Ahmad Baei Jaafar
Undang-undang jenayah syariah untuk kesalahan
melibatkan umat Islam. Itulah kenyataan yang selalu kita dengar daripada guru
dan pemimpin Islam. Dan itu jugalah yang kita faham. Tetapi ramai juga orang Islam
tidak puas hati kerana dilihat tidak adil kepada orang bukan Islam.
Pada masa yang sama
orang bukan Islam juga ragui kenyataan ini, malah mereka bimbang mungkin
sekarang tidak dihukum, tatapi satu hari nanti mereka juga akan dihukum. Tidak
dinafikan keraguan itu berpunca daripada pengalaman mereka bersama orang Islam
yang “cakap tak serupa bikin.”
Soalan balas saya
kepada keraguan mereka, “kenapa fikirkan suatu hari nanti?” Kalau isu “suatu
hari nanti” tentulah undang-undang ini tidak boleh digunakan lagi. Kalau mereka
nak buat juga, mereka kena buat rang undang-undang baru, dan ketika itu kamu
boleh menentang mereka. Ya, bukan senang nak buat undang-undang, setahun belum
tentu boleh diterima dan diluluskan.
Enakmen
Untuk Umat Islam
Sebenarnya selagi Negara
ini mengamalkan enakmen undang-undang keluarga Islam, selama itulah orang bukan
Islam tidak akan terlibat. Tetapi kalau undang-undang ini akhirnya dibawa masuk
ke dalam Kanun keseksaan, barulah boleh melibatkan orang bukan Islam.
Berbalik kepada orang
Islam sendiri yang bertanya, tidak adillah orang Islam kena hukum dan orang
bukan Islam tidak kena hukum. Orang Islam kena rotan, kena potong tangan dan
sebagainya. Orang bukan Islam selamat, nampak tak adil.
Baiklah, kalau anda
kata, undang-undang Islam tak adil bererti Allah tidak adil membuat
undang-undang begitu. Jadi, jangan kata tak adil kalau mereka tidak dihukum,
sebab yang bersalah itu adalah orang Islam. Orang bukan Islam tidak tahu akan hukum
itu, yang tahu hukum itu salah hanya orang Islam. Jadi, adillah mereka tidak
dihukum.
Dosa
Pahala Untuk Orang Islam
Sebenarnya orang
Islam ada hukum “dosa dan pahala”. Ada hukum yang orang Islam mesti buat dan
digalakkan buat. Semua itu tidak ada kepada orang bukan Islam. Jadi, perkara
yang dilakukan oleh orang Islam akan dinilai sama ada dosa atau pahala.
Manakala orang bukan islam tidak ada hukuman untuk mereka di dunia ini di sisi
Allah.
Contoh mudah, orang
Islam wajib solat lima waktu. Kalau dia tidak solat maka dia berdosa. Kalau ada
peruntukan undang-undang untuk kesalahan “tidak melakukan solat”, dia boleh
dihukum. Tapi bagi orang bukan islam, mereka tidak bersalah kalau tidak
melakukan solat walaupun dia berada dalam rumah orang Islam.
Contoh lain, orang
Islam yang berzina, dia telah melakukan dosa, dan dia boleh dihukum mengikut
hukum Islam. Tetapi kalau orang bukan Islam masuk rumah perempuan Islam lalu
berzina, dia tidak berdosa sebab dia bukan islam dan dia tidak boleh dihukum
oleh undang-undang Islam.
Itulah keadilan,
meletakkan hukum pada tempat yang sepatutnya. Lain pula kalau tiba-tiba perempuan
itu mendakwa tidak adil kerana lelaki itu sebenarnya menceroboh rumahnya dan
merogolnya. Kalau betullah begitu, buat laporan polis dan lelaki itu akan
didakwa di mahkamah sivil sebagai menceroboh dan merogol. Tapi cukupkah bukti
dia sebagai perogol?
Undang-undang
untuk selamatkan
Suka saya nyatakan
di sini, undang-undang ini dibuat untuk menyelamatkan umat Islam daripada
melakukan dosa dan dihukum. Silaplah kalau ada orang Islam takut dengan
undang-undang Islam dan memburuk-burukkan undang-undang itu kepada orang bukan
Islam. Kenapa saya kata begitu?
Ya, Hukum fiqah
melarang berzina, melarang mencuri, melarang ambil rasuah dan melarang buat
fitnah. Kalau umat Islam boleh patuh, tentu mereka semua tidak berdosa dan
dapat pahala lagi.
Manakala dalam
undang-undang Islam pula, sesiapa yang sudah berkahwin berzina dia kena rejam
sampai mati, kena sebat 100 kali rotan (bagi yang bujang dan tidak pernah
kahwin), sesiapa yang mencuri akan dipotong tangan. Dengan hukuman berat ini
tentu umat Islam tidak akan berzina dan tidak mencuri. Kesannya tidak sesiapa
pun yang kena sebat dan rejam dan potong tangan.
Jelas dengan ini
orang Islam semua menjadi terbaik kerana tidak melakukan dosa. Orang bukan
Islam pun akan selamat di Negara Malaysia kerana mereka tidak takut lagi dengan
orang Islam yang akan mencuri barang mereka atau berzina dengan perempuan
mereka. Pada masa yang sama mereka pun tidak sampai hati nak ganggu orang
Islam.
Sungguhpun begitu, saya
yakin apabila undang-undang ini dilaksanakan di Malaysia, kemungkinan besar
tidak ada kes yang melibatkan hukuman hudud kecuali sedikit. Kalau pun ada kes
yang dibicarakan, mungkin sebahagiannya hanya boleh dikenakan hukuman takzir
iaitu hukuman mengikut budi bicara hakim. Wallahu aklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan