15 Mac 2009

Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka?

Ahmad Baei Jaafar

Membaca rencana keluaran lalu, ramai yang bertanya mengapa pula poligami boleh mengundang kepada neraka, bukankah poligami sunnah Rasulullah. Benar, sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah akan beroleh pahala, syurga. Tetapi siapa yang boleh memberi jaminan bahawa mereka yang mengamalkan poligami pada hari ini benar-benar mengikut sunnah?
Sebenarnya sama ada kahwin poligami atau tidak, hukumnya adalah harus. Dan setiap yang harus kadang-kadang boleh menjadi wajib, boleh jadi sunat, boleh jadi makruh dan boleh jadi juga haram.
Bagaimanapun apabila seseorang itu telah secara rasmi berkahwin secara poligami, suami dan isteri-isteri terdedah kepada dosa yang boleh menghampirkan mereka kepada neraka. Semua ini adalah berpunca daripada kurang pengetahuan agama khususnya dalam soal hukum poligami sama ada suami atau isteri.
Di sini disenaraikan kesalahan yang sering terjadi kepada pengamal poligami:
1. Berbohong
Ada orang kata, bohong dalam poligami tidak sampai masuk neraka kerana bohong diharuskan untuk menyelamatkan keadaan yang gawat. Dalam kes ini siapa yang gawat? Siapa yang hendak diselamatkan hingga terpaksa mengguna senjata berbohong?
Jelas dalam kes ini suami berbohong untuk melepaskan dirinya sendiri. Maka dalam keadaan ini tidak ada keharusan dalam berbohong. Apatah lagi kalau pembohongan itu dilakukan berpanjangan tanpa henti, tentu berdosalah si suami itu.
Apabila seluruh hidupnya penuh dengan pembohongan, bahagiakah kehidupannya? Setiap detik gerak-gerinya dirasakan sedang diintai oleh isterinya. Maka sebelum dia dimasukkan ke dalam neraka di akhirat, hakikatnya dia telah memasukkan dirinya dalam neraka dunia.
2. Tidak Adil
Dalam keadaan di atas, suami tersebut tidak mungkin akan berlaku adil terhadap isterinya. Ada isteri yang teraniaya di sudut nafkahnya, ada juga isteri yang dicuaikan gilirannya dan ada isteri yang dibiarkan langsung atas alasan nusyuz dan sebagainya.
Bayangkan apa akan jadi kepada suami yang tidak adil kepada isteri-isterinya. Dia bukan sahaja berdosa dengan isterinya kerana tidak berlaku adil, dia juga berdosa terhadap Allah kerana melanggar perintah-Nya supaya berlaku adil. Sekali lagi suami dalam keadaan semakin hampir ke neraka.
Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang maksudnya, mana-mana suami yang tidak adil terhadap isteri-isterinya, di akhirat nanti dia akan berdiri dalam keadaan senget sebelah.
Berhubung dengan adil, yang paling penting ialah giliran malamnya. Dalam bab itu ramai suami atau isteri yang tidak tahu, lalu mereka terus melakukan dosa.
3. Salah Giliran
Sebenarnya giliran seseorang yang berpoligami adalah berdasarkan 24jam sehari. Maknanya kalau dia menentukan gilirannya bermula pada waktu asar, maka berakhir tempohnya pada waktu asar esoknya. Berdasarkan itu jika dia bermalam dengan isterinya pada malam itu, maka esok siangnya adalah termasuk gilirannya juga. Begitu juga sebaliknya kalau suami bekerja malam, maka siangnya adalah mula gilirannya.
Dalam hal ini kalau suaminya keluar kerja sama ada siang atau malam, maka waktu keluar itu juga dikira masih giliran isterinya itu. Jadi, selagi dalam tempoh giliran isteri itu, suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk tidur dengan isteri yang lain.
Dia boleh pergi zirah isteri itu tetapi dia tidak boleh tidur bersama isteri itu. Dia boleh menghantar barang atau melihat anak dan isteri tetapi tidak boleh tidur dengannya. Jika berlaku persetubuhan sedangkan bukan gilirannya, maka perhubungan itu adalah haram. Jika lahir anak hasil persetubuhan itu adalah dikira haram, walaupun tidak sampai kepada hukum berzina.
Perkara inilah yang sering terjadi kepada pasangan poligami yang bermasalah semuanya hendak dirahsiakan. Boleh jadi pada malam Jumaat dia bersama isteri pertama, tetapi pada pagi Jumaat keesokannya dia singgah di rumah isteri keduanya dan pada kesempatan itu juga dia sempat bersama isteri tersebut. Sedangkan siang hari Jumaat itu adalah masih giliran isteri pertamanya.
Dalam kes ini, isteri pertama tahu suaminya ke tempat kerja, tetapi sebaliknya dia melencong ke rumah madunya. Jadi, selain dia menipu isterinya dia telah mencuri giliran isteri pertama untuk bersama isteri yang bukan gilirannya. Bayang berapa banyak dosa yang dilakukan oleh suami ketika itu. Semua ini kalau dia tidak bertaubat, sebaliknya mengekalkan amalan itu, pasti tempatnya adalah neraka.
Selain suami, isteri juga boleh terlibat dengan dosa dalam beberapa kes. Antara dosa isteri ialah:
1. Isteri menghalang suaminya bagi memenuhi giliran pada isteri yang lain.
2. Isteri menggauli suaminya padahal dia tahu hari tersebut bukan gilirannya.
3. Isteri menyekat madunya daripada mendapat manfaat, nafkah dan sebagainya.
4. Isteri bersangka buruk terhadap suaminya lalu mengintip gerak-gerinya.
5. Isteri bersangka buruk terhadap madunya lalu mengintip gerak-gerinya.
6. Tindakan isteri itu menyebabkan madunya hilang hak kenikmatan hidup berkeluarga.
Jika isteri tersebut tidak bertaubat malah meneruskan kesalahan di atas, mereka memang dijamin neraka. Namun oleh sebab para isteri tidak tahu kedudukan hukum ini maka mereka terus mengekalkan dosa-dosa itu.

13 ulasan:

Gurindam Jiwa berkata...

Mak oi, tiba-tiba naik dua tiga blog Ustaz nih. Siap boleh design kad kahwin lagi tu!

Bagi peluang la designer tepi jalan cari makan Ustaz...

fikrah islamiah berkata...

Nak tolong dia oranglah tu.

Bawang Goreng berkata...

Salam Ustaz,

Saya tertarik bab 'adil' nih, katakanlah suami yang beristeri 2, isteri pertama anaknya 6, isteri kedua anaknya 2. Satu hari suami beli rambutan, 2 kilo untuk setiap isteri. Menurut suami, adillah tu, setiap isteri mendapat bahagian yang sama banyak, 2 kilo seorang. Tetapi jika dilihat bahagian untuk anak-anak pula, memang tidak adil... Adakah ayah anak-anak ini berdosa kerana tidak berlaku adil pada anak-anak?

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana menimbulkan isu adil. Sebenarnya adil dalam bab makan berdasarkan keperluan masing-masing. Kalau isteri pertama ada anak 6 orang dia perlu beli lebih supaya mereka tidak kebuluran. Tapi kalau anak itu kecil tentu dia tidak makan banyak. Manakala isteri kedua yang baru 2 orang anak, cukuplah dengan kadar yang secukupnya. Namun begitu kalau isteri kedua dengan dua anak itu tidak suka rambutan dia tidak boleh beli rambutan kerana itu dianggap tidak adil. Ertinya adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Berbeza dengan adil giliran, mesti sama jumlahnya, kecuali dengan keizinan isteri-isteri lain.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz...

saya adalah isteri pertama yg dipoligami asalnya tanpa pengetahuan..tetapi dgn kuasa Allah akhirnya saya mengetahuinya juga..Alhamdulillah saya cuba mnerima perkahwinan suami dgn redha dalam proses ke arah itu wpun ada dugaan yg melanda...kerana itulah takdir allah yg terbaik utk saya...Ustaz masalahnya adalah saya n suami menetap di JB..suami bekerja di singapore..jd masanya banyak di habiskan disini..madu saya tinggal di selangor dan suami akan balik berjumpanya hanya 2 kali sebulan itu pun pada hari sabtu ahad iaitu suami cuti dr bekerja...tetapi ustaz giliran ini bukanlah yang saya tetapkan sendiri...tetapi atas kehendak suami n isteru keduanya itu Alhamdulillah saya x pernak menghalang suami berjumpa madu saya wpun pd awal agak berat melepaskan suami pergi lama saya redha dan selalu berfikiran positif bahawa suami pergi menunaikan tanggungjawabya dan jika saya menghalang ia pasti berdosa kpd suami dan saya...bila saya tnya suami kenapa tidak membawa isteri keduanya ke JB agar dia tidak penat berulang-alik alsannya isterinya itu tidak mahu bertkar tempat kerja kerana sudah selesa di sana...mereka juga sedang dlm proses membeli rumah di selangor...saya tidak boleh berbuat apa2...bila saya ajukan lagi soalan kpd suami sampai bila harus begini kerana saya juga ada perasaan simpati pd madu saya wpun awlnya saya agak marah bila tahu sanggup berkahwin dgn suami saya dulu..suami hanya berkata nantilah dulu dia sedang mengumpul wang utk berniaga jd dia akan adil dlm waktu giliran cth seminggu di sel dan seminggu di jb...dia juga memberitahu saya bahawa isteri keduanya itu faham akan situasi tersebut...saya risau ustaz kerana saya sedang hamil bagaimana pula ank dalam kandungan saya ini adakah ia ju haram ustaz...hrp ustaz dpt memberi penjelasan...tq

fikrah islamiah berkata...

Apabila kedua-dua isteri bersetuju dan redha, hilanglah hukum haram itu. Tetapi kalau suami abaikan giliran dan keperluan suami sehingga menyakitkan isterinya, maka dikira tidak adil. Suami perlu minta maaf dan kalau dia tidak maafkan, sah suami puan perdosa kepada madu puan.

Tanpa Nama berkata...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ.

Ustaz, suami saya tidak berlaku adil sejak dr awal perkahwinan. Sehinggakan kami pernah berpisah akibat sy tidak tahan dengan perangainya yg sering memukul, tidak menyediakn tempat tinggal buat saya dan anak2. Dia juga sering mencuri giliran saya sedangkan isteri pertama tidak mempunyai anak.

Lebih kurang setahun kami berpisah, suami kembali dan merayu akan berubah dan nak kembali. Memikirkan anak2, saya setuju. Namun, ternyata jodoh kami sgt berat. Pelbagai gangguan dr isteri pertama. Sedangkan jika suami tidak bersama saya, dia membiarkan suami bersosial dan blk lewat malam bersama wanita yg bukan muhrim. Tetapi apabila saya sah kembali pd suami, dia sibuk nak "kepong" suami. Langsung xboleh lebih sikit masa suami tgk anak2. Hinggakan umrah yg kami lakukan jadi huru hara angkara dia. Dia juga memaksa suami menggantikan gilirannya selepas kami pulang dr umrah. Sedangkan ketika mereka pergi menunaikan umrah, sehari pun suami tidak menggantikan giliran saya.

Saya sgt tertekan, kini pernikahan baru kami baru 5 bulan. Dan suami telah mengulangi perbuatan dan sikap lamanya. Walaupun telah berjanji didepan kaabah dan quran utk berlaku adil dan bertanggungjawab. Sudah sebulan suami tidak pulang langsung. Hanya sekadar sms selamat pagi setiap hari. Saya tidak membalasnya kerana saya protes dia akan pergi bejalan dgn isteri tuanya setiap minggu penang, ipoh, melaka dan sarawak tetapi saya dikatakan curang apabila saya membuka fb saya ada kwn2 lama yg bersembang dgn sy. Dan saya juga dikatakan keluar tanpa kebenaranya sedangkan saya hanya kerja dan keluar membeli lauk utk anak2. Dan melawat ibu sakit. Dan hingga ke hari ini, sebulan ibu saya sakit, sekalipun dia tidak pernah menjenguk ibu saya.

Keluarga suami juga selalu membela isteri pertama. Sedangkan pada awalnya isteri pertama yg membenarkan perkahwinan ini memandangkan dia tidak mampu memberi zuriat. Tetapi dia menjadi marah apabila 3 bulan perkahwinan kami, saya hamil. Dia juga membuat fitnah hingga suami tidak yakin itu adalah anak kandungnya. Dan meninggalkan saya 3 bulan tanpa berita.

Saya tak tahu nak rujuk pd siapa. Saya telah pergi utk mendapatkan kaunseling di janatan agama, namun pegawai bertugas ketika itu tidak mahu mendengar cerita saya sepenuhnya. Mungkin kerana nak cepat balik ketika itu. Sekarang, abang saya akan menikah. Saya dijemput sangat-sangat utk hadir. Tapi saya tidak mahu memberitahu suami kerana dia tidak adil dan dia mengambil tahu tentang kami. Adakah wajar tindakan saya? Dia kini sedang bersukaria di sarawak. Bolehkah saya pergi ke mana2 tanpa memberitahu dia?

Tlg ya ustaz.

fikrah islamiah berkata...

Saya tidak tahu adakah perkahwinan puan berdaftar di Malaysia atau tidak. kalau daftar, puan ada hak di mahkamah untuk sebarang tuntutan. kalau tidak, perlu daftar sekarang.
Kisah puan harus diambil iktibar oleh semua wanita agar jangan mudah sangat menerima pujukan lelaki untuk berkahwin. Tengok iman dan ilmunya dahulu.
Kalau suami abaikan rumah tangga puan, apatah lagi dia tidak di rumah, tidak perlu minta izin kalau ada keperluan untuk keluar apatah lagi untuk urusan baik.

noor berkata...

Salam ustaz, nama sy noor, sy ada kemusykilan, sy bkerja di kl dn mempunyai rumah sewa di sini, tetapi skrg lebih tggl di johor krn mengikuti suami . lalu sy mempelawa teman skerja seorang janda tiada anak yg bru bkahwin dgn suami org tggl bersama dirumah sewa kl memandangkn sy masih berulang alik kl - johor, sbln dlm sekali biasanya sy akan turun kl, utk maklumat ustaz pasangan tsebut telah menikah di sempadan siam atau golok tnpa pgetahuan isteri ptama pd awalnya, lelaki tsebut mpunyai 4 org anak yg masih kecil berumur 7-1. skrg isteri ptama da tau keadaan sbnr.
Masalahnya apabila sy balik kl atas urusan kerja dn tggl dirumah sewa tersebut ,sy lihat lelaki tersebut sering berada di rumah, contoh jika 5 mlm sy berada di kl, 5 mlm la lelaki tersebut ada dirumah, sy berasa rimas dn mula mempersoalkn tggjwb poligami dia dgn suami sy, sy berasa sakit hati ketidak adilan jelas berlaku dihadapan mata sy, seolah sy juga berdosa dn bersubahat memandangkn sy yg mempelawa teman tsebut tggl bersama, tetapi suami sy pula memberi nasihat jgn mencampuri urusan rumahtgga org dn itu adalah urusan dia dgn Allah, apakah pandangan ustaz? adakah benar sy dn suami tidak dikira bershubahat dlm kes ini? adakah kami perlu memberi nasihat? atau apa yg patut sy lakukan? bantula sy sebab sy berasa runsing dn rimas dgn keadaan skrg...naluri kewanitaan sy sering memberontak dn berasa kesian thdp isteri ptama dn anak2 masih kecil wlpn tidak mgenali mereka

fikrah islamiah berkata...

Puan ada hak untuk menasihati kawan puan itu. Minta supaya suaminya bertanggungjawab kepada isteri-isterinya.
Kalau dia sanggup berpoligami maka dia harus berani menanggung risiko kemarahan isteri pertama dan kedua. Oleh sebab itu dia mesti kuat iman dan amal.
Jika mereka enggan puan boleh mengusir secara lembut dan kalau perlu boleh berkasar.

noor berkata...

terima kasih ustaz atas cadangan yg telah diberikan, wassalam noor

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz,sy nor..sy btul2 dlm delima,sy xtau Ape yg harus sy buat,dgn mbaca ulasan ustaz mgenai poligamu ni,sy mmg yakin sgt yg suami sy tgk layak utk bpoligami,diringkaskan cerita,sy bnikah digolok,pd awalnya suami sy sudah pun mbwa sy bjumpa dgn madu sy(isteri ptama)sbyk 2x...utk mdpt kn psetujuan utk poligami,yg od awalnya isteri ptama x stuju,tp kmudiam dua mghubungi sy mberi psetujuan utk bkwin..atas alasan dia dah pening dgn suaminya yg mmg Da tergila2kn sy,sy mnolak to dipujuk nya jgak,sy pun pelik lalu bsetuju,psiapan pun dibuat,sgala dokumnt utk bnikah poligamu sy Da siapkn cuma surat dri mhkamah psetujuan dri isteri ptama je sy x dpt lg dri suami,bmacam2 alasan diberi shinggalah saat mjlis ni blansung,bru suami ckp mhkmh tk luluskn atd alasan xde pngesahan statemnt gaji sbb suami pd ketika itu buat kerja sdri...tp sy tau dia mnipu,tp sy xde pilihan,mjlis dh nk,blansung..jemputan Da dijemput...mjlis tpaksa diteruskn jgk,tp tnpa pnikahan!!sbulan selepas mjlis bru suami bwa sy je golok,bnikah disana,sy xde oiluhan lg skali sbb ni mghalalkn hbngan kami dyn segera,suami bjnji akn dftar dgn segera,tp Da 3thn pkwinan kamu,suami x dftar2 jgk dgn bbagai alasan!dan sy tau dia mnipu sy!!dlm pd itu,sy telah diabaikan giliran,suami makin lma makin jarang blik,kdg sbulan skali dia blik tidur bmalam dirumah sy,dan kdg2 duwaktu siang,Office hour di sggh jenguk sy yg pastinya sy akn mlayan dia zahir&batin!!!tp sy ttp btahan sbb demi nk mgelakkn pceraian,walau sy mngamok stiap kali dia mnipu sy,mnipy giliran sy,sy Da smpi tahap nmemaki hamun suami sy sbb tk tahan ditipu terusan,blum cerita bab nfkah,kdaan tmpt tggl(yg xde kelengkapan asas sperti peti ais,mesin basuh&tv)sy ttp bsabar dn idup skadar apa yg ada...yg sy rasakn dizaman 2013 kperluan2 yg sy sebut td amat penting!tp suami dgn alasan x mampu ni sediakn,dia ckp dia nk byr sewa umh sy lg 1100 sbulanapi air....bini ptama dia xperlu nk hadap seme tu,sbb bini ptama bkerjaya n bpendapatan tggi,sy n hnya buat bniaga on9 kecil2 lan..blum kira lg bab raya...raya haji ke raya puasa ke raya depavali ke raya cina ke,seme dgn bini ptama,alasan sna ada ank yg perlu kn dia..selama 3thn bkwin ni,tiga2 thn dia braya dgn bini ptama,kdg sy x fhm,bila sy mntk cerai,dia xnk,xbg!tp terang2 dia xmampu bbini 2!sy btul2 dizalimi ustaz,sy ni bcerai!tp dia xnk lepas kn!ni sy cerita xpenuh ustaz,byk lg kzaliman yg suami lakukn...Ape yg harus sy buat ustaz,sy bkn malaikat...

fikrah islamiah berkata...

Kalau pernikahan dibuat di Thailand dengan kehadiran wali sah, atau wali hakim yang sah, maka salahlah nikah itu. Kalau sah, perlulah didaftarkan di malaysia segera untuk dapatkan sijil nikah yang sah.
Dengan ada sijil itu puan boleh tuntut cerai di mahkamah tersebut. selagi tidak ada sijil itu, suami akan terus menzlimi puan. Untuk itu puan kena buat aduan ke mahkamah syariah terdekat untuk mengesahkan perkahwinan di thailand itu.
Ingatlah itulah sebabnya kenapa wanita patut menentang kahwin di thailand dll. Wallahuaklam