Menjelang tiba tahun baharu Hijrah, terdengar di sana sini isu bidah membaca doa akhir tahun dan awal tahu. Agaknya sampai bila isu ini akan terus dibincangkan secara umum. Kalau isu ini terus diperkatakan oleh orang yang sama, timbul dalam fikiran saya, “sudah orang tidak perduli dengan komen golongan itu.” Komen yang boleh diletakkan ke tepi.
Namun jika isu ini dibiarkan berlarutan menjadi viral tentu akan menjadi masalah pada masa hadapan umat Islam. Apa tidaknya, satu pihak menuduhnya sebagai Wahabi, dan di satu pihak lain menafikan mereka Wahabi walaupun mereka secara terus terang membidahkan golongan yang sedia ada.
Saya cuba melalui ruangan ini menjelaskan beberapa perkara semoga dengan usaha kecil ini dapat menghilangkan kekeliruan umat Islam. Namun tidak dinafikan, ada pihak yang tetap menolaknya demi fanatik yang tidak sudah-sudah.
Ulama muktabar sejak dahulu lagi tidak pernah membantah bacaan doa di awal tahun hijrah dan di akhir tahun hijrah. Hal ini kerana doa adalah senjata orang mukmin. Rasulullah menggalakan umatnya berdoa sesuatu yang baik sebelum membuat suatu perkara yang baik apatah lagi sewaktu melakukan kerja-kerja baik. Rasulullah contohkan banyak doa yang elok dilakukan oleh umat Islam. Sungguhpun begitu adalah lagi kerja baik yang Rasulullah biarkan umatnya mencipta doa sendiri. Di sinilah keindahan Islam.
Oleh sebab itu ulama mencipta doa dan zikir yang baik sesuai dengan zamannya. Maka doa awal tahun dan akhir termasukkan doa yang dicipta oleh ulama. Itu zaman dahulu, pada hari ini, Jabatan Mufti atau jabatan agama Islam negeri di Malaysia banyak mencipta doa-doa baru sempena sesuatu majlis yang dirasmikan.
Tiba-tiba datang kumpulan yang mendakwa mereka ahli sudah membidahkan ulama yang membaca doa akhir tahun dan awal tahun atas alasan Rasulullah tidak pernah buat. Apa beza doa itu dengan doa yang dibuat oleh pejabat mufti atau pejabat agama? Bidah juga ke? Janganlah sempitkan fikiran dalam seperti ini. Tidak semua yang Rasulullah tidak buat, bidah kita lakukan dan tidak semua yang Rasulullah buat kita wajar melakukannya.
Apabila orang ramai menuduh mereka Wahabi mereka cepat-cepat menafikannya. Saya pernah dengan satu dakwaan mereka, katanya, “mereka tak buat tahlil bukan wahabi tetapi kerana Rasulullah tidak pernah buat. Mereka tak baca qunut dalam solat subuh bukan wahabi tetapi mereka ikut mazhab Maliki, mereka tak buat talqin tak pernah buat seperti yang kita buat hari ini.” Jadi mereka bukan Wahabi.
Saya bersetuju dengan pandangannya kerana memang tahlil yang dibuat sekarang belum wujud pada zaman Rasulullah. Yang ada adalah Maksurat, tetapi sebahagian tahlil ada dalam maksurat. Tahlil yang dimaksudkan oleh Islam ialah ucapan “Lailahaillah”. Maka kalau mereka tak buat atas alasan itu, baguslah.
Bagitu juga dengan doa qunut, semua mazhab kecuali Syafie tidak buat qunut. jadi mereka yang tidak buat qunut itu bukan wahabi, boleh jadi mereka ikut hanafi, maliki atau hanbali. Mereka juga ahli sunnah wajamaah.
Tetapi sepanjang kita bermazhab Syafie di negara ini, apakah pernah datang orang mazhab hanafi menafikan amalan kita, pernah datangkan mazhab maliki yang menyatakan kita sesat dan masuk neraka kerana buat tahlil dan qunut? Ya tidak pernah kita dengar sebegitu jadinya.
Mereka faham kedudukan khilaf kerana khilaf ulama itu rahmat. maka kita kena hormati perbezaan perdapat dalam kalangan ulama. Tetapi apa yang berlaku dalam situasi ini, mereka suka membidaahkan orang yang tidak sehaluan dengannya, menyesatkan golongan yang tidak mahu ikutnya. Golongan inilah yang sebenarnya golongan wahabi. Wahabi bukan Mazhab tetapi golongan fanatik yang hanya mengganggap mereka sahaja yang betul. Maka orang lain semuanya salah. Jadi kalau anda marah digelar wahabi terimalah perbezaan dengan penuh adab dan sopan. Wallahu aklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan