Bil | Sikap Suami | Maksud Tersirat | Tindakan |
1 | Memuji masakan isteri | Dia suka dengan masakan dan rasanya sesuai dengan cita rasanya. | Ambil perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang. |
2 | Memuji masakan orang lain | Dia memang suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu. | Ambil tindakan segera untuk belajar risipi tersebut. |
3 | Memuji pakaian seseorang wanita | Dia mahu isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah itu. | Isteri perlu tanya pandangan suaminya secara ikhlas. |
4 | Memuji seorang wanita | Dia mahu isterinya bersikap seperti wanita itu sama ada akhlaknya atau carnya bergaul dengan suaminya. | Isteri perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu dan cuba mencontohi. |
5 | Suami selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain. | Dia mahu isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu. | Isteri perlu selidik mengapa mereka bergaduh. |
6 | Suami suka bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami. | Dia mahu isterinya pandai menjaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak, dia akan merima nasib yang sama. | Isteri perlu membuat kajian mengapa boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam pergaulannya. |
7 | Suami suka mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak. | Dia mahu isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai | Isteri perlu mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini. |
8 | Suami mengajak isteri mengurut belakangnya. | Dia mahu bermanja dengan isterinya. | Segeralah masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur. |
9 | Suami masuk tidur awal | Dia mahu mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur. | Hentikan segala urusan dan memberi perhatian kepada suami. |
10 | Suami membawa balik makanan yang dibeli di luar. | Suami mahu mengucapkan terima kasih kepada isteri yang selalu memasak untuknya. | Isteri perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepada suaminya. |
Suami sebenarnya tidak mahu poligami tetapi kadang-kadang sikap isteri itu seperti mendoakan pula. Akhirnya suaminya kahwin lain. Jadi, betulkan sikap isteri demi menjaga keharmonian rumah tangga.
4 ulasan:
Assalamualaikum Ust Baei,
Suka saya baca yg no 6 tu...
hik hik...
Biasanya apabila suami bilik cerita kat isteri, isteri terus melenting dan membuat tuduhan macam-macam. "Abang ada niat nak kawinlah tu." Suami kata, "abang tak niat macam tu, saja nak cerita saja."
Dia terus marah suaminya. Bayangkan kalau 40 kali diulang, suami pasti kahwin satu lagi. Jadi, suami kahwin hasil doa isteri.
Ustaz
Mana ada isteri yang mahu mendoakan si suami berkahwin lain. Melainkan si suami sendiri yang memilih jalan untuk berkahwin lagi.
Berdoa secara tidak langsung. Kalau 40 kali menyebut perkara yang sama, maka itulah dikira sebagai doa oleh Allah. Itulah maksud saya.
Catat Ulasan