23 Januari 2010

Fahami yang tersirat dalam hati suami

Ahmad Baei Jaafar

Berapa tahun anda mendirikan rumah tangga? Ada yang kita temui mengakui sudah bertahun-tahun bersama suami, tetapi ada yang masih tidak mengenali hati budi suami masing-masing. Kalau yang baru berkahwin tidak menjadi masalah kerana mereka baru hendak mengenali hati masing-masing. Namun kadang-kadang mereka tidak mengambil kesempatan pada masa itu untuk mengenali satu sama lain.

Sebelum ini saya pernah mencadangkan kepada setiap pasangan yang baru berkahwin agar menulis dan menyenaraikan apakah yang digemari pasangan, dan yang dibencinya. Apabila sudah mengenali kegemaran dan kebencian pasangan, carilah jalan tengah supaya masing-masing boleh menerima seadanya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak sempat melakukan semua itu pada awal perkahwinan, mereka boleh belajar untuk memahami sikap suami dan isteri dalam pergaulan harian. Dalam ruang yang terbatas ini saya akan menjelaskan bagaimana untuk mengenali hati dan sikap pasangan.

Perhatikan sikap dalam jadual di bawah, jika masalah anda sama dengannya, bertindakkah seperti yang dicadangkan di situ.

Bil

Sikap Suami

Maksud Tersirat

Tindakan

1

Memuji masakan isteri

Dia suka dengan masakan dan rasanya sesuai dengan cita rasanya.

Ambil perhatian dan ingat risipi itu untuk masakan akan datang.

2

Memuji masakan orang lain

Dia memang suka masakan itu dan dia mahu isterinya belajar masakan seperti itu.

Ambil tindakan segera untuk belajar risipi tersebut.

3

Memuji pakaian seseorang wanita

Dia mahu isterinya pakai pakaian seperti itu dan bersedia membantu isterinya ke arah itu.

Isteri perlu tanya pandangan suaminya secara ikhlas.

4

Memuji seorang wanita

Dia mahu isterinya bersikap seperti wanita itu sama ada akhlaknya atau carnya bergaul dengan suaminya.

Isteri perlu mengkaji apa yang istimewa pada wanita itu dan cuba mencontohi.

5

Suami selalu bercakap tentang masalah rumah tangga orang lain.

Dia mahu isteri ambil iktibar agar tidak mengulangi sikap isteri yang bermasalah itu.

Isteri perlu selidik mengapa mereka bergaduh.

6

Suami suka bercakap tentang sebab-sebab keluarga jirannya berpoligami.

Dia mahu isterinya pandai menjaganya, jangan jadi macam jiranya. Kalau tidak, dia akan merima nasib yang sama.

Isteri perlu membuat kajian mengapa boleh berlaku poligami dan cuba membendung dalam pergaulannya.

7

Suami suka mengambil sikap berdiam diri daripada bercakap banyak.

Dia mahu isteri ambil perlu bercakap dengannya dan mahu dilayan dan dimanjai

Isteri perlu mengambil tindak mengubah cara hidup dan pergaulannya selama ini.

8

Suami mengajak isteri mengurut belakangnya.

Dia mahu bermanja dengan isterinya.

Segeralah masuk ke dalam bilik dan mengemas bilik tidur.

9

Suami masuk tidur awal

Dia mahu mengajak isterinya masuk bersama untuk tidur.

Hentikan segala urusan dan memberi perhatian kepada suami.

10

Suami membawa balik makanan yang dibeli di luar.

Suami mahu mengucapkan terima kasih kepada isteri yang selalu memasak untuknya.

Isteri perlu mengucap terima kasih dan memberi layanan yang baik kepada suaminya.

Paparan ini adalah pandangan peribadi saya hasil pengalaman dan kajian secara rawak dalam kalangan umat Islam. Lazimnya isteri tidak faham maksud itu, lalu bertindak sebalik sehingga berlaku pergaduhan antara suami dan isteri. Contoh yang paling dekat ialah no 6, apabila suami berbuat begitu, isteri mensyakki sesuatu terhadap suaminya. Dia segera mengenakan syarat yang berbagai-bagai.

Suami sebenarnya tidak mahu poligami tetapi kadang-kadang sikap isteri itu seperti mendoakan pula. Akhirnya suaminya kahwin lain. Jadi, betulkan sikap isteri demi menjaga keharmonian rumah tangga.

4 ulasan:

Bawang Goreng berkata...

Assalamualaikum Ust Baei,

Suka saya baca yg no 6 tu...

hik hik...

baei berkata...

Biasanya apabila suami bilik cerita kat isteri, isteri terus melenting dan membuat tuduhan macam-macam. "Abang ada niat nak kawinlah tu." Suami kata, "abang tak niat macam tu, saja nak cerita saja."
Dia terus marah suaminya. Bayangkan kalau 40 kali diulang, suami pasti kahwin satu lagi. Jadi, suami kahwin hasil doa isteri.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz

Mana ada isteri yang mahu mendoakan si suami berkahwin lain. Melainkan si suami sendiri yang memilih jalan untuk berkahwin lagi.

fikrah islamiah berkata...

Berdoa secara tidak langsung. Kalau 40 kali menyebut perkara yang sama, maka itulah dikira sebagai doa oleh Allah. Itulah maksud saya.