Aktiviti

Bulan Januari 2011
1. Majlis akad nikah pada 1-1-11 di rumah pengantin perempuan Jam 9.00 malam.
2. Majlis akad nikah pada 9-1-11 di masjid putra perdana jam 11.00 pagi.
3. Majlis akad nikah pada 14-1-11 di masjid putra perdana jam 3.30 petang. Ini agak istimewa kerana poligami, isteri kedua.
4. Majlis akad nikah pada 23-1-11 di masjid putra perdana
5. Majlis akad nikah pada 28-1-11 di masjid putra perdana


Bulan November 2010
1. Empat majlis akad nikah bermula 8 Nov, di Pejabat PPN Masjid Putra Perdana, 25 Nov di Rumah pengantin Perempuan, kedua-duanya dilakukan pada jam 9.00 malam. Pada 27 Nov dua majlis akan diadakan; 10 pagi dan 5 petang, keduanya dilakukan di masjid.

2. Pada 14 Nov 2010, Kursus Pengurusan Jenazah dianjurkan oleh Biro Kebajikan dengan kerjasama PAID Sepang. Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 4 petang. Perserta dijangka seramai 50 orang.

3. Pada 17 Nov Solat Hari Raya Idul Adha di Surau Seri Tanjung, Seksyen 7, saya diminta menjadi imam dan khatib. Selepas itu saksikan majlis qurban di sini.

4. Pada 29 Nov hari terakhir saya di Telaga Biru. Telah melepaskan jawatan editor Solusi.

Bulan Oktober 2010
1. Sebagai Pengerusi Rukun Tetangga Pangsapuri Seksyen Tujuh Bandar Baru Bangi, merancang mengadakan Jamuan Perpaduan sempena Aidilfitri tahun ini pada 2 Oktober 2010. Program itu dijangka lebih besar daripada yang pernah kami lakukan pada tahun-tahun lalu.

2. Sebagai Ketua Biro Kebajikan Masjid Taman Putra Perdana, kami baru selesai menjayakan majlis sumbangan raya kepada fakir miskin, ibu tunggal, oku dan anak yatim pada bulan Ramadan lalu. Pada hari raya, 1 Syawal, turut tidak lupa memberi wang raya kepada kanak-kanak termasuk anak yatim.

3. Sebagai Penolong Pendaftar Nikah, setiap hari menerima kunjungan orang yang menohon hendak berkahwin. Dan bulan Oktober ini, lima pasangan sudah menunggu untuk dinikahkan. Yang menariknya, satu pasangan akan dinikahkan pada 10/10/10 jam 10 pagi. Kebanyakannya dilakukan di dalam masjid Taman Putra Perdana.

4. Hadir Kursus SPIES Ajk Masjid di Pusat Latihan ILSAS (UNITEN), Bangi pada 30-31 Oktober.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...