Ahmad Baei
Jaafar
Kalau syaitan
sudah dibelenggu pada bulan Ramadan dan pintu Neraka ditutup mengapa masih
ramai umat Islam yang tergoda untuk melakukan dosa dan maksiat? Ini persoalan
yang boleh kita perpanjangkan dalam perbahasan kali ini.
Memang ada hadis
Rasulullah dengan jelas menyebut:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ ، فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ
وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
" .(مسلم)
Maksudnya: Daripada
Abu Harairah r.a bahawa Rasulullah bersabada: “Apabila dating Ramadan, dibuka
pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan.” (Riwayat Muslim)
Cuma persoalan,
sepanjang bulan Ramadan tabiat buruk umat Islam masih berjalan lancar. Cerita umpat,
hina dan buat fitnah terus berlaku dalam kalangan umat Islam baik orang awam
mahupun orang politik. Siapa yang mempengaruhi mereka supaya melakukan itu
semua? Bukankah syaitan sudah tiada.
Jawapan mudahnya
ialah nafsu yang masih bersarang dengan sifat mazmumah. Nafsu itu telah dilatih
oleh syaitan sekian lama, maka memori godaan itu masih menjadi ingatannya. Dengan
sebab itu dosa dan maksiat itu masih boleh dilakukan dengan senang hati.
Syaitan yang
dirantai mungkin tidak boleh bergerak kepada manusia tetapi mungkin dia boleh
gunakan kawalan jauh untuk mempengaruhi nafsu. Oleh sebab itu, walaupun neraka
ditutup pintunya, orang ramai tidak nampak syurga. Dia tidak nampak peluang
untuk masuk ke syurga. Mungkin pintu neraka di hiasi cantik mengalahkan syurga.
Apapun kemungkinan,
saya merasai umat yang berpuasa masih ada masa untuk bertaubat dan kembali
melihat syurga. Hentikan tabiaat buruk yang bukan sahaja boleh mengurangkan
palaha puasa tetapi menambahkan dosa dan mendekatkan ke neraka. Insafilah Ramadan
yang menjanjikan banyak kebaikan dan pahala kepada umat Islam.
Perhatikan tawaran
ini:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ ،
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُبَشِّرُ أَصْحَابَهُ
: " قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ
عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَتُغْلَقُ فِيهِ
أَبْوَابُ النَّارِ وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ
أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ خَيْرًا كَثِيرًا
" .(احمد)
Maksudnya: Daripada
Abu Hurairah bahawa Nabi SAW memberikan berita gembira kepada sahabatnya: “Telah
dating Ramadan Bukan barakat, Allah fardukan kepada kamu puasanya, dibukan pada
pintu syurga dan dikunci padanya pintu neraka, dibelenggu syaitan, dan padanya
ada satu malam yang lebih daripada 1000 bulan maka siapa yang bertemu kebaikannya
dia sesungguhnya berboleh kebaikan dengan banyaknya. (Riwayat Ahmad)
Jadi, jadilah orang
mukmin yang bertakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan