Ahmad Baei Jaafar
Dalam satu majlis
sambutan hari raya Eiduladha semalam, pengerusi majlis meminta semua jemputan
bertakbir raya. Lalu bergemalah suara takbir pada malam itu. Persoalannya,
apakah takbir itu masih disunatkan atau dalam kata lain menj
adi sunah
Rasulullah atau tidak?
Persoalan ini jika
diajukan kepada orang ramai, mereka kata, takbir itu kan perkara baik takkan
tidak disunatkan. Jawapan lain, kan radio dan televesyen sering menyiarkan
takbir itu sehingga 13 Zulhijjah. Jelas daripada jawapan itu, mereka tidak
berlandaskan ilmu yang sebenar. Beramal tanpa ilmu tentulah tidak dinilai oleh
Allah.
Sebenarnya, ramai yang
terkeliru tentang hukum takbir raya. Memang pada dasarkannya sunat bertakbir
sebagai tanda syukur. Tetapi untuk melaksanakannya amalan itu tentu terdapat
sunnahnya pula, ada kaedah dan ada tatacaranya. Maknanya kalau kita tidak ikut
garis panduannya tidak dapat pahala walaupun tidak berdosa. Inilah yang selalu
disebut sebagai makruh.
Takbir hari raya sama
ada Eidulfitri atau Eiduladha terbahagi kepada dua jenis; takbir mulsal dan
takbir muqaiyad. Lihatlah perbezaan kedua-duanya:
Takbir Muqaiyad: Takbir yang mengiringi solat termasuk solat
sunat dan jenazah. Takbir ini terikat dan berkait dengan solat yang dilakukan.
Waktunya bermula dari waktu Subuh hari Arafah sehingga sebelum terbenam
matahari hari ke 13 Zulhijjah. Walaupun waktunya panjang tetapi masa untuk
takbir tidak luas. Maka tidak bolehlah kita bertakbir daripada rumah ke rumah
sewaktu ziarah selepas solat hari raya. Tidak bolehlah juga takbir sebagai
pembukaan sesuatu majlis untuk jamuan hari raya.
Tetapi untuk hari raya
Eidulfitri, masanya hanya selepas masuk 1 Syawal hingga imam mulakan solat
eidulfitri. Maknanya takbir ini amat terhad. Sebab itu sesiapa yang terlepas
waktu takbir ini amat besar ruginya.
Takbir Mursal: Takbir yang tidak terikat dengan masa dan
tempat, boleh dilakukan dalam keadaan apa juga sekalipun kecuali di dalam
tandas. Waktu takbir ini bermula daripada terbenam matahari hari raya;
Eidulfitri pada satu syawal dan Eiduladha pada 10 Zulhijjah. Berakhir takbir
ini pada sebelum imam takbiratul-ihram solat sunat hari raya.
Takbir ini boleh
dialunkan bukan sahaja di rumah-rumah yang kita ziarah pada malam raya itu,
malah boleh dibaca dalam kenderaan dan sewaktu membeli belah pada malam raya
atau pagi raya. Selepas Solat hari raya tidak ada lagi takbir mursal.
Supaya kita tidak
terlepas begitu sahaja amalan sunat dan sunnah ini marilah kita baca takbir ini
sendiri sewaktu solat sunat dan ikut imam jika kita solat berjemaah. Rugi kalau
tak takbir kerana ganjarannya amat besar. Wallahu aklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan