Ahmad
Baei Jaafar
Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIPk) baru-baru ini menyerbu forum anjuran Kelab
Isteri Taat (KTS) yang dikatakan mahu mempromosikan "seks suci".
Seperti yang dilaporkan Berita Harian, jabatan itu menyerbu sebuah banglo mewah
di Ipoh, tempat kelab itu menganjurkan forum kempen "Rasulullah Tokoh Seks
Suci Islam".
Sebelum
itu menurut laporan itu lagi, KTS menjemput wartawan untuk menghadiri
persidangan media mengenai program yang pada mulanya dijadualkan pada waktu
pagi tetapi ditunda waktu petang. Namun, sesi berkenaan bertukar kepada sesi
soal jawab bersama Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Ahmad Bakhtiar
Ahmad dan Hamdan serta empat ahli KTS Perak.
Ahmad
Bakhtiar berkata, kempen itu bermula semalam sempena 1 Rabiulawal dengan acara
kemuncaknya ketika sambutan Maulidur Rasul pada 5 Februari yang bertujuan
menampilkan Rasulullah sebagai tokoh hebat yang perlu dicontohi dalam semua
aspek, termasuk kemampuannya memuaskan hati semua 11 isterinya.
Beliau
mendakwa seks dalam Islam lebih hebat daripada seks yang dicanangkan oleh
masyarakat Barat dan Yahudi. Seks suci Islam harus dibezakan dengan seks haram
yang dipelopori Barat dan Yahudi. Nabi (Muhammad) adalah insan yang sangat
takut kepada Tuhan, jadi Allah bagi keistimewaan dengan diberi tenaga manusia
yang kuat dalam seks dan memberi layanan terbaik kepada isteri sebagai balasan
kuat ibadat kepada Allah.
JAIM menurunkan backdrop majlis sambutan |
Jelas
mereka kini semakin berani mahu mencemarkan nama baik Nabi Muhammad SAW. Kalau
sebelum ini didakwa Rasulullah membuat ramalan itu dan ini, tetapi ternyata
kemudiannya tidak berlaku. Maka secara tidak langsung, Rasulullah boleh
dianggap menipu dalam membuat ramalan. Sedangkan baginda sodiqul masduq,
cakapnya benar.
Sementara
itu Utusan Malaysia di Kota Bharu mendapatkan ulasan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Jamil Khir Baharom katanya, penubuhan kelab tersebut baik di sisi
Islam tetapi promosi seks yang dilakukannya menyimpang daripada ajaran agama
suci itu.
"Cantik
kelab taat suami ini, cuma yang tidak cantik ialah yang dipromosi tentang
seksnya, kemudian diletakkan Rasulullah sebagai ikon yang membicarakan dengan
panjang lebar tentang seks.
"Sedangkan
tanggungjawab dalam Islam banyak, lebih-lebih lagi mengenai pendidikan
anak-anak, pembangunan ekonomi sosial dan masyarakat termasuk rumah tangga.
"Kempen
ini menggambarkan kita merendah-rendahkan martabat Rasulullah SAW sebagai nabi
yang membawa utusan untuk kebaikan dunia dan akhirat,” katanya
Ekoran itu
bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak menyerbu
sambutan Maulidur Rasul yang dipercayai dianjurkan KTS. Sambutan yang diadakan
di sebuah khemah berdekatan rumah kedai di Krubong Perdana, Krubong di sini
menggunakan tema Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam.
Ketua
Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berasa kesal dengan sikap mereka yang
berani menganjurkan majlis sendiri dengan menggunakan perkataan seks yang
dikaitkan dengan Rasulullah. Tindakan mereka adalah jauh menyimpang daripada
ajaran Islam.
Syabas
diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Perak dan Melaka kerana berada bertindak.
Negeri lain belum ada laporan mengenainya. Adakah di negeri-negeri tersebut
mereka bebas atau mereka telah membatalkan segala perancangan yang telah dibuat
sebelum ini. Walau apapun diharapkan ulasan Menteri mengenai kegiatan mereka
itu diambil perhatian oleh semua negeri di Malaysia.
Cuma di
sini saya ingin mengajak semua pembaca berfikir sejenak apakah di sebalik
penganjuran KTS ini. Mungkin mereka yang tidak kenal dengan kumpulan ini berasa
pelik dan karut. Kenapa pula Rasulullah dilabelkan sebegitu. Tetapi bagi ahli
kumpulan itu, label itu dianggap biasa.
Tapi
tahukah anda, penubuhan KTS dan penulisan buku Sek Suci Islam dan juga
penganjuran forum di atas adalah dirancang oleh Ummu Jah atau Khadijah Aam yang
kini berada di Makkah. Inilah fower seorang wanita yang tiada siapa yang berani
menyangahinya.
Sebenarnya
ramai yang tidak tahu terutama ahli global ikhwan baik yang masih aktif mahupun
tidak, juga bekas pengikut al-Arqam bahawa ummu Jah ini bukan sahaja baharu
sekarang merancang program seperti ini tetapi dia jugalah yang merancang semasa
ustaz Ashaari masih hidup. Dialah master mind yang melumpuhkan perjuangan ustaz
Ashaari sedikit demi sedikit.
Saya
tidak mahu menyebut sesuatu yang telah berlalu, tetapi cukup saya sebutkan apa
yang berlaku hari ini untuk kita fikirkan bersama. Kalau anda perasan atau
pernah mendengar komen orang tertentu termasuk pemimpin dan pendakwah bahawa
ustaz Ashaari kahwin poligami kerana seks. Kerana hendak kahwin perempuan muda,
isteri tua diceraikan. Semua itu adalah kerana seks.
Tuduhan
itu kita tidak boleh terima waktu itu, semua orang Arqam tentang dan
menafikannya dengan pelbagai alasan demi maruah pemimpin mereka. Tetapi setelah
kematian ustaz Ashaari, buku Seks Suci Islam dikeluarkan. Di dalamnya ditulis
betul-betul mengambarkan bahawa Ashaari gila seks. Antara lain menurut buku
itu, Ashaari membenarkan kami (suami dan isteri-isteri) bertelanjang sambil tangan
meramas payu dara kami.
Apa
perlunya kenyataan itu dikeluarkan dan didedahkan kepada umum. Bukankah itu
semua menjadi rahsia rumah tangga? Inilah perancangan bijak Ummu Jah. Keluarnya
buku ini untuk mengiakan bahawa ustaz Ashaari memang berkahwin kerana seks
bukan kerana ikut sunnah atau syariat. Bukan sahaja nama ustaz Ashaari
dicemarkan, malah dikaitkan pula dengan Rasulullah sebagai tokoh seks.
Jadi,
penulisan buku dan penganjuran kelab serta forum di atas sebenarnya untuk
menamatkan nostalgia kehebatan Ashaari dalam bidang dakwah. Dia benar-benar
telah menghina Ashaari secara tidak langsung, menghina Rasulullah secara
terhormat.
Dengan
maklumat ini, anda boleh buka lembaran sejarah al-Arqam bermula ustaz Ashaari
berada di Thailand sehingga ditangkap. Semoga anda bertemu di manakah niat
jahat Ummu Jah terhadap perjuangan al-Arqam.
Di sini
saya menyeru kepada semua ahli GISB insafikan kesilapan yang dilakukan oleh
golongan atasan. Sampai bila kita sanggup ditipu oleh mereka. Selamatkan iman
masing-masing sebelum al-Mahdi benar-benar tiba.
4 ulasan:
astargfirullah...sungguh dunia semakin nazak..moga Allah teguhkan keimanan dan jauh dari fitnah2 org yg menabur fitnah n mburuk2kan Rasulullah saw yg mulia..
Mahukah orang GISB membaca dan mempercayai semua ini. Semoga hati mereka tidak tertutup rapat seperti yang Allah sebutkan dalam al-Quran.
Saya tidak pasti kesahihan maklumat yang saya terima, tetapi saya percaya sumbernya betul bahawa sumbangan orang ramai termasuk kerajaan kepada rumah-rumah anak yatim milik mereka sebahagiannya dihantar ke Makkah. Katanya ada projek di sana termasuk membiayai keperluan mereka yang berada di sana.
Kita tidak boleh menghalang orang lain melakukan perniagaan secara halal untuk membangunkan ekonomi islam dan negara. Malah islam menggalakkannya. tetapi yang kita tidak mahu mereka menipu orang ramai termasuk ahli GISB. Apatah lagi menipu Allah baik dalam soal akidah, syariat mahupun tasauf. Sudah sampai masanya orang ramai memikirkan yang terbaik utk mereka kembali kepada kebenaran.
Catat Ulasan