Ahmad
Baei Jaafar
Dalam
program wacana khas di Shah Alam baru-baru ini, Lim Guan Eng mengulangi
pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka
"berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud"
di dalamnya.
Inilah
jawapan seorang politikus yang amat berhati-hati dan bersikap profesional dalam
perjuangan politiknya. Hendaknya rakan-rakannya dalam PAS dan PKR boleh
berfikiran politik sepertinya.
Sebenarnya
berdasarkan jawapan itu, DAP tidak mengancam Islam seperti yang besar-besarkan
oleh pihak parti lawan. Oleh sebab itu kerjasama ketiga-tiga parti itu boleh
diteruskan.
"Kita
berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan
dan konvensyen yang ditetapkan.
"PAS
ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam
isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP
mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini yang
dipetik daripada Malaysiakini.
Suka saya
menarik perhatian semua pembaca Fikrah Islamiah sama ada penyokong BN/UMNO atau
Pakatan Rakyat/PAS, isu hudud sebenarnya tidak kena mengena dengan isu politik.
Hal ini kerana orang yang tidak ikut politik pun bincang hudud, jadi jangan
politikkan hudud untuk kepentingan pihak tertentu.
Sebaiknya
BN tidak perlu ulas isu hudud apatah lagi orang bukan Islam dalam kalangan
mereka. Hal ini kerana mereka tidak faham dan tidak akan faham. Manakala PAS
biarlah mereka membicangkannya kerana itu menjadi salah satu targetnya. Hal ini
kerana mereka lebih tahu bagaimana untuk menghuraikannya.
Mengenai
DAP dan PKR yang mempunyai matlamat berlainan, patut dipertahankan tanpa
dibantah oleh PAS. Saling menghormati pendirian itu amat baik dalam sesebuah
organisasi. Isu matlamat parti adalah kecil berbanding matlamat utama untuk
tawan Putrajaya, jadi wajarlah hudud tidak dibesar-besarkan. Sebaliknya boleh
dikembangkan maklumatnya melalui saluran lain iaitu perang saraf.
Saya
bersetuju dengan jawapan Lim, “tidak bersetuju” atas alasan berpegang kepada perlembagaan
yang tidak memperuntukkan hudud. Memang apa-apa undang-undang yang hendak
dibuat selepas ini mestilah tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.
Jawapan
itu betul dan tidak bercanggah dengan pendirian PAS dan Kerajaan Malaysia. PAS
hanya merangka rang undang-undang hudud, walaupun lulus belum boleh laksanakan
lagi sehinggalah perlembagaan dipinda. Kerajaan juga tahu hal ini sebab itu
mereka sengaja mencabar PAS.
Tetapi kita
perlu ingat, jawapan politik ini tidak statik hingga tidak boleh berubah. Sememangnya
jawapan itu amat fleksibal. Ini bermakna kalaulah Pakatan berjaya tawan
Putrajaya, mereka sudah ada kuasa untuk meminda perlembagaan dan menambah baik mana-mana
yang tidak sesuai. Tentunya waktu itu undang-undang jenayah boleh ditambah sesuai
dengan hudud. Ketika itu, hudud bukan lagi menjadi isu.
Selain itu
mengenai orang bukan Islam, mereka sepatutnya tidak perlu bimbang dengan hudud
kerana hukum itu hanya berkuatkuasa untuk orang Islam sahaja. Orang bukan Islam
ada pilihan lain untuk kesalahan jenayah mereka, namun kalau mereka mahu
mengikut hukuman cara Islam, kita tiada halangan.
Fikiran
positif ini seharusnya ada ada hati umat Islam apatah lagi orang politik yang
berjiwa Islam. Malah kalau orang bukan Islam berfikir begini, mereka juga akan
sokong hudud kerana mereka tidak akan terlibat dengan hukuman itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan