Khutbah Jumaat


Khutbah jumaat
Mesej Isra’ Mi’raj Memperkasakan Ummah

الحمد لله القائل : z`»ysö6ß üÏ%©!$# 3uŽó r& ¾ÍnÏö7yèÎ/ Wxøs9 šÆÏiB ÏÉfó¡yJø9$# ÏQ#tysø9$# n<Î) ÏÉfó¡yJø9$# $|Áø%F{$# Ï%©!$# $oYø.t»t/ ¼çms9öqym ¼çmtƒÎŽã\Ï9 ô`ÏB !$oYÏG»tƒ#uä 4 ¼çm¯RÎ) uqèd ßìŠÏJ¡¡9$# 玍ÅÁt7ø9$#
أشهد أن لا ال الا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا ونبينا محمدا عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
أما بعد، فيآ أيها المسلمون، اتقوا الله، قال الله تعالى: يآأيها الذين ءامنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون.
Muslimin sidang Jumaat sekalian, takutlah kalian kepada Allah,tuhan yang mencipta sekalian makhluk dan sentiasa mengharapkan kepada kepada umat-Nya. Firman Allah s.w.t.: “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan kamu mati kecuali dalam keadaan menyerah diri kepada Allah.
Setiap kali datang bulan Rejab seluruh masjid dan surau akan bercakap pasal Isra’ Mi’raj walaupun tarikh peristiwa itu dikatakan berlaku pada 27 Rejab namun upacara memperingatinya bermula sejak awal bulan lagi.
Peristiwa yang dikatakan berlaku setahun sebelum Hijrah ini merupakan hadiah Allah bagi mengembirakan Baginda Rasul setelah dua insan kesayangan yang selalu membelanya meninggal dunia.
Dalam khutbah kali ini ingin saya menyingkap sirah peristiwa itu sehingga kita sama-sama dapat memahami mesejnya secara jelas. Menurut sirah nabi, Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W.
Peristiwa ini sebenarnya menjadi simbolik bahawa setiap orang perlu bersih hati dan jiwa jika mereka mahu mencapai sesuatu anugerah yang baru lagi baik. Rasulullah dijemput oleh Allah menghadap-Nya tentu sesuatu anugerah yang baru dan baik. Pastinya jemputan itu amat tidak patut ditolak.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Cerita Isra’ Mikraj pada zaman ini bukanlah cerita pelik, kerana suatu yang ajaib pada zaman dahulu sudah terbukti boleh berlaku pada hari ini. Firman Allah:
z`»ysö6ß üÏ%©!$# 3uŽó r& ¾ÍnÏö7yèÎ/ Wxøs9 šÆÏiB ÏÉfó¡yJø9$# ÏQ#tysø9$# n<Î) ÏÉfó¡yJø9$# $|Áø%F{$# Ï%©!$# $oYø.t»t/ ¼çms9öqym ¼çmtƒÎŽã\Ï9 ô`ÏB !$oYÏG»tƒ#uä 4 ¼çm¯RÎ) uqèd ßìŠÏJ¡¡9$# 玍ÅÁt7ø9$# ÇÊÈ  
Maksudnya: Maha suci Allah Yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah al-Isra’ : 1)
Apakah istimewanya peristiwa israk kepada umat Islam? Mari kita jejaki mesejnya.
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Dalam perjalanan itu mereka berhenti di tiga tempat dan melakukan solat dua rakaat ialah:
i.      Negeri Taibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Perhentian ini pada Rasulullah amat penting kerana Madinah menjadi motivasi kepada Rasulullah untuk terus berjuang menyelamat umat manusia.
Manakala Bukit Tursina menyedarkan Rasulullah betapa pentingnya wahyu diterima baik.
Dan Baitul-Laham mengingatkan Baginda bahawa kelahiran seseorang rasul sentiasa dicemburui. Semua ini akan memberi semangat dan menjadi perhatian baginda dalam perjalanan dakwahnya nanti.
Selain itu, peristiwa israk seperti yang digambarkan sepanjang perjalan Rasulullah S.A.W. bukan sekadar cerita halua telinga tetapi terdapat mesej yang mahu Allah tunjukkan. Antaranya dalam perjalanan itu baginda digambarkan beberapa kisah melalui screen:
1       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Setelah dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya). Mereka dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka sendiri. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala untuk sujud (sembahyang).
4       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10      Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
Lapan gambaran di atas adalah masa depan umat Islam selepas kewafatan Baginda. Itulah hakikat gambaran umat Islam masa kini yang jauh terpesong daripada landasan sebenar. Jika anda tidak mahu terlibat, berusahalah keluar daripadanya.

Sidang Jumaat Sekelian
Kemudian di Baitul Maqdis bagi memulakan Mikraj (Naik ke Sidratul Muntaha Menemui Allah) baginda didatangkan mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah.
Akhirnya sampai Sidratul-Muntaha di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya. Kemudian berlaku dialog antara Allah dengan Muhammad, Rasul-Nya:
Rasulullah : اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطُّيْبَاتُ لِلَّهِ
Allah S.W.T     اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ،
Rasulullah        :       اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah        :       Aku ke sini atas jemputan-Mu bukan untuk memohon tetapi hendak menerima tugasan. 

Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
Di sinilah Baginda diberikan kefarduan Solat 50 waktu dan akhir menjadi 5 kali sehari semalam setelah mendapat nasihat Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S.  
Allah anugerah solat kepada umat Muhammad sebagai amalan harian sekali gus menunjukkan tanda terima kasih kepada Allah. Soalnya apakah kita pada hari ini dapat melakukan solat itu dengan baik. Atau melakukan amalan sekadar rutin kerana terpaksa.
Inilah realiti umat Islam pada hari ini. Malah ada yang langsung tidak mahu melakukan solat kecuali seminggu sekali. Mereka hakikatnya mensia-siakan anugerah Allah kepada Nabi Muhammad. Mereka tidak hargai sesuatu yang berharga daripada Allah.
Di sini saya ingatkan remaja juga ibu bapa yang mempunyai anak remaja, bahawasanya solat menjadi asas kepada kemajuan umat Islam. Jika kita boleh selesaikan urusan dengan Allah dengan sujud kepada Allah pasti Allah selesaikan urusan kita di dunia ini.

Perhatikan firman Allah:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) šÏŠqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqtƒ ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó$$sù 4n<Î) ̍ø.ÏŒ «!$# (#râsŒur yìøt7ø9$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ  
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya), (Surah Jumaat: 9)

Bayangkan kalau seruan ini diabaikan, perniagaan dan jual beli diteruskan tanpa menghiraukan azan, pasti mereka tidak akan maju dalam urusan dunia. Inilah bukti mengapa orang Islam gagal dalam urusan dunia mereka.

Percayalah kalau kita boleh istiqamah dengan solat termasuk yang sunat, bukan sahaja urusan dunia akan Allah mudahkan malah segala dosa dan maksiat seperti yang digambarkan di atas akan terhindar daripada diri kita. Hal ini kerana Allah memelihara kita daripada gangguan syaitan dan nafsu.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
(#qãZŠÏètFó$#ur ÎŽö9¢Á9$$Î/ Ío4qn=¢Á9$#ur 4 $pk¨XÎ)ur îouŽÎ7s3s9 žwÎ) n?tã tûüÏèϱ»sƒø:$# ÇÍÎÈ  
Maksudnya: “dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk; (Surah al-Mukminun : 45)


بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم، وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم.
أقول قولي هذا وأستغفرالله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات، فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم.