30 Jun 2009

Peringatan kepada kaum lelaki

Saya ingin berkongsi ilmu dengan temanku dan pengunjung blog ini terutama kaum lelaki. Saya sesekali duduk di saf belakang dalam masjid. Suatu hari seorang lelaki gemok solat di hadapan saf saya (lebih kurang 3 meter), waktu dia sujud, ternampak sebahagian lutut dan pahanya. Saya jangkakan mungkin lelaki gemuk sahaja, tetapi rupa-rupanya lelaki biasapun keadaannya sama. Di sini saya mula risau kerana saya juga memakai kain pulaikat ketika solat. Ini menyebabkan saya cuba lakukan sendiri di rumah seperti lazimnya. Sebenarnya kerisauan itu bersangkutan dengan hukum sah atau tidak solat itu.

Saya merujuk kembali kepada kitab tua yang pernah dipelajari dahulu. Jika anda ada kitab Sabilul Muhtadin, mukasurat 183 Jilid1, cuba rujuk perenggan berikut: "Syahdan, disyaratkan pula pada menutup aurat itu dari atas dan pada sekalian pihak kelilingnya, maka tidak diwajibkan menutup dia dari bawah. Maka jikalau sembahyang seseorang pada tempat tinggi maka kelihatan kepada orang auratnya dari bawah maka iaitu tidak mengapa. Bersalahan apabila kelihatan auratnya dari atas seperti leher bajunya atau pada kelilingnya seperti pada tangan bajunya maka iaitu tidak memadai, (maka batal sembahyang)."

Berdasarkan contoh di atas, saya percaya untuk wanita kerana bahagian leher dan tangan adalah aurat wanita. Contoh ini juga mungkin tidak melibatkan wanita Melayu kerana pakaian wanita kita lebih bersopan iaitu memakai telekong. Cuma mungkin ketika sujud, tapak kakinya jika terbuka boleh membatalkan solatnya.

Tetapi pada lelaki, jika dengan hanya pakai kain sarung, kepala lutut dan pahanya dijangkan boleh dilihat oleh orang di belakangnya, maka solatnya boleh batal. Perkara ini memang menjadi budaya orang Melayu. Jadi bagi mengelak solat itu terbatal, saya suka mencadangkan sepuya kita memakai seluar panjang di dalam kain sarung itu. Kita mungkin pernah lihat orang Arab dan India memakai jubah dan di dalamnya dipakaikan seluar panjang. Inilah jalan yang selamat bagi kaum lelaki.

3 ulasan:

Nadia Nazifah berkata...

saya pernah terfikir juga tentang aurat saya ketika bersolat. kalau lihat dari atas tak nampak aurat tapi kalau lihat dari bawah nampak la pulak. mujur terbaca entry ni. jadi tak risau lah.

tentang aurat lelaki pula, boleh la saya pesan pada kaum lelaki yang berdekatan dengan saya. =)

Tanpa Nama berkata...

Baiklah tu, satu lagi bagi mereka yang pakai seluar panjang, pastikan bajunya labuh kerana sesetengah orang lelaki bila rukuk nampak lurah belakang (biasanya yang pakai bawah pusat).

Khairul berkata...

Salam Ustaz,

Jika pada waktu bersolat seorang diri yang mana memang diyakini tiada orang di belakang, juga tidak boleh?

TK.