28 Mac 2011

Anak tak sah taraf bukan anak bapak

Ahmad Baei Jaafar

Dalam Islam anak luar nikah sepatutnya dibin atau dibintikan kepada ibu kerana anak itu memang anak ibunya yang sah. Tetapi di sudut syarak, anak itu dikira tak sah taraf kerana dilahirkan tanpa bapa yang sah. Oleh sebab itu anak tersebut tidak boleh dibin atau bintikan kepada bapa yang tidak sah itu.
Namun dalam masyarakat Melayu amalan membinkan atau membintikan kepada ibu adalah dianggap ganjil. Nanti pelbagai tuduhan yang akan datang dan ketika itu yang hina dan malunya ialah anak itu dan ibunya. Maka bagi menyelamatkan keadaan ini  suka saya mencadangkan dua keadaan iaitu:
Pertama, nama anak itu disandarkan kepada nama ibu tanpa memasukkan bin atau binti. Sebagai contoh; nama anak itu Soleh dan ibunya Kalsum, maka jadikan namanya Soleh Kalsum.
Kedua, nama anak itu disandarkan kepada nama suami ibunya tanpa bin atau binti. Sebagai contoh, suami ibunya bernama Badrul, jadi Soleh Badrul.
Sebenarnya status anak itu dengan bapa sandaran itu adalah bapa tiri yang sememangnya tidak boleh menjadi wali bagi anak perempuannya. Namun bengan sandaran begini sedikit sebanyak boleh mengurangkan tekanan kepada anak itu apabila dewasa. Walau bagaimanapun cadangan ini perlu mendapat kebenaran dan persetujuan Jabatan Pendaftaran Negara.

Anak luar nikah tidak berdosa
Walaupun anak tersebut tidak sah taraf namun sebagai manusia, kedudukan mereka adalah sama sahaja dengan mereka yang sah taraf. Mereka di sisi Allah dinilai siapa yang lebih bertaqwa. Mungkin kedudukannya lebih baik daripada anak sah taraf jika mereka lebih bertaqwa. Jadi, mereka tidak wajar dihina hanya atas kesalahan ibunya yang berzina.
Ibu dan bapanya yang berdosa melakukan zina memang wajar dihukum, tetapi kalau mereka berdua telah bertaubat nasuha sebelum berkahwin dan seterusnya dapat meneruskan kehidupan rumah tangga dengan baik, tidak wajar lagi kita menghukum mereka. Sesungguhnya orang yang bertaubat setelah diterima Allah, kedudukannya seperti orang yang tidak berdosa.
Anak ini walaupun tidak sah taraf, dia tetapi anak ibu yang sah. Walaupun anak itu tidak ada bapa yang sah, dia masih ada bapa tiri yang sah. Jadi, sebagai anak bapa tiri kedudukannya tetap mahram kalau dia anak perempuan. Cuma dalam hal ini bapanya itu tidak boleh menjadi wali pernikahannya dan anak itu tidak boleh mewarisi harta pusakanya.
Jika semua pihak dapat memahami isu ini dengan baik, masa depan anak tak sah taraf atau anak luar nikah ini akan berada dalam keadaan lebih baik. Anak-anak itu tidak lagi berasa seperti tiada bapa atau diejek oleh pihak lain tentang statusnya itu. Kita perlu ingat dalam Islam sikap mendedahkan aib orang lain adalah dosa, sebaliknya menutup keaiban orang lain satu pahala yang besar pula.

Wali Perkahwinan
Pasangan yang memiliki anak tak sah taraf akan berhadapan dengan dilema untuk menjelaskan status anak itu yang sebenar. Apatah lagi anak perempuan yang akan berkahwin tanpa wali. Oleh sebab itu ibu bapa anak tersebut perlu berterus terang dengannya apabila dia sudah cukup dewasa atau setidak-tidaknya sebelum dia bersedia untuk berkahwin.
Walau bagaimanapun jika anak itu dibintikan dengan bapa yang menyebabkan dia dilahirkan, tentu ada masalah untuk menjelaskan kepada anak itu akan kedudukan yang sebenar. Anak itu nanti akan mempersoalkan itu dan ini. Kenapa dibintikan kepada bukan bapa sebenar? Kenapa memalukan saya waktu ini? Kenapa bapa lakukan ini semua?
Keadaan ini pasti terjadi kerana kerana si bapa ini telah melanggar undang-undang Islam yang mengharamkan nasab anak kepada yang bukan bapanya. Anak luar nikah hakikatnya bukan anak bapa yang menyebabkan ia dilahirkan. Jadi, haram dinasabkan nama anak itu kepada bapa tersebut. Begitu juga dengan anak angkat, tidak boleh ditukar nasab sebenar kepada nasab bapa angkat.
Lain keadaannya dengan sekadar sandaran kerana sandaran tidak semestinya merujuk kepada bapa. Boleh jadi merujuk kepada suami, bapa angkat, bapa tiri, ibu yang semuanya termasuk dalam kategori penjaga. Sebenarnya perkara ini telah diamal oleh orang Melayu secara lisan sekian seperti kata seseorang, “saya nak pergi ziarah Kalsum.” Dengan kenyataan itu akan timbul pertanyaan, “Kalsum mana tu?”. Lalu dia jawab, “Kalsum Dolah” sedangkan Dolah itu suaminya. Sandaran ini kadang-kadang merujuk kepada orang yang lebih dikenali.
Percayalah dengan penggunan sandaran ini, anak-anak yang terlibat akan mudah diberi penjelasan apabila sampai waktunya. Biasanya anak yang sudah dewasa setelah memasuki sekolah atau universiti akan bertanya kepada ibu bapanya, mengapa namanya tidak ada bin atau binti. Di sinilah peluang ibu bapa menjelaskan kedudukan anak itu. Sebagai contoh, Soleh Badrul, maka terus dijelaskan bahawa Badrul ini adalah bapa angkat kamu atau bapa tiri kamu dan sebagainya.
Perkara ini tidak perlu dirahsiakan kepada anak-anak terlibat. Namun perlu diingat, kedudukannya sebagai anak tidak sah taraf tidak perlu dijelas. Ertinya perkara itu hendaklah terus menjadi rahsia. Kalau dia bertanya tentang ayahnya yang sebenar, lebih baik ditutupkan dengan kata-kata bahawa ayahnya sudah mati. Kata-kata ini bukan menipu tetapi itulah hakikat sebenar yang bapanya memang tiada secara sah.
Dengan cara ini mudahlah anak itu hendak berkahwin dan tidak menjadi satu keaiban baginya untuk berwalikan wali hakim. Ketika itu dia tidak akan berasa pelik kerana bukan dia seorang yang perlukan wali hakim seperti yang termaktub dalam undang-undang Islam. Jadi, dengan cara ini juga anak tak sah taraf tidak akan mengetahui statusnya apatah lagi orang lain.

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slm.. tibe2 sy tertarik utk memberikan komen terhadap tuan punya artikel ini..sudah bermacam2 alasan & ulasan yg sy telah bc berhubung isu ini. alhamdulillah berkat kesabaran saya kini saya pasrah dgn segala yg berlaku. sedih mmg sedih tp hakikat kenyataan sy perlu utk terima hakikat sy adalah anak tidak sah taraf.. mcm2 rujukan sy perlu ketahui kedudukan sy disisi undang2 & agama. kdg2 sy sendiri malu ats ape yg ibu&bapa lakukan..namun sy sedar sy diberikan akal & pendidikan yg sebaik-baiknya untuk menilai siapa diri saya sendiri. walaupun sy dilahirkan sebagai status itu, tp sy bersyukur kerna skrg sy bahgia dikurniakan suami yg sgt memhami keadaan sy dan juga kelaurga mentua yg tidak menyalahkan & memandang sy dgn hina. dan sy juga bersyukur atas pangkat yg telah sy dapt...cume kdg2 ya sy sedar bila hati bersedih & bermacam2 perkara yg tidak elok merasuk fikiran sy..sy jadik benci melihat ibu-bapa saya..sy rase sy diaibkan sedemikian rupa ketika majlis perkahwinan sy semakin hampir..ya allah ampukan aku kerna membenci mereka!... sy tahu sy tidak bersalah..namun sy jugak tidak minta dilahirkan begini..tp memori2 luka bersama keluarga sy yg seolah2 mengabaikan sy ketika kecil&dewasa dgn menyuruh makchik(adik mak) menjage saye buat sy merasekan mereka tidak emmerlukan sy..ya sy akui sy jelous dgn adik sy yg dimajakan & dpt emrasekan perhatian ibu & ayah..tp tidak saya..walaupun kesalah sy kecil, sy diherdik! dimaki dan mcm2 lagik kata2 kesat yg dilemparkan oleh mereka. sedangkan aku dilahirkan oleh kandungan rahim ibuku & hasil persetubahn mereka. CUMA aku dilabel ank tidak sah taraf kerna aku lahir diluar waktu perkahwinan mereka..itupun setelah aku kian meningkat dewasa & berjaya menggenggam segulung ijazah & skrg mendapt perkejaan yg baik..ketika aku hendak berkahwin barulah semuanya terbongkar...ya allah! pyhnya liku2 hidup2 ini ya allah..saat kegembiraan didepan mata aku diuji sekali lagik dgn kenyataan hidup..ketika itu aku rasekan sgt yg xterperi rasernye..apabila aku pejamkan amte..aku membayangkan kehidupan aku dr kecil sehingga aku dewasa..samapi hati mereka lakukan sebegitu kepada aku..sedangkan aku tidak bersalah..namun..TERIMA KASIH ALLAH kerna menyedarkan aku..terima kasih kerna diberikan akal & hati supaya redha atas kehidupan ini..sesungguhnya QADA' & QADAR itu ditanganMU...sesunguhnya mereka yg senasib dgn saye akan merase terhina juka berhadapan situasi sedemikian...

fikrah islamiah berkata...

Tahniah saya ucapkan kepada puan kerana berjaya dalam hidup dan saya percaya Allah sudah tempatkan puan di tempat yang terbaik. Sebenarnya puan tidak hina di sisi Allah malah orang ramai. maka tidak perlulah puan rasa terhina.
Kesalahan ibu bapa pada zaman mudanya biarlah Allah membalasnya. Puan sebagai anak kepada ibu, tidak wajar membencinya dan menderhakainya walaupun dia tidak adil kepada puan semasa kecil. Maafkan ibu semoga dengan itu martabat puan bertambah baik di sisi Allah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..
Just nak share mslh yg sy hadapi skrg. Saya akan melangsungkn perkahwinan pd bulan 6 ini. Baru baru ni sy mminta sijil nikah dr ibu kerana sy ank sulong kuarga. Sy cari sendri sijil nikah dan sy mndapati sy dilahirkn 4 bln slps nikah. Sy terkejut tp sy buat mcm xde ape dpn org tua kerana sy xpercaya suma tu dsebbkn sy di bintikn pd bapa. seminggu sy cr kkuatan untuk mndptkn pnjlasan diorg. semalam sy tanya diorg, dan dia mngaku yg sy ni ank luar nikah. sy xdpt terima suma ni. sy merasa diri sy hina. kenapa sy tdk diberitahu lbh awal status sy. bgaimna tentg aurat yg sy buka di depan bapa sy. saya jd rendah dri, hati sy hancur. lebih memilukan bila suma adik beradik ibu dan bapa sy turut merahsiakn drpd sy. sy tgh mncri kekuatan untuk menerima suma ni dgn redha. sy xkuat untuk berjumpa org tua sy. sy brdoa kpd Allah semoga mmberikan ketenangan pd sy dan bukakan hati untuk ikhlas memaafkn mereka...

fikrah islamiah berkata...

Saya bersimpati dengan anda. Namun anda harus sedar bahawa anda tidak bersalah malah bertuah kerana dipelihara dengan baik oleh ibu anda dan disayangi oleh adik beradik anda.
Bayangkan kalau mereka tak jaga anda dengan baik sudah tentu anda tidak menjadi seperti sekarang. Bayangkan kalau anda diberitahu awal-awal mungkin anda tidak sekuat ini. Inilah hikmah yang Allah berikan kepada anda.
Kini anda hendak berkahwin dan kebetulan pula anda disedarkan tentang kedudukan wali ini, walaupun dengan cari sendiri anda sebenarnya sekali lagi bernasib baik. bayangkan kalau mereka terus merashsiakan status ini sudah tentu anda berkahwin dengan wali yang tak sah. Jadi bersyukurlah kepada Allah.
Oleh sebab itu, maafkan ibu kerana dia tetap ibu anda dunia akhirat. kesalahan mereka dalam hal ini adalah dengan Allah semoga dia bertaubat. Manakala bapa anda itu biarlah Allah menilai sama ada sudah bertaubat atau tidak. Namun kerana dia berkahwin dengan ibu anda, dia ibarat seperti bapa tiri, maka auratnya seperti bapa tiri. Masih mahram namun perlu bersopan dalam berpakaian di rumah.
Jadi, kembalikan kekuatan dengan memaafkan mereka semua semoga dengan itu anda akan ceria kembali sebelum mendapat suami yang akan terus membela keselamatan anda. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...saya mempunyai anak yg tidak sah taraf...akan berkahwin pada hujung bulan julai ini,pada masa ini anak saya sedang belajar,bagaimanakah caranya,atau dokumen2 yg perlu disediakan untuk memohon pernikahan beliau,berapa lamakah masa/proses yang akan diambil,saya tidak mahu anak saya tahu akan statusnya,memandangkan anak saya masih belajar dan akan menduduki peperiksaan nanti.saya sebagai ibu tidak mahu emosinya terjejas, yg mungkin akan melibatkan masa hadapannya.terimakasih.

fikrah islamiah berkata...

Alhamdulullah puan dikurniakan anak istimewa semoga anak puan akan beroleh kebaikan dunia dan akhirat. Walau bagaimanapun puan tidak boleh elak daripada memberi tahu status itu. Cuma belum itu, nak tanya, bapa anak puan itu adakah juga suami puan ke? kalau ye, lebih berterus terang kerana dia yang perlu memohon wali hakim di mahkamah.
Kalau puan masih tak sanggup, boleh juga puan nyatakan kepada anak puan yang bapanya meninggal dunia atau menghilang diri dan tidak dapat dikesan. Dengan itu dia perlu memohon wali hakim.
Sebelum itu urusan permohonan perkahwinan perlu dibuat sekarang kerana proses mohon wali hakim makan masa seminggu hingga sebulan juga.
Dekomen yang perlu disediakan ialah sijil kursus pra perkahwinan dan ujian hiv, semuanya perlu disediakan sebelum itu.

Tanpa Nama berkata...

Terimakasih kerana telah memberi sedikit semangat untuk saya..bercerita perkara yg sebenar .... saya amat menyesal sekali atas perbuatan terkutuk saya..tetapi saya masih ragu2 tentang status saya..dan status anak saya..suami saya telah cerai saya dgn menyebut kita cerai..itu pertama kali..mlm dia merujuk kembali tanpa ada saksi...lepas setahun cerai lagi dgn perkataan yg sama..pas 2 hari rujuk lagi tanpa ada saksi semasa cerai atau rujuk..suami kata sah tak jatuh talak...sebab masih lagi dalm edah..pas 4 tahun suami cerai lagi dgn perkataan yg sama..suami rujuk blk..suami kata ok..tak jatuh talak sebab suami sentiasa ada dan tak pernah meninggalkan saya walau pun semasa edah...maksud suami saya yg saya faham ..selagi dlm edah ..dan tak pernah meninggalkan saya..dan bila rujuk kembali tanpa ada saksi atau akad... talak tak akan jatuh..satu 2 atau 3....saya merasa was2..saya gagahkan diri ke pejabat agama ...itu pun setelah dapat panggilan dari seorang wanita yg mengatakan suami saya telah menceraikan saya dan telah berkahwin dgnnya..setelah ditanya berkali2 suami saya mengaku dan menunjukkan surat cerai saya dgn talak tiga ....itu pun setelah anak saya berumur 3 tahun..dipejabat agama... surat cerai saya mengatakan talak satu...saya tidak tahu yg mana satu ...tiga atau satu..persoalannya sekarang status anak saya..saya menjadi serbasalah untuk menceritakan perkara yang sebenar kpd anak saya...saya telah menalifon pejabat agama dan telah diberitahu saya kena beritahu kepada anak saya status anak saya yg sebenarnya..dan anak saya terpaksa masuk kemakamah syariah untuk mendapatkan wali hakim..kalau tidak mahu beritahu juga.. beliau sarankan saya menangguhkan pernikah anak saya ..sebab saya bagi alasan yg anak saya sedang menduduki peperiksaan.dan tak mahu pelajarannya terjejas ..yg mungkin merosakan masa hadapannya..bagi saya dalam islam benda yg baik patut dipermudahkan ..tidak baik untuk mengaibkan anak saya..dan merosakkan masa hadapan anak saya..mungkin jika saya ada orang dalam .. perkara pernikahan ini tak menjadi sesulit ini ..ya saya akui saya telah melakukan zina dan amat menyesal sekali..pokok panggkalnya anak saya..yg tak berdosa dan tak bersalah ..tlglah saya..tiadakah caranya yg lebih mudah..ambil wali hakim..tanpa anak saya perlu masuk kemakamah syariah..tanpa beritahu statusnya...sekali lagi tlglah saya..jgn hampakan saya dan kecewakan saya.. terimakasih

fikrah islamiah berkata...

Saya masih keliru, anak itu dikandung semasa sebelum berkahwin atau dah berkahwin dan kemudian bercerai dan rujuk dan mengulangi perkara yang sama lebih daripada dua kali. kemudian rujuk kembali dan di saat itu puan mengandung. Maaf ini andaian saya. Sebenarnya perceraian kali ketiga itu tidak boleh dirujuk balik. Walau pun segera rujuk tetapi dikira satu talak. kalau dua keadaan ini berlaku memanglah anak tak sah taraf. Tapi kalau dalam kes kedua dia lakukan atas sebab jahil ia termasuk dalam wati syubahat, dan anak itu boleh dibintikan kepada bapa itu.
Cuma soal untuk mendapatkan wali hakim, tidak boleh dielak daripada pengetahuan anak itu. Maka tunggulah selepas peperiksaan. Dia perlu tahu kedudukannya, dan hal ini boleh sembunyikan dengan mendakwa bapa meninggal atau tidak dapat dikesan. Wallahu aklam. Tapi kalau tak sembunyikan lebih baik,

Tanpa Nama berkata...

salam.. saya ingin bertanya.. saya telah terlanjur dan kemudian dinikah secara paksa pada usia kandungan saya telah mencecah 4 bulan. saya dinikahkan dengan bapa kpd yg sy kandung dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada october 2007. saya bernikah dan tinggal berasingan pada masa kandungan saya 8 bulan,saya telah diceraikan. suami sya tidak pnh memberikan nafkah kpd saya. selepas saya bersalin, ayah saya telah mendaftar nama anak saya dan di sijil kelahiran anak saya,tidak ada maklumat bapa kerana anak saya tidak sah taraf. dan selepas anak saya berumur setahun,saya berkahwin lagi. suami saya inginkan anak saya itu berbinkan nama beliau kerana dia tidak mahu anak saya dianggap lain. tetapi anak saya sekarang sudah berumur 5 tahun. bagaimana untuk saya menukar nama anak saya supaya dia anggap dia adlah anak suami saya sekarang wapun dia hanya anak tiri suami saya.? minta penjelasan encik.. terima kasih

fikrah islamiah berkata...

Saya bersimpati kepada puan, namun dikesempatan ini saya ingin mengajar puan sama-sama menyedarkan kaum sejenis yang masih anak dara agar tidak terlalu mudah menyerah tubuh kepada lelaki. Ingatlah dosa tidak akan terhapus selagi belum bertaubat. Jadi selain taubat topup lagi dakwah, semoga pahala itu dapat menutup kesalahan lampau.
Mengenai bekas suami puan boleh tuntut di mahkamah syariah nafkah idah dan tunggakannya sehingga kini. Dan mengenai suami kedua dan anak tirinya memang tiada kaitan dan tidak boleh dibinti atau binkan kepadanya. Cuma yang boleh dilakukan kini ialah sekadar sandaran kepada suami puan tanpa meletakkan bin atau binti. Jabatan Pendaftran boleh menerima kaedah ini. Tapi ingat dia tidak boleh dianggap sebagai anak suami walaupun di segi hukum aurat dan wuduk sama seperti hukum mahram.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustad.....saya ingin bertanya mengenai kidmat hakim syarie..untuk mempercepatkan proses pernikahan mendapatkan wali hakim bagi anak tak sah taraf..dipulau pinang.

Unknown berkata...

saya seorang anak yang tidak sah taraf, dan saya dapat tahu tentang seorang wali yang tidak sah taraf, tidak boleh mewalikan anaknya sendiri.
Mohon penjelasan dari ustaz kerana saya memang berniat untuk berkahwin dan tekad untuk matlamat itu. Tetapi, apabila saya fikirkan akan hal ini, saya jadi sedih, saya x sanggup korbankan kebahagiaan anak-anak saya nanti apabila mereka tahu bahwa bapa mereka adalah anak yang x sah taraf.
Masalah lain yang mengganggu saya juga adalah penerimaan pihak keluarga perempuan terhadap saya yang x sah taraf ini.
Saya membuat keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam urusan yang melibatkan perasaan antara lelaki dan perempuan sebab saya risaukan masa depan saya dan juga keluarga saya nanti.
Sedangkan fitrahnya saya juga ingin hidup berkeluarga seperti orang lain.
Mohon pencerahannya. Jazakallah Khair...

baei berkata...

Untuk mendapatkan wali hakim tidak perlukan peguam. urusannya mudah kalau permohonan daripada perempuan terbabit. Mintalah bantuan khidmat nasihat pegawai PAID tempat anda.
Mengenai anak tak sah taraf yang melibatkan lelaki tidak masalah besar. hal ini kerana dia tidak perlukan wali untuk nikah. Tidak perlu diberitahu kepada orang lain. Lelaki tak sah taraf kalau ada anak nanti, dia boleh mengahwinkan anak perempuannya seperti biasa. dan dia boleh jadi wali ketika itu.

Tanpa Nama berkata...

maaf..maksud PAID..berapa lama proses diambil..anak saya tahu statusnya ..dan dokumen seperti surat cerai bapa sahaja dan sijil/surat beranaknya dikepilkan sekali dgn permohonan penikahan perempuan yg lengkap dgn pihak lelaki.anak saya nak bernikah pada 16 hb julai ni..perlukah anak saya buat rayuan kepada pendaftar nikah jika tarikh yg diminta tidak lulus

fikrah islamiah berkata...

Maaf menggunakan singkatan PAID, Pejabat Agama Islam Daerah (rujuk kepada daerah tuan tinggal). Sudahkah tuan penuhi borang permohonan kahwin? Sudah mendapat sokongan Penolong Pendaftar Nikah belum? Jika sudah mohon kelulusan PAID dan mohon dipanjangkan ke Mahkamah syariah terdekat untuk dapatkan wali hakim. Memandangkan tarikhnya sudah dekat boleh minta bantuan mahkamah dengan baik. Kalau semua di atas belum buat, mustahil tarikh itu dibenarkan.

AlphalipidSD2 Sihat & Anggun berkata...

Assalsmuakaikum wbt..Insyallah awal bulan depan, saya dan suami akan mengambil anak angkat perempuan yang tidah sah taraf. Bayi tersebut berpangkat cucu saudara kepada suami. Kami bercadang ingin menamakan bayi tersebut bersambung dengan nama suami tanpa meletakan "binti". Cth: nama suami Rozaidi, nama anak "Anggun Rozaidi" Selepas usia bayi tersebut 2 tahun, kami akan daftarkan sebagai anak angkat. Persoalanya, di masa depan sekiranya dia bernikah, adakah namanya akan dibintikan Abdullah atau sekadar menyebut namanya sahaja? Terima Kasih.

Baei berkata...

Tahniah puan, niat untuk mengambil anak tak sah taraf ini amat mulia. Semoga Allah beri ganjaran kepada puan dan suami puan. Mengenai menamakan anak itu dengan bersandarkan nama suami memang sebaiknya. dan waktu hendak berkahwin nanti boleh kekalkan nama yang direkodkan itu "anggun rozaidi". dan atas nama itu juga boleh dipohon wali hakim.
Mengenai dattar anak angkat, adakah disyaratkan setelah umur dua tahun? Kalau benar begitu, silalah berbuat begitu. Tindakan ini lebih selamat daripada merahsiakan statusnya. Tahniah sekali lagi.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...saya ingin bertanya,,saya mempunyai anak perempuan x sah taraf..tpi anak sy sekarang telah di ambil oleh pasangan suami isteri yg sudah lama kahwin tapi tak ada rezeki utk mndpt kn cahaya mata..saya amat sedih dan kecewa kerana terpaksa menyerah kn anak sy pd org..sumpah demi allah,,,sy tak berniat langsung nk bagi anak sy tu pada org,tapi keadaan terpaksa..waktu sy amat buntu,dengan keadaan sy yg lmh bru bersalin..fikir ttg ank sy.dgn kdaan ksmpitan..sbb bapa kepada anak sy mmpunyai masalah kewangan..niat saya mmg pada mula nya nk bagi pd org je,,tp slps bersalin hati saya 100%berubah..sy di pujuk dan akhir nya sy serah kn anak sy tu pd org..usia anak sy sekarang baru masuk 7 bln lbih..tujuan sy sktg,,sy nk tuntut anak sy semula..sy teramat-amat rindu kn anak sy..tolong lah sy..terma kasih..

fikrah islamiah berkata...

Apakah puan sudah berkahwin sekarang? Adakah berkahwin bersama dengan lelaki terbabit? Adakah pasangan itu sanggup menerima anak itu?
Kalau semua jawapannya YA, anda boleh berundang secara baik dengan pasangan itu. kalau perjanjian dibuat secara hitam putih, bolehlah dirunding semula untuk penarikan balik.
Tetapi kalau tiada hitam putih boleh bincang secara kasih sayang. Namun hasil daripada perbincangan itu belum berjaya. Kalau tidak berjaya redhalah kerana lazimnya anak yang telah dijaga selama 7 bulan sudah melekat ke dalam hatinya.
Kalau mereka bersetuju, kos penjagaan, kos belanja makan/susu, kos pengangkutan dan sebagainya perlu dipulangkan balik. Biasanya neseri sebulan RM3, tapi penjagaannya 24 jam, maknanya sudah berganda. Rasanya mungkin lebih RM10,000 perlu dibayar sebagai upah. Bagaimana pula kalau dia minta ganti rugi? Fikirlah untuk kebaikan anak itu.

fikrah islamiah berkata...

Maaf bukan RM3 tetapi RM300

Tanpa Nama berkata...

saya bercadang akan berkahwin pada tahun depan..pasanagan saya dapat menerima anak itu..saya berasa amat tertekan,dan merasa bersalah dan berdosa pada anak sy..hari2 sy teringat kan dia..kalau saya tak di beri peluang untuk menjaga anak sy pun,saya teringin nak jumpa dgn dia..saya nk tatap wajah die.sy nk peluk cium dia..sy nk minta maaf dan sy nak kata kn pd dia sy teramat-amat syg kn dia..saya terlupa satu perkara,baru2 ni sy dapat tau tgn anak saya patah kerana mereka hantar anak sy ke rumah pengasuh.anak pengasuh tu bermain-main mungkin terpijak tangan anak saya..so ada tak peluang utk saya fight kes ni..

fikrah islamiah berkata...

Runding dengan baik, insya-Allah ada jalannya. apa halpun kena bayar kos penjagaan anak itu. Soal patah itu, ibu bapanya boleh saman syarikat pengasuh tersebut. anda tiada hak dalam kes ini.

Tanpa Nama berkata...

saya tetap nak tuntut semula anak sy..sy tau agak sukar,tapi mereka cabar kesabaran sy..kalau begini cara nya,sy mengambil keputusan akn tuntut semula anak sy..bagaimana cara untuk saya mmbuat tuntutan itu..

fikrah islamiah berkata...

Saya bersimpati dengan anda, namun usaha untuk mengambil anak itu semula bukanlah mudah. Anda perlu berbincang dari hati ke hati. Saya tidak percaya kes ini boleh dibawa ke mahkamah apatah lagi kalau anak itu telah didaftarkan sebagai anak mereka (anak angkat). Lainlah kalau dia mencuri anak itu.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz,saya ada satu perkara nak tanya.sebelum berkahwin saya telah terlanjur,dan kemudian bernikah setelah isteri saya mengandung 7 bulan.untuk pengatahuan ustaz kami telah menyesal dengan perbuatan kami dan bertaubat dan kami sedaya upaya menjadi hamba Nya yang baik.dan kami sangat sayang anak kami,dipendekkan cerita setelah anak saya dilahirkan saya tak dapat mem binti kan anak saya dengan nama saya kemudian JPN telah membintikan anak saya dengan binti Abdullah,persoalan saya sekarang boleh ke kalau saya pergi JPN dan minta mereka untuk buangkn binti itu..contoh: nurul farhana mohd ishak.tujuan saya untuk buat macam ni sebab taknak memalukan atau menyusahkn anak saya dimasa hadapan nanti,sebab satu hari nanti pasti dia akan bersekolah.dan kalau dia ada adik pasti dia akan bertanya kenapa adiknya berbin/binti nama saya sedangkn dia binti Abullah.dia tak bersalah..saya harap ustaz dapat tolong..

assalamualaikum.

fikrah islamiah berkata...

Tahniah kerana anda sudah benar-benar bertaubat dan insaf, semoga anak anda akan terdidik sebagai anak solehah. Mengenai membuangkan binti, anda boleh berbincangan dengan jabatan berkenaan, dan dia bertaraf anak angkat atau anak tiri. boleh tukar pada sijil kelahiran. Namun kena ingat kalau dia hendak berkahwin nanti anda tidak boleh menjadi wali. Ertinya dia perlu diberitahu juga bahawa wali adalah wali hakim.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas jawapan ustaz,tentang berwalikan hakim memang saya sedia maklum.insyallah saya akan cuba berbincang dengan JPN untuk membuang binti didalam surat beranak dia.setidak2 nya nama saya ada di akhir nama anak saya,doa kn semuanya berjalan lancar.

assalamualaikum.

Tanpa Nama berkata...

salam..saya merupakan seorang ibu yang mempunyai seorang anak perempuan tidak sah taraf,yang dibintikan abdullah.saya berkahwin dengan bapa kandung anak ketika dia berusia 8bulan,dan sekarang umurnya sudah memasuki 4 tahun.saya sangat risau kerana anak saya bakal memasuki persekolahan pada tahun hadapan.apa yang harus saya buat,saya nak anak sulung saya ini dibintikan nama bapa kandungnya sendiri sama seperti adiknya.adakah jpn dapat luluskan permohonan kami ini?

fikrah islamiah berkata...

Maaf puan anak tak sah taraf tidak ada bapa. dia hanya ada ibu iaitu puan. Jadi tidak boleh dibintikan kepada suami puan walaupun dia yang menyebabkan kelahirannya. Lebih baiklah dikekalkan apa yang telah didaftarkan itu. Tidak perlu dimalukan dengan masyarakat tetapi malulah dengan Allah.

SAKURA berkata...

asslamualaikum.. saya ade beberapa pertanyaan .. saya baru-baru ini telah pun melangsungkan perkahwinan dimana ketika itu saya telah pun mengandung selama 10 minggu dan akan dijangka bersalin pada bulan 4 tahun hadapan yg ketika itu usia perkahwinan saya baru mencecah 8 bulan . Soalan saya apakah status anak saya itu nanti ? (2) adakah boleh anak itu nanti berbinkan @ berbintikan nama suami saya (3) bagaimanakah cara untuk mendapatkan status anak sah taraf .

fikrah islamiah berkata...

Pada dasarnya anak itu boleh bertaraf sebagai sahtaraf. tetapi oleh sebab sebelum berkahwin puan telah kenal pasti sudah mengandung maka anak itu tetap tidak boleh diwalikan oleh suami puan kalau dia perempuan. Di segi teknikal puan boleh terus berdaftar dihospital puan bersalin dengan menunjukkan sijil nikah. anak itu dikira sah taraf. Tapi ingat, kalau anak itu perempuan dapatkan wali hakim untuknya. Wallahu aklam.

SAKURA berkata...

Terima kasih ustaz atas penjelasan yang diberi, ini bermakna anak saya ini bolehla berbinkan nama suami saya krana anak ini adlh benih suami saya sndri .. dan saya tak perlulah pergi ke jais untuk mendapatkan pengesahan anak sah taraf .. Saya semakin hari semakin rasa bersalah dgn kandungan saya ini sbb saya tidak mahu kelahirannya nanti menjadi aib baginya kelak .. Saya amat menyesali diatas perbuatan saya selama ini .. Tolong beri penjelasan ustaz tq

fikrah islamiah berkata...

Tidak kena mengena dengan JAIS dalam soal pendaftaran, tetapi apabila nak kahwinkan anak itu nanti, ada kaitan dengan JAIS. Kena buat pengakuan jujur bahawa anak (jika) perempuan suami puan bukan walinya.

Tanpa Nama berkata...

Hamba Allah...
salam,saya ingin meminta cadangan dr ustaz,bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan kerumitan yang saya alami sekarang.Ini ialah berkaitan abang tiri saya,sekarang umurnya tlh mencecah 27thn,ibu saya telah berkahwin sebanyak 3 kali dengan lelaki yng berbeza,hasil perkahwinan pertama dia memperolehi 5orng ank dan perkhwnan ke-2 mempunyai seorng ank iaitu saya.sewaktu mengandungkan ank ke-5 ibu dan ayah tiri tidak lagi tinggal bersama,selepas anak ke-5 lahir ibu menuntut cerai dari ayah tiri.juga ada berlaku kesilapan pendaftaran kerana suami ibu yng ke-2 telah mendaftarkan nama abg serta telah men bin kan ke atas nama beliau dan nama ibu adalah bukan nama ibu saya sendiri sebaliknya nama isteri ayah yng pertama tercatat di surat lahir abg sya,masalah yng di hadapi sekarg ialah nama ibu dn bapa yng terkndung di dalm surat lhir abg ialah tdk sah krna bkan bpa dn ibu kndungnya tetapi perkara ini telh dirahsiakan selama 27 thun.Apa yng sya dn ibu cuba lakukan sekrg ialah ingin menukar nama asal ibu dan bapa kndung abg tiri saya di JPN tetapi kmi tdk memliki bukti yg kukuh kerana nama ibu tidak tercatat sewaktu kelhiran abg,kedua2 penama di dlm surat lahir tersebut juga telah meninggal dunia ini yng menyebabkan kerumitan.
1)Apakah langkah yng ptut sya ambil sekarng untuk meyakinkan JPN?
2)Perlukah ibu dan abg melakukan ujian DNA?
3)Patut kah membuat surat akuan sumpah atau menfailkan di mahkamah demi meyakinkan JPN?
4)Apakah hukum abg saya di bin kan ke atas nama bapa saya sedangkan dia adalah ank saf taraf kpada suami pertama?
5)Bagaimana pula dengan nama ibu kerana nama ibu kndung yng tercatat di surat lhir abg bkn nama ibu saya sebliknya nama ibu tiri saya?
terima kasih...

Ms. Oh Maree berkata...

Saya ingin bertanya. Saya melahirkan seorang anak lelaki selepas sebulan bernikah dgn suami saya yang mana dia merupakan bapa kepada anak itu. Anak lelaki saya itu di binkan dengan Abdullah. Boleh tak sekiranya saya ingin membuat permohonan untuk menukar bin kepada nama suami saya tanpa meletakkan bin? Contohnya Mohammad Fairyll Thaqif Mohammad Hafizi? Sekarang anak lelaki saya itu berumur 3 tahun dan bakal bersekolah tidak lama lagi. Mohon pendapat Ustaz dgn segera

Tanpa Nama berkata...

Saya dalam situasi dilemma. Saya adalah 46 th wanita islam dan telah berkahwin dan bercerai
sebanyak 2 kali. Saya akan langsungkan perkahwinan yang ketiga, insyallah. Saya mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan yang pertama.

Saya telah dimaklumkan oleh ibu saya baru-baru ini yang bapa yang telah menjaga dan membesarkan saya bukanlah bapa kandung saya, suami sah dengan ibu saya.

Untuk pengetahuan anda, bapa ini yang telah membesar dan menjaga saya telah kembali kerahmatullah 15 tahun lalu.

Bapa kandung asal (bukan suami kepada ibu saya) saya tidak ketahui dimana dia berada sejak saya didalam kandungan ibu saya. Selama ini, keadaan saya tidak diberitahu dan telah dirahsiakan oleh ibu saya.

Kedua-dua perkahwinan telah dilangsungkan dan diwalikan oleh arwah bapa saya yang telah membesar dan menjaga saya.

Pertanyaan saya adalah yang berikut,
1) adakah perkahwinan saya yang terdahulu dianggap tidak sah?
2) adakah anak2 saya dianggap anak luar nikah?
3) Anak bungsu saya adalah anak perempuan. Bolehkah bekas suami saya, bapa kandung yang sah pada anak perempuan saya, walikan perkahwinan anak perempuan saya secara sah?

Terima kasih atas pertolongan anda menjawab pertanyaan saya.

Ws

fikrah islamiah berkata...

Ternyata banyak masalah umat Islam hasil kecuian kita menuntut ilmu dan mengamalkan Islam. Saya cuba jawab ketiga-tiga masalah itu di sini:
Tanpa nama, Hamba Allah, lebih baik rujuk kepada pejabat pendaftaran. mereka ada cara untuk menyelesaikan masalah itu. Namun tentang memalsukan ibu dan bapa adalah kesalahan. perlu dibetulkan. di segi agama ada berdosa.

Ms oh Maree, puan boleh rujuk kes ini dengan pejabat pendaftaran. kini ada peraturan baru.

Tanpa nama2, ya perkahwinan itu tidak sah, namun kerana anda tidak tahu, anda tidak berdosa dan anak itu adalah anak anda yang sah dengan suami anda. Bukan anak zina tetapi bertaraf syubahat. Ayah anak puan itu boleh jadi wali.
jika anda ingin berkahwin lagi, sila rujuk ke mahkamah minta wali hakim jika tidak dapat dikesan bapa sebenar.

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum, saya seorang anak yang tidak sah taraf dan ingin berkahwin beberapa bulan lagi... tetapi saya dilahirkan berbin kan bapa dan bapa saya berkeras untuk mewalikan saya sedangkan dia saya adalah anak zina mereka dan tahu saya dilahirkan 4 bulan selepas tarikh perkahwinannya, dan macam mana cara proses perkahwinan saya ? adakah jabatan agama islam akan membenarkan ? dan macam mana saya boleh berbinkan bapa sedangkan saya lahir 4 bulan selepas mereka berkahwin?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... nak tanya.. boleh ke kalau kita nak tukar nama bapa anak perempuan (binti) sedangkan itu memang bapa sebentar dia? anak saya anak perempuan.. terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... nak tanya.. boleh ke kalau kita nak tukar nama bapa anak perempuan (binti) sedangkan itu memang bapa sebenar dia? anak saya anak perempuan.. terima kasih..