Ahmad Baei Jaafar
Siapa kata, poligami
menguntungkan lelaki dan memenderitakan isteri? Siapa kata, poligami
membahagiakan suami dan menyakitkan hati isteri? Siapa kata, poligami hukum
yang tidak adil kepada wanita? Berhati-hari dengan pandangan sebegini
kerana poligami diharuskan dalam islam maka sesuatu yang harus pasti ada
kebaikannya.
Sebenarnya baik suami
atau pun isteri kedua-duanya menderita, menyakitkan dan tidak adil jika
pelaksanaan poligami tidak mengikut sunnah atau peraturan yang betul. Apa
tidaknya, suami saban hari menipu isteri, bolehkah bahagia begitu? Isteri asyik
mengintai pergerakan suami kalau-kalau pergi ke rumah isteri lain. Mana hati isteri yang boleh
tenang begitu?
Sebenarnya hukum Allah diturunkan bersama peraturan yang cantik. Bukan
itu sahaja, Allah sediakan contoh yang boleh dirujuk oleh umat Islam iaitu
Rasulullah sendiri. Semua itu perlu diikut sepenuhnya oleh umat islam. Jadi, kalau
seseorang itu memilih untuk poligami dan nak tenang dan bahagia ikut sahaja
peraturan dan panduan yang ada. Maknanya ikut sahaja kehendak Allah dan
Rasulullah. Bagaimana?
1. Suami yang hendak berkahwin lain adalah dengan
niat untuk menyelamatkan wanita yang masih belum bersuami. Hal ini kerana tanpa
suami dia boleh melakukan dosa dan maksiat bila-bila masa sahaja.
2. Isteri sewajarnya bersimpati dengan kaum sejenisnya lalu turut mahu menyelamatkan diri dan maruah wanita yang mudah terdedah kepada dosa dan maksiat.
3. Suami tidak menyembunyikan sesuatu daripada pasangan tentang perkahwinan kecuali yang boleh mengecilkan hati pasangan.
4. Isteri mestilah memberi kepercayaan kepada suami dengan apa yang dilakukan terutama dalam usaha membawa mereka masukkan ke dalam syurga.

Saya percaya dengan tindakan itu isteri tidak ada peluang untuk fikir
keadaan suami dengan madunya. Pada masa yang sama suami dapat memberi perhatian
kepada isterinya tanpa memikirkan masalah yang mendatang daripada isterinya
setiap kali balik ke rumah isteri. Mereka yang berada dalam keadaan ini pasti
bahagia dan damai. Wallahu aklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan