Keazaman untuk meningkatkan tahap puasa kepada golongan khas mesti disertakan dengan tindakan ke arah itu. Perkara ini perlukan mujahadah dan mungkin memakan masa yang panjang. Semoga tempoh sebulan dalam bulan Ramadan ini cukup untuk mencapainya. Saya akan cuba memaparkan langkah-langkahnya sepanjang bulan Ramadan ini, semoga ada manfaat kepada semua umat Islam.
Langkah pertama ialah membuang sifat mazmumah di dalam diri masing-masing. Dan langkah kedua ialah mengisi dengan mahmudah secara segera. Demikian itulah yang perlu dilakukan setiap hari sepanjang bulan Ramadan semoga anda tidak jemu melakukannya. Ingatlah Allah sentiasa menerima perubahan kita ke arah kebaikan kecuali apabila seseorang itu telah jemu melakukannya lagi.
Untuk hari ini, marilah kita buangkan sifat ego dalam diri kita. Hal ini kerana ego adalah punca segala kemaksiatan seseorang. Cukup hari ini saya sebutkan satu contoh ego yang ada dalam diri seseorang iaitu suka salahkan orang untuk menutup kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Mari kita cek diri sendiri, pernah tak kita buat kesilapan atau kesalahan? Saya percaya setiap hari kita melakukan kesilapan. Tetapi apabila ada orang lain tegur kesilapan anda, anda terus menyalahkan orang lain hingga menyebabkan anda buat silap. Anda sedar telah melakukan kesilapan tetapi anda tetap tidak mengaku salah sebaliknya menyalahkan orang lain.
Ada yang lebih terus daripada itu, dia langsung tidak mengaku salah malah menyalahkan orang lain dalam isu tersebut. Golongan ini amat ramai dalam masyarakat kita. Percayalah kalau dunia ini dikuasai atau dipenuhi oleh dua golongan di atas, orang yang salah tidak pernah salah sebaliknya orang yang tidak salah sudah dianggap salah oleh masyarakat. Inilah bahaya penyakit ego.
Jadi, kalau anda rasa penyakit ini sudah ada dalam diri anda, buanglah sempena Ramadan ini. Pada masa yang sama, gantikan sifat itu dengan sifat terpuji iaitu bersangka baik kepada orang dan selalu muhasabah diri agar tidak lagi melakukan kesalahan pada masa yang lampau. Sama ada kita sedar atau tidak, seseorang yang bersangka baik kepada orang lain dia akan tenang dan damai kerana kita tidak nampak kesalahan orang. Dan kita tentu ada masa yang cukup untuk membaik diri.
Semoga puasa anda hari ini beroleh kebaikan sepenuhnya. Jumpa lagi pada hari esok. Selamat berpuasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan