Meskipun mulut boleh menahan nafsu makan dan minum sewaktu berpuasa, tetapi lidah yang terdapat dalam mulut sukar dikawal daripada melakukan dosa. Ya, lidah yang tidak bertulang ini amat sinonim dengan tabiat seseorang yang suka menipu, maka walaupun mereka berpuasa, tabiat itu akan terus dibawa ke mana-mana. Sebenarnya selain tabiat menipu banyak lagi yang lidah boleh cetuskan dosa-dosa baru. Lidah boleh menghina orang lain, boleh menuduh seseorang melakukan kejahatan dan banyak lagi.
Lazimnya lidah mudah untuk menuturkan kata-kata memburukkan seseorang sama ada dalam bentuk fitnah atau mengumpat. Malah lidah senang-senang memindahkan sesuatu isu daripada seseorang kepada orang yang lain. Hal ini kerana lidah hanya boleh aktif dalam aktiviti seumpama ini apabila berlaku komunikasi antara satu lidah dengan lidah yang lain. Oleh sebab itu selagi manusia yang berpuasa bertemu dengan manusia lain, lidah sukar dikawal kecuali mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
Realitinya kebanyakan manusia Islam tidak bertakwa walaupun mereka beriman. Atas dasar itulah maka Allah perintah dalam al-Quran yang maksudnya: "Wahai orang yang beriman, difardukan kepada kamu puasa sebagaimana yang pernah difardukan kepada umat yang terdahulu, semoga kamu bertakwa."
Maknanya Allah perintahkan orang yang beriman supaya melakukan puasa semoga dengan ibadah itu, mereka akan mencapai tahap takwa. Tetapi daripada pengalaman yang lalu orang yang beriman ini walaupun sudah berpuasa saban tahun, belumpun mencapai takwa. Kenapa? Jelas di sini, mereka belum betul-betul menjaga lidah daripada dosa sewaktu berhadapan dengan manusia lain.
Persoalannya bolehkah manusia tidak bertemu dengan manusia lain sepanjang berpuasa demi mengelak daripada dosa lidah? Jawapannya, sudah tentu tidak boleh kerana lazimnya kita perlukan masyarakat. Dalam hal ini Rasulullah mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkata-katalah yang baik-baik atau diam."
Jelas daripada hadis ini, kita hanya ada dua pilih untuk jadi orang yang baik iaitu berkata baik atau diam. Oleh sebab itu sebelum seseorang itu hendak berkata-kata dengan orang lain, pastikan setiap ucapannya terdapat butiran yang baik-baik. Jika butiran yang hendak diucapkan itu mengandungi unsur fitnah atau mengumpat lebih baik tutup mulut, kunci lidah daripada berkata-kata.
Sebenarnya amalan atau tabiat ini harus menjadi pakaian semua manusia apatah lagi umat Islam yang sedang berpuasa. Percayalah kalau tabiat ini belum dibiasakan sebelum Ramadan, sukarlah dipraktikkan sepanjang bulan ini. Walau bagaimana pun, kita belum terlambat untuk mencuba dan berlatih untuk mengunci lidah bermula Ramadan ini. Semoga mujahadah kita akan diterima oleh Allah dan seterusnya dikurniakan takwa pada hujung Ramadan ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan