05 April 2009

Selamat melakukan perubahan

Fikrah Islamiah mengambil kesempatan untuk mengucap tahniah kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak yang telah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Tahniah juga kerana beliau telah berjaya memulakan agenda perjuangannya dengan melakukan tiga perkara yang mengejutkan; membatalkan penarikan permit sementara Harakah dan suara Keadilan; membebaskan 13 tahanan ISA; mengkaji semula ISA.
Soal niatnya ikhlas atau tidak tidak perlu dipertikaikan, yang penting semua itu telah menyelamat dan melegakan sebahagian besar rakyat Malaysia. Allah akan menilai usahanya.
Sebagai rakyat Malaysia, rakyat Perdana Menteri, saya mahu satu lagi kejutan yang boleh dilakukan segera. Saya harapkan selepas keluar keputusan pilihan raya kecil di tiga kawasan pada 7 April ini, PM dan BN tidak lagi memusuhi parti pembangkang dan negeri yang diperintah mereka. Hal ini kerana mereka juga rakyat Malaysia dan rakyat PM. Jangan korbankan rakyat semata-mata atas kepentingan politik.
Hakikat yang harus diterima, pembangkang juga ada peranan untuk membina negara Malaysia yang baik dan cemerlang. Bukankah lebih mereka bergerak sama ke arah kejayaan negara. Yang kurang ditambah baik oleh pembangkang, begitulah sebaliknya.
Untuk mencapai kehendak itu, PM seharusnya melarang media meniupkan propaganda memburukkan pembangkang kerana itulah yang menyebabkan ramai penyokong kerajaan meluat kepada kerajaan. Selamat melakukan perubahan.

2 ulasan:

Paan Lee berkata...

Salam Ustaz,
di situ lah letaknya peranan media laternatif seperti blog ini, untuk sama2 membina perpaduan. malangnya kebebasan selalu disalahgunakan dengan meniup lagi api2 permusuhan antara manusia.

Sy berdoa rakyat Malaysia sedar kepentingan membina keharmonian dan kerjasama antara rakyat Malaysia. Yang mendapat manfaatnya kemudian hari, adalah rakyat Malaysia juga.

wslm.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana mahu bersama saya membina perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama umat Islam.