Ahmad Baei Jaafar
Petikan daripada khutbah Jumaat yang disampaikan di hadapan jemaah surau as-Sakinah, Taman Putra Perdana.pada 14 Februari 2014
Bersyukur kita kepada Allah kerana
kita diberi peluang oleh Allah untuk melakukan solat jumaat pada hari ini,
sedangkan ramai lagi umat Islam di luar surau ini yang belum mendapat hidayah
daripada Allah. Sebenarnya solat Jumaat solat mingguan yang sukar dilaksanakan
dengan baik tanpa bermula daripada solat lima waktu.
Tidak dinafikan ada umat Islam yang
hanya melakukan solat Jumaat seminggu sekali tetapi tidak melakukan solat lima
waktu. Walaupun mereka membuat Jumaat, tetapi niat mereka tidak ikhlas kerana
Allah. Mereka membuat solat Jumaat hanya kerana takut orang kata atau takut
menjadi munafik.
Hari ini marilah kita betulkan niat
kita untuk mengabdikan diri kepada Allah. Kita bersyukur kerana dihidupkan
Allah dan diberikan peluang berada di sini demi menyahut seruan Allah dalam
firmannya:
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sÎ) ÏqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqt ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó$$sù 4n<Î) Ìø.Ï «!$# (#râsur yìøt7ø9$# 4 öNä3Ï9ºs ×öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ
#sÎ*sù ÏMuÅÒè% äo4qn=¢Á9$# (#rãϱtFR$$sù Îû ÇÚöF{$# (#qäótGö/$#ur `ÏB È@ôÒsù «!$# (#rãä.ø$#ur ©!$# #ZÏWx. ö/ä3¯=yè©9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÊÉÈ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan supaya mengerjakan sembahyang
pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada
saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang
sebenarnya), kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di
muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu
hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak
(dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).(Surah
Al-Jumaat :9-10)
Sidang Jumaat Sekelian
Dalam seruan melakukan solat Jumaat di atas ada tiga
perkara yang perlu kita ambil perhatian iaitu:
- Segera pergi ke masjid
- Segera meninggalkan jual beli
- Kembali mencari rezeki selepas solat
Suka diingatkan di sini apabila kita masuk masjid,
lakukan solat sunat tahiyatul masjid, malah kalau pun lambat masuk masjid
selepas imam memulakan bacaan khutbah kita masih dituntut melakukan solat
sunat. Sabda Rasulullah SAW:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ،
أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ وَهُوَ يَخْطُبُ”
: إِذَا جَاءَ
أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ ، فَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ
". (الدارقطني)
Daripada Jabir bin Abdullah
bahawa nabi SAW bersabda dalam keadaan dia sedang berkhutbah: “Apabila datang
seseorang ke masjid pada hari Jumaat sedangkan imam membaca khutbah, maka
lakukan solat dua rakaat.” (Riwayat al-Darulqutni)
Inilah yang sering diabaikan oleh jemaah, solat dua
rakaat bukan susahpun, tetapi itulah yang payah hendak dilakukan. Tak susah
solat ini, betulkan pada niat sahaja, sahlah solat itu.
Mengenai jual beli pula, memang pada waktu ini tidak
ada yang berjual beli, tetapi bagaimana dengan perempuan yang sedang berjual
atau membeli? Mereka tetap berdosa melakukan amalan jual beli selepas azan
solat dikumandangkan. Jadi saya menyeru kepada umat Islam agar tidak melakukan
amalan ini selepas ini.
Sidang Jemaah yang dirahmati
Allah,
Apabila khutbah mula dibacakan
oleh khatib, tidak seorangpun boleh bercakap, malah berbisik pun tidak boleh.
Rasulullah mengingatkan kita dalam hadisnya:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : "
إِذَا قُلْتَ
لِصَاحِبِكَ أَنْصِتْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ"
(ابن ماجه)
Maskudnya: Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw
bersabda: Apabila kamu berkata kepada sahabat kamu, ‘diam’ pada hari Jumaat
sedangkan imam sedang membaca khutbah, maka sia-sialah ibadah kamu.” (Ibnu
Majah)
Di sini saya ingin mengingatkan pelajar sekolah yang
berada di barisan belakang, orang dewasa yang membawa anak kecil agar hentikan
bercakap sewaktu khutbah dibacakan. Khutbah penting untuk kita dengar kerana
banyak pengajaran yang boleh diambil untuk membaiki kehidupan kita dalam
beragama.
Selain itu saya pernah melihat anak muda asyik dengan
handfon menghantar mesej sms dan membaca status fb waktu khutbah dibacakan.
Amalan itu termasuk dalam larangan hadis di atas kerana pebuatan itu boleh
menggagalkan kita menumpukan perhatian kepada khutbah.
Sidang Jumaat sekalian
Satu perkara lagi yang tidak kurang
pentingnya, malah selalu diabaikan oleh jemaah ialah membaca doa. Sebenarnya ada
dua doa yang penting dalam tempoh khutbah dibacakan iaitu sewaktu iman duduk
selepas khutbah pertama dan kedua semasa akhir khutbah kedua. Kenapa penting? Hal
ini kerana doa itu tidak ditolak oleh Allah. Buktinya:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ،
أَنَّهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ”
: لا يُرَدُّ
الدُّعَاءُ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ" ) البيهقي)
Maksudnya: Daripada Anas bin Malik
bahasanya dia berkata Rasulullah bersabda, “tidak ditolak doa di antara azan
dan iqamah.” (Riwayat Baihaqi)
Antara azan dan iqamah itu luas, maka
waktu itu tidak patut dibiarkan begitu sahaja. Jadi, kenapa waktu imam duduk
kita tidak turut berdoa. Kita tidak perlu ikut bacaan bilal, tetapi berdoalah
sendiri apa yang kita mahu. Dan pada waktu doa khutbah kedua, kita hendaklah
dengan serius mengaminkan doa khatib terutama pada doa untuk pemimpin negeri
dan negara.
Kita sepatutnya doakan mereka agar
mentadbir negeri dan negara ini dengan baik mengikut kehendak Allah. Tapi kalau
kita tidak serius berdoa, masakan Allah nak bantu kita. Kalau kita tidak
berdoa, tentu mereka tidak diberi hidayah oleh Allah maka dengan itu mereka
akan terus melakukan kesalahan dalam pentadbiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan