20 Julai 2012

Semoga puasa kita terbaik kali ini


Ahmad Baei Jaafar
Beberapa jam lagi kita akan memasuki Ramadan, semoga kita dapat masuk ke dalamnya sehingga berakhirnya Ramadan dengan sempurna. Semoga persiapan yang kita buat sebelum ini dapat memberi ruang yang baik untuk kita menunaikan pausa dengan sempurna.
Sebelum itu saya mengambil kesepatan ini untuk memohon kemaafan kepada semua umat Islam khususnya yang menziarahi blog sayaa dan yang lain juga. Sesungguhnya saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada berdosa dan bersalah. Jadi, kemaafan kalian boleh memudahkan saya melaksanakan puasa dengan yang terbaik.
Saya bimbang, tanpa kemaafan, saya terus berdosa di sisi Allah maka dengan ini puasa yang dilakukan tidak diterima oleh Allah. Nanti banyak tawaran Allah dengan Ramadan tidak boleh dikecapi.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ” : خُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَّبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ . قَالَ : قَالَ رَبُّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ : عَبْدِي تَرَكَ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ وَشَرَابَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ، فَالصَّوْمُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ “. هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ . أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada nabi SAW dia bersabda: “Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bauan miski (kasturi).” Bersabda lagi, Allah berfirman: “Hambaku meninggalkan keinginannya, makan dan minumnya demi mendapat keredhaanku, maka puasa itu untukku dan Aku akan menilai berdasarkan puasa itu.” (Riwayat Ahmad – Sahih)
Marilah kita sama-sama berpuasa dan melaksanakan ibadah yang diperuntukkan di dalamnya. Salam Ramadan Karim.

3 ulasan:

fikrah islamiah berkata...

Bau mulut lebih wangi daripada kewangian kasturi merujuk kepada tabiat orang yang berpuasa, ada bau mulut yang kurang disenangi. Namun bau daripada orang yang berpuasa itu tidak boleh kita hina atau bencinya.
Sungguhpun begitu kalau seseorang yang sedar bau mulutnya kurang selesa pada orang yang hendak ditemui, eloklah gosok gigi. Itupun ada pahalanya di sisi Allah.

Unknown berkata...

marhaban ya Ramadhan..
semoga puasa kita diterima Allah.. aamiin..

salam ukhuwwah dari saya sahabatku..

fikrah islamiah berkata...

terima kasih sahabatku, semoga kita dapat lakukan yang terbaik untuk Allah.