Ahmad Baei Jaafar
Saya hampir-hampir mencadangkan kepada
lelaki agar jangan berkahwin dengan ustazah kerana setiap kali saya ditanyakan
soalan atau masalah poligami, mereka mengakui mendapat tentangan hebat daripada
isteri pertama yang berjawatan ustazah malah daripada lulusan Universiti
al-Azhar. “Ustaz, saya sudah ada pilihan untuk kahwin lain, tetapi isteri saya
tidak bersetuju sedangkan dia ustazah, apa yang patut saya buat?” tanya seorang
suami.
“Ustaz, saya isteri kedua tetapi suami saya
sudah jarang balik setelah madu saya tahu yang kami telah berkahwin. Saya boleh
bersabar dan rela memberi hak saya kepada madu saya. Tetapi dia tetap membenci
saya dan melarang suami saya untuk berjumpa saya. Untuk pengetahuan ustaz, madu
saya itu ustazah,” tanya seorang madu.
Itulah realiti yang boleh kita lihat di
mana-mana, namun tidak dinafikan ramai juga isteri pertama yang mencadangkan
kepada suami agar berkahwin satu lagi. Malah ada isteri yang boleh reda dengan
keadaan itu demi cintakan suaminya. Jadi, bolehkah disalahkan ustazah dalam hal
ini?
Perlu dijelaskan di sini bukan semua
golongan ustazah boleh membenarkan suaminya kahwin lagi, dan tidak semua wanita
menolak poligami. Memanglah secara fitrah wanita tidak sanggup berkongsi suami
dengan wanita lain. Oleh sebab itu tidak bolehlah lelaki atau suami marahkan
isteri kerana menolak poligami. Apatah lagi di dalam al-Quran tidak ada satu
ayat pun yang memerintahkan isteri supaya menerima poligami atau ancaman menghukum
mana-mana perempuan yang menolak poligami.
Sebenarnya dalam al-Quran Allah
mencadangkan poligami kepada para suami seperti firmannya:
÷bÎ)ur
÷LäêøÿÅz
wr&
(#qäÜÅ¡ø)è?
Îû
4uK»tGuø9$#
(#qßsÅ3R$$sù
$tB
z>$sÛ
Nä3s9
z`ÏiB
Ïä!$|¡ÏiY9$#
4Óo_÷WtB
y]»n=èOur
yì»t/âur
(
÷bÎ*sù
óOçFøÿÅz
wr&
(#qä9Ï÷ès?
¸oyÏnºuqsù
÷rr&
$tB
ôMs3n=tB
öNä3ãY»yJ÷r&
4
y7Ï9ºs
#oT÷r&
wr&
(#qä9qãès?
ÇÌÈ
Maksudnya: “…dan
jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap golongan yatim, maka berkahwinlah dengan
sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan (ibu tunggal): dua, tiga atau empat. Namun
jika kamu bimbang tidak boleh berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka cukuplah
dengan seorang sahaja, atau (gunalah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak
melakukan kezaliman.” (Surah al-Nisa : 3)
Jelas perintah kahwin
ini untuk kaum lelaki yang sudah ada isteri. Dan tujuan perintah ini adalah untuk
membela golongan yatim agar mereka tidak terbiar. Dalam ayat itu Allah tawarkan
kepada suami agar memilih mana-mana ibu tunggal yang ada anak yatim supaya
dengan itu dia dapat memberi perhatian kepada anak yatim. Jadi, fokus perintah dalam
ayat ini adalah kepada anak yatim bukan ibunya.
Fokus Poligami
Bayangkan kalau
semua suami memahami mesej ayat ini sudah tentu mereka akan lihat kepada anak
yatim dengan penuh simpati lalu sanggup mengambil mereka sebagai anak. Tentu
dengan sikap itu, tidak wujud rumah anak yatim seperti hari ini. Bukan itu
sahaja, isteri suami yang sedia ada itu tidak terlalu marah dengan perkahwinan
keduanya dengan ibu anak yatim itu. Hal ini kerana dia juga bersimpati dengan
nasib anak yatim lalu perkahwinan suaminya sudah menjadi kecil.
Hari ini fokus
poligami lebih kepada nafsu lalu dipilih anak dara atau janda muda yang belum
ada anak. Kalau itulah fokusnya tiada sebab mengapa isteri yang bertaraf ustazah
dan lain-lain akan marah. Memang fitrah isteri, tidak suka suaminya kahwin lain
kerana dengan perkahwinan itu mencabar kemampuan dirinya sebagai isterinya. Dia
rasa suaminya sudah tidak suka kepadanya lalu mencari perempuan alternatif. Dia
rasa suami sudah tidak perlukan dirinya lagi. Oleh sebab itulah dia menolak
poligami.
Tetapi saya
yakin kalau isteri tersebut sedar dan tahu hakikat perkahwinan suaminya kerana
membela anak yatim, tentu kemarahannya kepada suaminya akan berkurangan,
marahnya tidak lagi 100 peratus. Tetapi hakikat inilah yang tidak pernah
berlaku dalam perkahwinan poligami. Suaminya berkahwin bukan untuk anak yatim
tetapi untuk isterinya yang cantik molek. Apabila fokusnya bukan lagi kepada perintah
Allah, dan bila tujuan poligami diabaikan pasti ada kepincangannya.
Sebenarnya
poligami yang dibina atas asas membela anak yatim adalah satu-satunya yang
masih relevan pada masa ini. Kita tidak nafikan tujuan poligami yang
ditunjukkan oleh Rasulullah banyak tetapi sebahagian besarnya sesuai untuk
golongan pemimpin masyarakat. Walau apapun tujuan poligami, cara mengurus rumah
tangga tetap sama. Keadilan dalam menggilirkan antara isteri perlu diutamakan
daripada soal-soal lain.
Keadilan Dalam Kasih Sayang
Allah kurniakan satu hati kepada seseorang
manusia baik lelaki mahu pun perempuan. Namun hati seorang lelaki amat unik
kerana dia mampu memberikan kasih sayangnya kepada empat orang isteri. Malah dia
mampu memberikan 100 peratus kasih sayang kepada semua isterinya kalau dia
mahu. Walau bagaimanapun rasa kasih dan sayang itu bukan milik kita, sebaliknya
Allah yang mendorong.
Dalam hal ini Rasulullah SAW sendiri berdoa
seperti yang diriwayatkan oleh ‘Aishah:
عَنْ عَائِشةَ، أَنّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ ،
وَيَقُولُ : "
اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا
تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ "
Maksudnya: Daripada ‘Aishah bahawasanya
Nabi SAW membahagikan antara isteri-isterinya maka dia boleh mengadili dengan
baik. Namun dalam soal kasih sayang dia berdoa: “Ya Allah inilah pembahagianku
mengikut apa yang aku miliki, maka janganlah Kamu mencelaku pada perkara yang
Kamu miliki sedangkan aku tidak miliki.” (Riwayat al-Tarmizi)
Jelas, Allah yang menguasasi kasih dan
sayang dan apa yang diberikan kepada kita bukan milik mutlak. Jadi, kita tidak boleh
memberi keadilan dalam soal kasih sayang. Tetapi keadaan ini pada saya amat
baik buat isteri yang mengharapkan kasih sayang suami masing-masing. Kalau
isteri-isteri ini boleh diibaratkan seperti juru jual tentu mereka akan berusaha
menawan hati pelanggannya. Sikap dan cakapnya akan diberi perhatian oleh
pelanggan.
Sewaktu suami balik ke rumah, adakah isteri
sambut suami dengan senyum? Sewaktu suami masuk rumah, adakah isteri menyejukkan
hati suami dengan air suam atau mineral? Sewaktu suami kelihatan penat, adakah
isteri membuka baju suami dan membawanya ke dalam bilik? Jika semua itu dapat
dilakukan oleh isteri, suami mana yang akan membenci isteri tersebut.
Keadilan Dalam Nafkah
Dalam poligami memberi nafkah kepada isteri
hendak mengikut keperluan isteri. Sebenarnya antara isteri tidak sama keperluannya.
Pastinya keperluan isteri yang kurus tidak sama dengan keperluan isteri yang
gemuk. Begitu juga dengan isteri yang mempunyai anak ramai dengan isteri yang
belum ada anak. Jadi, adil dalam konteks nafkah tidak merujukkan kepada
kesamarataan. Boleh jadi nafkah isteri pertama lebih besar daripada yang kedua
yang masih baru.
Perlu dijelaskan di sini, nafkah terbahagi
kepada tiga iaitu makan dan minum, pakaian dan tempat tinggal. Semua itu perlu
disediakan oleh suami mengikut kemampuan suami. Suami kaya perlu menyediakan
semua itu pada kadar kekayaannya, tetapi suami yang miskin, lakukan sekadar
mana yang dia mampu. Oleh sebab itu isteri dalam keadaan itu tidak boleh
menuntut sesuatu yang tidak dimiliki suami.
Keadilan dalam giliran
Berbeza dalam soal giliran, suami perlu
adil dalam menetapkan hari yang perlu digilirkan antara isteri. Oleh sebab itu giliran
bermalam dengan isteri perlu dibahagikan dengan adil jumlah harinya. Maknanya
kalau seseorang isteri itu mendapat giliran tiga hari seminggu, maka suami
tidak boleh melebih hari pada isteri yang lain. Kalau suami mahu melebihkan
mana-mana isteri atas permintaan salah satu isterinya, maka dia perlu meminta
izin isteri lain dahulu. Jika isteri tersebut tidak membenarkannya, haramlah
suami itu melanggarnya.
Bagi suami yang memiliki ramai isteri wajib
membuat jadual giliran yang jelas. Jika antara isteri itu tinggal dalam jarak
yang dekat, sebaiknya membuat giliran setiap hari secara selang seli. Tetapi
kalau masing-masing isteri berada di tempat yang jauh yang jarak perjalanannya
memakan masa setengah hari, bolehlah berbincang secara baik dengan
isteri-isteri sama ada dua hari dan dua hari atau tiga hari dan tiga hari.
Sebenarnya kiraan giliran adalah 24 jam malam
dan siangnya. Maknanya kalau malam ini pada giliran isteri pertama, esok
siangnya juga masih giliran isteri pertama. Walau bagaimanapun suami itu boleh
datang ziarah untuk sesuatu urusan di rumah isteri lain seperti isteri sakit,
menghantar makanan atau melihat anak-anak atau ada kerja yang perlu dilakukan
di situ. Isteri lain dalam keadaan ini perlu meredhai tindakan suaminya.
Jaga hati dan perasaan isteri
Selain keadilan, suami dalam hidup poligami
perlu tahu menghormati isteri-isterinya yang sanggup berkorban untuknya. Oleh
sebab itu suami perlu pandai menjaga hati isteri-isteri dengan tidak membawa
sebarang kesan daripada rumah isteri yang lain. Apatah lagi kalau suami suka menceritakan
kebaikan atau keburukan seseorang isteri kepada isteri yang lain.
Pada masa yang sama, isteri-isteri tidak
seharusnya membuat sesuatu yang boleh melukakan hati suami atau madunya. Sikap
saling hormat menghormati antara satu sama lain perlu wujud antara mereka demi
mencintai suami mereka yang satu. Apa ertinya isteri mengakui cintakan suami
kalau setiap hari bertemu suami, membuatkan suami susah hati dengan pelbagai
persoalan.
Bagi mencapai kehidupan bahagia sebaiknya pasangan
suami isteri yang berpoligami ini meletakkan Allah di hadapan. Jadi, mereka
perlu tahu kehendak Allah dan mendahulukan Allah dalam semua urusan. Kalau
suami meletakkan Allah di hadapan, tidak mungkin isteri yang beriman kepada
Allah akan menentang suaminya. Namun begitu kalau rumah tangga tersebut masih
bermasalah, ada kemungkinan isteri itu yang tidak beriman kepada Allah atau suami
itu yang membelakangkan Allah.
Walau bagaimanapun kita harus sedar bahawa isu
yang selalu ditimbulkan oleh orang yang terlibat dalam poligami semua berpunca
daripada sikap suami yang tidak adil pada diri, pada agama dan pada isteri. Percayalah
jika semua yang dibentangkan di sini dapat direalisasikan oleh umat Islam, pasti
tiada banyak masalah dalam rumah tangga umat Islam. Ketika itu tidak akan ada lagi
isteri-isteri yang menentang suaminya berkahwin lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan