10 Oktober 2009

Budaya Rumah Terbuka Perlu Islamik


Raya sebulan kerana raya sebulan begitulah yang sering kita dengar. Itulah uniknya budaya Melayu mutakhir ini. Dulu-dulu tidak, paling lamapun dua hari, masih adalah kelihatan anak-anak jiran datang beraya dan diberi wang raya.

Zaman berubah, budaya berubah berikutan suasana masyarakat bandar dan kota yang sering sebuk dengan kerja harian. Pada awalnya, pemimpin negara berbuat begitu kerana ingin memberi peluang kepada raykat untuk bertemu mereka. Maka dengan hari rumah terbuka itu dapatlah pemimpin itu menjemput rakyat ke rumahnya.

Majlis ini wajar kerana rumah pemimpin tidak boleh diziarah sebarang orang. Ada peraturan dan kawalan. Jadi dengan majlis itu rakyat bebas berkunjung dan bermesra dengan pemimpin mereka. Namun kadang-kadang pemimpin sebut melayan orang besar, terlupa rakyat jelata. Maklumlah ramai sangat pengunjungnya.

Setelah itu orang bandar mula ikut memandangkan mereka balik kampung pada hari raya, dan setelah pulang ke bandar, itulah peluang untuk beraya dengan kawan, jiran dan sebagainya. Jadi, jamuan raya itu memberi peluang mereka bertemu mesra.

Tetapi kadang-kadang budaya ini nampak macam janggal sedikit kalau berlaku di taman-taman perumahan kerana ziarah raya perlu dijemput. Kalau jemputan berbentuk komuniti agak wajar tetapi untuk individu agak kurang sesuai dengan semangat Islam.

Sebagai contoh, saya sebagai ketua kampung yang semua orang kenal di kampung itu, seharusnya anak kariah kampung itu datang ke rumahnya tanpa diundang. Mungkin kalau takut dia tiada, boleh buat temu janji. Sewajarnya anak buah ziarah ketuanya dahulu. Selepas itu mungkin boleh dilakukan ziarah balik. Inilah budaya yang harus dihidupkan.

Jika jamuan untuk seluruh taman yang dilakukan untuk memgeratkan silaturahim antara anak kariah bolehlah dilakukan secara rasmi. Majlis ini perlu dijemput sama ada secara umum atau khas. Semoga pada suatu hari nanti budaya ini dapat diubah kepada yang lebih Islamik.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum Ustaz.
Bertepatan dgn bulan ramadhan ini dan akan menjelang bulan syahwal tidak berapa lama lagi.saya ada soalan berkenaan seorang sahabat.Saya ingin bertanya tentang sesuatu yang pada saya kurang elok utk diamalkan.Amalan dibulan raya selalunya diadakan jamuan rumah terbuka...sahabat saya selalu mendapat jemputan bahkan tiap hujung minggu..tetapi sepanjang saya mengenali simpulan ini...beliau tidak pernah menjamu teman2 bagi menbalas jemputan mereka. Kuih yg dibuat utk mjamu tetamu pun ala kadar sb katanya xperlu buat sedap2 nti boleh makan dirumah org..saya pernah menegur simpulan tetapi simpulan tetap berkata...buat ala kadar utk tetamu sb rumah org dh sedap2..nti sama jer..saya rasa kurang elok n tidak ikhlas bila berfikiran mcm tu...Apa pendapat ustaz?

fikrah islamiah berkata...

Menerima jemputan orang wajar disambut, termasuk jemputan rumah terbuka, tetapi kalau jemputan secara umum, boleh buat pilihan sama ada hendak hadir atau tidak.
Namun konsep sebenar rumah terbuka, tidak perlu jemputan khas, semua orang boleh datang walaupun tidak pernah mengenalinya.
Sebagai rasa persaudaaan, boleh juga kita jemput orang tertentu selain secara terbuka. Namun jemputan itu sebaiknya mengikut kemampuan. Kalau tidak mampu tidak perlu. Tetapi kalau kita menjemput perlu menyediakan makan yang bermutu. inilah adab yang sepatutnya kita ikut.