Ahmad Baei Jaafar
Semasa belajar ilmu mantik di sekolah agama dulu,
ustaz ada menyebut bahawa ilmu ini penting ketika berhujjah dan berbalas
hujjah. Tetapi pada waktu itu aku tidak temui ilmu yang dimaksudkan itu. Mungkin
contoh yang diberi ketika itu tidak relevan dengan apa yang berlaku pada waktu
itu. Tetapi apabila tamat pengajian dan berkecimpung dalam masyarakat, ilmu itu
mula tampak sedikit demi sedikit.
Rupa-rupanya ilmu ini amat berguna kepada orang
politik. kepetahan mereka menjawab tuduhan dan mematah hujjah lawan adalah menggunakan
ilmu mantik. Malah kadang-kadang upacan musuh akan diguna semula untuk membunuhnya
secara KO.
Saya teringat suatu ketika dahulu, Datuk Mohamad Asri
Muda, Presiden PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, ketika kempen pilihanraya
di RTM katanya, “Saya dengar Tunku Abdul Rahman dalam ceramahnya mengistiharkan
akan membina lebuh raya timur - barat (Jeli – Grik sekarang) kalau Perikatan menang
di Kelantan. Saya hubungi Tunku dan minta penjelasan, bagaimana kalau PAS
memang juga? Tunku sepontan menjawab, kita akan buat juga.” Berdasarkan jawapan
itu, Datuk Asri mengakhiri ceramahnya di RTM itu katanya, “Kalau PAS memang,
kerajaan pusat akan buat lebuh raya juga, jadi tuan-tuan dan puan-puan undilah
PAS.”
Tahun 2012 menjelang pilihanraya ke 13 kempen sudah
bermula secara tidak rasmi. Semuanya bermula daripada demontasi minta kerajaan
hapuskan bayaran balik pinjaman PTPTN. Dalam pada itu Datuk
Seri Anwar Ibrahim berjanji, bayaran baliknya akan dimansuhkan jika Pakatan
menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang. Kempen ini memang
menarik terutama pelajar yang terlibat dengan pinjaman itu.
Setelah isu itu dilupakan semua pihak, tiba-tiba
sahaja pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan telah
membekukan pinjaman kepada mahasiswa UNISEL. Keesokannya Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman
kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan
Selangor.
Alasan pembekuan itu adalah bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu. Pada masa yang sama Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR.
Alasan pembekuan itu adalah bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu. Pada masa yang sama Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR.
Ekoran tindakan itu,
banyak pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Exco kerajaan, ABIM menyatakan kekesalan
terhadap tindakan kerajaan itu, malah tidakan itu dikira tidak adil dan
menzalimi pelajar. Mereka mahu PTPTN tidak dibekukan pada waktu ini. Walau bagaimanapun
bagi menyelamat keadaan MB mengumumkan untuk mencairkan harta UNISEL untuk membiayai
urusan pendidikan sekali gus membolehkan pelajar meneruskan pengajian.
Berdasarkan itu, menteri dan perdana menteri segara mengumumkan
penarikan balik pembekuan itu. Sehubungan itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika
menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik
balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS. Cuma menariknya PM semasa
berucap di Kedah semalam beliau berkata, “kita tarik balik pembekuan PTPTN
setelah mendapati kerajaan Selangor tidak mampu membiayai pendidikan percuma
kepada pelajar di negerinya.”
Nampaknya PM menggunakan peluru Pakatan Rakyat untuk
membunuh balik mereka. Yalah kalau Pakatan berjuang supaya pelajar tidak perlu membayar
balik pinjaman PTPTN, maknanya mereka belajar secara percuma. Jadi sekarang
buatlah sebegitu. Agaknya itulah maksudnya. Tetapi yang paling penting di sini
menampakkan, kerajaan BN baik hati dan bersimpati kepada pelajar di Selangor.
Begitulah fikiran orang politik, begitulah hujjah orang
politik dan begitulah tektik orang politik. Cuma persoalannya adakah jawapan
itu memuaskan semua pihak dan memberi mata kepada BN atau tidak?
Pembaca artikel ini tentu tahu jawapannya dan saya
pasti, kisah yang berlaku pada zaman tunku dengan zaman najib amat jauh. Hujjah
yang diberi ini bukan boleh menyelamatkan BN tetapi menggelapkan masa depannya.
Mengapa?
Perhatikan, Pakatan Rakyat berjuang untuk menghapuskan
bayaran balik, bukan pendidikan percuma. Pendidikan tetap berbayar tetapi ada
pihak lain yang perlu membayarnya. Dan yang kedua, perjuangan ini hanya akan dapat
direalisasikan setelah menguasai Putrajaya, maknanya setelah memerintah
Malaysia. Jadi, perjuangan ini bukan untuk Selangor pada waktu ini.
Berdasarkan itu tindakan kerajaan pusat itu
ternyata tersalah langkah. Rakyat tetap menilainya sebagai kerajaan tidak
bertanggungjawab dan tidak adil kepada rakyat. Malah tindakan kerajaan menarik
balik itu ada kemungkinan besar kerana tidak mahu aset beku UNISEL dicairkan. Hal
ini kerana mereka kini menunggu peluang untuk merampas Selangor pada
pilihanraya nanti. Ya, bagaimana kalau harta beku itu dicairkan? Kuranglah
harta yang boleh diwarisi nanti.
1 ulasan:
assalamualaikum Ustaz,
Alhamdulillah satu pencerahan,ianya juga ada sedang bermain-main dalam kepala saya.
Catat Ulasan