Saya berpuas hati dengan kenyataan abang Michael Jackson, Jermaine bahawa jenazah Michael akan dikebumikan secara Islam. Semoga Allah menerima jasad dan rohnya sebagai orang Islam yang bertaubat dan beriman.
Cuma dengan kematiannya saya ingin mengingatkan umat Islam terutama wanita di negara ini yang suka sangat membuat pembedahan muka atau juga yang serupa dengannya supaya berhenti segera. Ingatlah selain mengubah ciptaan Allah, perbuatan itu mambawa kesan negatif kepada tubuh manusia. Lihatlah barah yang dihidapi Michael, lihatlah penderitaannya sebelum meninggal dunia.
Hari ini wanita kita mudah terpengaruh dengan usaha merosakkan tubuh mereka. Apabila ulama menentang, mereka dakwah apa yang mereka buat itu halal, bukan botok dan bukan itu. Ingatlah apa namapun yang kita lakukan terhadap wajah kita dalam keadaan wajah kita sudah sempurna ciptaannya adalah merubah ciptaan Allah.
Hal ini tentu tidak sama dengan mereka yang cacat sebab kemalangan. Mereka boleh buat pembedahan untuk memulihkan kecerderaan itu.
2 ulasan:
Salam
Tumpang tanya ye...ada tak clipping Jermaine Jackson (Abd Aziz) berkata begitu....Michael akan dikebumikan secara Islam. Mudah2an begitulah. Dia ada berkata "May Allah be with Michael always" dalam kenyataan akhbar. Tk
Kita doakan dia benar-benar sudah Islam dan dikebumikan secara Islam. Kita bersangka baik kerana sebahagian besar keluarganya sudah memeluk Islam.
Catat Ulasan