah wajar sy menuntut fasakh sbb suami tidak mahu ceraikan sy dan dia rela gantung sy tidak bertali.bagaimana pula hak penjagaan anak?
ataupun wajarkah sy mempertahankn lagi rumah tangga dan bagaimana caranya supaya suami bleh berlaku adil

fikrah islamiah berkata...

Biasa orang kata, isteri muda akan lebih dikasih dan dicintai daripada isteri tua. Tetapi ternyata salah apabila melihat kes puan.
Sebenarnya suami sukar beri keadilan kepada isteri kedua kerana dikawal isteri pertama atau isteri pertama tidak tahu atau suami takut kepada isterinya. dalam hal ini puan kena melihat dimana punca kes ini.
Kalau puan boleh bersabar dengan kerenah suami pasti ada pahalanya. tetapi kalau tidak boleh bersabar sehingga berkecil hati dengan suami, sudah tentu puan akan berdosa. jika begitu kedudukannya bolehlah mohon fasakh di mahkamah. dan anak boleh dipohon sekali hak hadanah.

Tanpa Nama berkata...

tq atas respon ustaz.madu sy tahu kewujudan sy dan dia yg menetapkan hari giliran untuk suami balik ke rumah sy.hubungan saya dgn madu tidak berapa baik.kami hanya berhubung melalui sms apabila dia tidak puas hati atau marah dgn sy.tp selalunya maki hamun.utk pengetahuan ustaz masa sy dgn suami kebanyakan semasa bkerja kerana sy bantu suami uruskan perniagaannya.atas sebab itu la madu sy ckp suami byk habiskn masa bersama sy sbb kami kerja bersama.pada hakikatnya kami tidak pernah campur adukkan urusan kerja n peribadi.sy pernah menyuarakn pendapat supaya sy mencari pekerjaan lain dgn harapan suami dpt berlaku adil.tp suami tidak izinkn dan harapkan sy membantu perniagaannya.
bila suami balik ke rumah isteri pertama sy tidak dibenarkan menghubunginya walaupun atas urusan bisnes.jika bernasib baik sy msg dia akan balas.jika tidak dia akan terus off hp.alasannya nak menjaga hati isteri pertama dan anak2.seolah2 sy dan anak tidak wujud bila dia bersama keluarganya.sy buntu bagaimana dan apa harus sy lakukan utk terus mempertahankn hak saya dan anak.
adakalanya sy rasakn penceraian adalah yg terbaik tp sy masih sayangknnya dan risau dgn masa depan anak memandangkan sy tidak mmpunyai pekerjaan.

fikrah islamiah berkata...

Dalam keadaan itu memang suami tidak boleh adil. Kecuali kalau suami puan berani menanggung risiko. Dia perlu ingat, ketidak adilannya membawanya kepada neraka. Dan isterinya yang menghalang suaminya untuk berlaku adil adalah satu kesalahan yang juga boleh membawa kepada neraka.
Kalau puan berkahwin secara sah di malaysia, boleh buat tuntutan di mahkamah. tetapi kalau kahwin di luar negara, agar sukar dibantu. Wallahu aklam.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz saya adalah isteri pertama yg dipoligami tanpa pengetahuan saya...suami saya telah selamat bernikah lain sudah 9 bulan dan saya sedang cuba menerima takdir Allah yg satu ini.Ustaz gerak hati saya berkata suami saya sebenarnya tidak mampu berpoligami ini kerana sepanjang 10 tahun kami berkahwin suami saya tidak ada perkejaan tetap.suami hanya mampu berkerja paling lama hanya utk 2 thn kemudian dia akan berhenti dan menganggur semula..pernah suami hampir 7 bulan tak bekerja dan saya membantunya dr segi perbelajaan dan membayar bil dan hutang2 tetap spt umh n kereta...smasa dia bernikah kali kedua dia msih belum ada pekerjaan tetap...dan isteri keduanya bekerja spt saya juga...selapas 4 bulan berkahwin buat kali kedua suami dapat perkerjaan dan berhenti kerja semula hnya setelah 5 bulan bekerja dan sekarang dia menganggur..sepnjang suami berkahwin dgn saya shj selama 10 thn ini suami tidak pernah memberi nafkah secara tetap cth wang tunai atau belanja dapur atau perbelanjaan ank2...suami hanya membayar bil dan duit mengasuh ank shj...saya pun x fhm bagaimana dikatakan nafkah zahir kerana di awal perkahwinan hampir semua saya membelanjakan wang gaji saya utk perbelajaaan umh tangga..malah umh yg diduduki juga saya beli sendiri dengan membayar mggunakan potongan gaji saya setiap bulan...ustaz niat saya bukan utk memburukkan suami kerana suami juga cerminan isteri dan isteri cerminan suami tpi saya masih x faham suami saya x mampu berpoligami tpi Allah mengizinkan juga suami berpoligami...saya berbaik sangka mungkin ada kelebihan pd suami dan juga ini adalah takdir yg sudah di tetapkan Allah...tapi selain itu juga suami tidk dpt berlaku adil dr segi waktu giliran khususnya pd madu saya kerana madu saya tinggal di selangor dan tidak mahu berpindah mengikut suami saya di selatan tanah air...jd suami akan menjeguknya hanya 2 bulan sekali...katanya madu dan suami telah bersetuju dlm hal ini...dr segi nafkah dgn madu saya x tahu coz saya x mahu masuk campur....dan kini yang merungsigkan saya suami sedang menjalinkan hubungan dengan seorang janda ank satu yg dikenalinya di ruangan internet...puas saya menasihatinya agar berubah kerana apa yg dimahukan lagi setelah dia berkahwin dua masih x bahagiakah dia...tpi dia memberitahu saya dia mudah jemu apabila sudah mendapatkan sesuatu...saya bimbang hubungannya ble menyebabkan mereka ada hub istimewa dan menjerumuskan suami ke arah lembah dosa...dan mungkin menyebabkan dia berkahwin buat kali ketiga wpun dia sedar yg dia x berkemampuan....ustaz saya sudah menasihati suami saya ustaz selain berdoa bersungguh2 agar suami berubah...wpun suami sudah berkahwin lain dan gagal menunaikan tanggungjwab kp saya n ank2 saya masih meneruskan perkahwinan saya kerana Allah dan ank2 ustaz...saya sedar wpun apa pun ujiannya saya wajib taat kpd suami saya..wpun saya rse tawar hati dgn sikapnya...ustaz bantulah saya bagaimana harus saya lakukan utk menyelamatkan umh tangga saya ini...setiap hari saya berdoa kpd Allah dan sya pasti dugaan Allah beri pada saya bukan utuk selamya..saya juga perlu memaafkan suami saya wpun berat sekalipun kerana saya juga bersalah dlm hal ini mugkin banyak kekurangan yg ada pd diri sehingga suami saya berkahwin lain..saya redha wpun suami mmg menyalahkan saya dengan mengatakan sayalah punca dia berkahwin lain...hrp ustaz dpt memberi pendapat...salam...

fikrah islamiah berkata...

Tahniah puan kerana masih menyayangi suami puan. Saya yakin puan beroleh pahala yang banyak, sabar, sangka baik dan reda dengan takdir Allah.
Puan menasihatkan suami adalah kerja baik, biarpun suami tidak mahu ikut. tak mengapa teruskan nasihat, nanti Allah akan bukan hatinya.
Soal dia tak beri nafkah kepada puan dan isteri keduanya, serah kepada Allah kerana allah yang menghukumnya, tapi kalau puan reda dan memaafkannya, mungkin bebannya sudah kurang.
Cuma untuk mengurangkan dosa suami yang tidak puas dan cukup dengan apa yang ada, puan kena buat sesuatu: puan kena jalinkan hubungna intim dengan suami seperti baru berkahwin. layanlah dia semahunya kecuali yang haram. godalah dia sehingga dia tertawan. Insya-Allah dia akan lupa maksiat.