Ahmad Baei Jaafar
Berucap pada Majlis Berbuka Puasa Sempena Penyampaian Sumbangan
Aidilfitri dan Pelajar Cemerlang Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Perkayatim) di Dewan Besar Tabung Haji semalam
Perdana Menteri mengajak umat Islam bersyukur dengan keamanan yang dikecapi di sini.
Menurut
Datuk Seri Najib Tun Razak keamanan yang dikurniakan oleh Allah kepada negara
kita suatu nikmat yang membolehkan kita melaksanakan ibadah termasuk berpuasa
tanpa rasa takut.
Merujuk kepada apa
yang berlaku di Syria beliau berkata, umat Islam di Malaysia wajar mengambil
situasi di negara itu sebagai satu pengajaran bahawa pergolakan boleh mengancam
keselamatan semua pihak.
"Kita wajib
berasa syukur bahawa dalam bulan yang penuh kemuliaan dan kerahmatan ini kita
dapat menjalankan ibadah puasa dalam keadaan yang begitu selamat, tenang, tanpa
rasa gentar dan takut,” katanya.
Menginsafi ucapan
PM itu, elok juga kita melihat kembali mengapa keadaan negara kita boleh sering
tenang walaupun sesekali dikhabarkan sebagai berlaku kekecohan. Hal ini mungkin
kerana kita boleh lihat beberapa kebaikan di negara kita berbanding negara
Islam lain di dunia ini.
Bil |
Kebaikan
Malaysia |
Kelemahan negara
Islam lain |
1 |
Rakyat termasuk
bukan Melayu masih taat dan patuh kepada Raja |
Mereka tidak kenal
raja |
2 |
Majoriti orang
Melayu masih ada budi bahasa |
Mereka hilang budi
bahasa |
3 |
Orang bukan Islam
masih rasional dalam bertindak dan profesional dalam perjuangan |
Mereka berjuang
ikut emosi |
4 |
Parti-parti
politik masih bertindak mengikut undang-undang |
Sebahagian mereka
tidak ikut undang-undang |
5 |
Umat Islam masih
disegani oleh lawan |
Umat Islam
dimusihi |
6 |
Orang bukan Islam
dalam parti masih hormat kepada setia kawan |
Ada yang sudah
tidak hormat kawan |
7 |
Orang Melayu masih
kuat sabarnya |
Mereka sudah
hilang sabar |
8 |
Allah masih
sayangkan Malaysia |
Allah sudah
menghukum mereka dengan bala bencana |
Berdasarkan senarai ini, Perdana Menteri juga harus bersyukur kerana
masih disayangi Allah. Namun begitu lapan senarai itu tidak mungkin boleh
bertahan lama jika sikap Perdana Menteri terus mengecewakan mereka (rakyat). PM
juga perlu mengambil iktibar daripada kekecohan di luar negara, semua itu berlaku
kerana mereka sudah tidak hormat kepada pemimpin mereka lagi. Oleh sebab itu,
belajarlah untuk menjadi pemimpin yang terus disenangi kawan dan lawan. Yang penting
jangan terus kecewakan rakyat nanti mereka juga boleh memberontak. Semoga puasa
yang kita lakukan pada hari ini boleh menginsafkan semua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan