Ahmad
Baei Jaafar
Sambutan Maal Hijrah sudah
berlalu, namun isu hijrah terus diperkatakan oleh penceramah atau pendakwah
setiap hari. Sambutan ini berjalan dengan baik walaupun nama asal diubah
daripada tahun baru hijrah ke Maal Hijrah. Tidak ada pihak yang mendakwa bidaah
tentang sambutan itu. Mungkin kerana mengenangkan hijratun Nabi.
Kita sekali lagi akan berhadapan
dengan tahun baru Masihi yang biasanya dimulakan pada tengah malam atau awal
pagi 1 Januari. Walaupun ramai anak-anak orang Melayu Islam terlibat dalam
program sambutan itu tetapi tidak juga dikeluarkan kenyataan bahawa sambutan
itu mengandung unsur-unsur bidaah. Barangkali kerana sambutan itu tidak ada
kena mengena dengan Islam.
Tidak siapa yang boleh
menafikan, setiap kali sambutan tahun baru anak-anak remaja Melayu turut
terlibat bersama-sama dengan rakan-rakan Kristian. Mereka berhibur dan bersuka
ria sepanjang malam sehingga ke Subuh. Cuma kita tidak pasti adakah mereka
turut minum air syaitan atau tidak tetapi biasanya pada bulan September atau
lebih awal dari itu, kedapatan gadis-gadis Melayu membuang bayi sama hidup atau
mati.
Namun sehingga ke hari ini tiada
suatu tindakan pun untuk menghalang anak remaja kita untuk terlibat dalam
sambutan itu. Bukan sahaja tidak ada larangan daripada pihak kerajaan, ulama
juga tidak pernah mengusulkan satu kaedah pencegahan. Cuma yang ada ialah
sungutan daripada ulama atau pendakwah mengenai mereka di pentas-pentas masjid
dan surau. Sedangkan mereka yang bermasalah tidak pernah diberi peringatan.
Sambutan tahun baru inilah yang
sepatutnya dibidaahkan terlebih dahulu oleh ulama. Mereka sepatutnya menyekat
kemaraan remaja kita daripada berhimpun dengan aktibiti keagamaan sempena majlis
itu. Ulama sukarela yang sanggup turun padang pada malam itu tidak ada.
Sedangkan NGO Islam terlalu banyak di negara ini.
Walau bagaimanapun akhir-akhir
ini kita rasa sedikit lega kerana pihak jabatan agama Islam negeri-negeri mula
mengarahkan masjid dan surau mengadakan akitiviti tahlil atau yasin atau
ceramah sempena tahun baru itu. Namun sambutan ini tetap melibatkan orang yang
biasa ke masjid. Bagaimana dengan anak muda? Mereka tetap di pesta sambutan
tahun baru.
Malidur Rasul disambut hambar
Sebenarnya sambutan tahun baru
itu boleh disambut oleh umat Islam kerana kiraan tahun itu bermula daripada
tarikh kelahiran Nabi Isa al-Masyih. Baginda juga nabi yang wajib kita
percayai. Oleh sebab itu sambutan kita mesti berlainan sedikit daripada yang
selalu disambut oleh orang Kristian.
Walau bagaimanapun sambutan itu
tidaklah sewajarnya lebih hebat daripada sambutan Maulidur Rasul kerana
sambutan ini adalah untuk mengenang tarikh kelahiran Rasulullah. Kelahiran
baginda membawa cahaya kepada umat Islam manusia amnya. Oleh sebab itu
sambutannya perlu dirancang agar benar-benar memberi erti kepada kelahiran.
Lazimnya masyarakat Islam di
sini akan membaca berzanji dan marhaban sebelum membuat jamuan. Bagi
memeriahkan lagi sambutan diadakan sedikit ceramah bagi membangkitkan kesedaran
tetang Rasulullah. Bagi yang pertama kali mendengar kisah kelahiran dan
perjuangan baginda akan rasa insaf.
Tetapi di pihak kerajaan
sambutan itu dimulakan dengan acara perarakan dengan bawa sepanduk dan slogan
yang membangkitkan kesedaran tentang kehebatan Rasulullah. Acara itu akan
berakhir dengan penganugerahan tokoh bagi mengenang jasanya kepada Islam.
Walaupun sambutan ini agak besar namun sebahagian besar umat Islam mengambil
peluang hari cuti itu untuk berhibur.
Sepatutnya kerajaan mengambil
pendekatan yang baru bagi mengajak semua umat Islam terlibat dalam sambutan
itu. Selain perhimpunan yang melibatkan beberapa pegawai kerajaan seluruh
rakyat perlu diajak menghayati erti kelahiran Rasulullah melalui aktiviti lain.
Kalau ceramah itu suatu yang mungkin membosankan mereka, boleh dihidangkan
dengan konsert Maulid Berzanji versi baru.
Umat Islam yang hambar terhadap
sambutan Maulidur Rasul perlu diberi kesedaran semula sama seperti sambutan
tahun baru. Persembahan pentas boleh dipelbagaikan acaranya supaya setiap
pengisiannya boleh menyuburkan jiwa mereka ke arah mengenali Rasulullah.
Percayalah kalau gerakan ini
boleh dimulakan, pasti suatu hari nanti umat Islam akan menunggu sambutan
Maulidur Rasul sama seperti menunggu hari raya. Mereka tahu dengan sambutan itu
boleh membaharui jiwa mereka ke arah kebaikan.
Bidaahkah sambutan itu
Asas kepada sambutan Maulidur
Rasul ini ialah zaman tabi’-tabi’in yang sebahagian besar umat Islam leka
dengan dunia mereka. Mereka lupa untuk mengingati Rasulullah malah
sebahagiannya sudah tidak mengenali Rasulullah meskipun mereka Bergama Islam.
Urusan dunia membuatkan mereka tidak sempat mempersembahkan kisah nabi kepada
anak-anak mereka.
Menyedari keadaan inilah, ulama
memikirkan strategi untuk mengajak umat Islam mengingati Rasulullah. Di sinilah
Jaafar al-Barzanja menulis sebuah kisah Rasulullah dalam bentuk berzanji. Ada
di dalamnya prosa, gurindam, sajak atau puisi. Kemudian kisah itu
dipersembahkan kepada umat Islam.
Persembahan itu tidak dibantah
oleh ulama pada zaman itu. Tetapi anehnya pada zaman akhir ini, sambutan itu
dikatakan bidaah berdasarkan hadis umum seperti berikut:
Dari
‘Abdullah bin ‘Ukaim, bahawasanya ‘Umar rodhiyallahu ‘anhu berkata:“Sesungguhnya
sebenar-benar perkataan adalah perkataan Allah dan sesungguhnya sebaik-baik
petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW dan seburuk-buruk perkara adalah yang
diada-adakan, ketahuilah sesungguhnya setiap yang diada-adakan adalah bid’ah
dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap kesesatan ada di neraka.” (Dikeluarkan oleh Ibnu Wadhdhah dalam
Al-Bida’ hal.13 dan Al-Laalikaa`iy hadits ke 100 (1/84))
Persoalannya, adakah semua yang
Rasulullah buat kita kena buat atau setiap yang rasulullah tak buat kita tidak
boleh buat. Ya, perbuatan Rasulullah ada yang haram kita lakukan. Jadi,
tidaklah mana yang Rasulullah tidak buat kita tidak boleh buat.
Dalam kehidupan dunia ini banyak
perkara yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah terpaksa kita lakukan. Kalau
semua itu dikatakan bidaah tentulah kita tidak boleh buat apa-apa. Sebenarnya
bidaah sendiri bermaksud buat perkara baru. Secara lojiknya buat perkara baru
baguslah.
Benar, ada juga perkara baru
yang tidak baik dan merosokkan. Maka sebab itu mana-mana perkara baru yang
menyalahi prinsip Islam dan hukumnya adalah salah. Itulah yang dikatakan bidaah
dolalah. Umat Islam menyedari perkara itu menyalahi hukum dan prinsip Islam
eloklah dihentikan amalan itu.
Merujuk kepada sambutan maulidur
Rasul, perenggan mana yang bercanggah dengan prinsip? Amalan mana yang bertentangan
dengan hukum dan prinsip? Maksud dan tujuan apa yang bercanggah dengan hukum
Allah dan amalan Rasul? Adakah memuji dan menyanjung Rasulullah sesuatu
dilarang oleh baginda?
Semoga selepas itu tidak ada
lagi pihak yang suka membuat komen bodoh dengan mendakwa sambutan Maulidur
Rasul itu bidaah. Walau bagaimanapun kalau sambutan yang akan diadakan itu
mengandungi unsur-unsur kejahatan dan maksiat seperti persembahan konsert oleh
arti wanita yang mendedahkan aurat, bolehlah kita menyebutnya bidaah. Rosak
satu bahagian maka akan rosak seluruh kecuali dibatalkan perkara yang rosak
itu.
Selain itu saya mengajak semua
cerdik pandai Islam khusus yang suka membidaahkan orang lain agar beralih
pandangan kepada amalan lain yang sudah pasti bidaah. Maksud saya, mengadakan
konsert amal, persembahan terter dan banyak lagi yang melalaikan umat Islam.
Lebih baik mereka itu ditegur daripada menegur amalan yang boleh menyedarkan
umat Islam daripada tidur yang panjang.
Jelas di sini, sambutan maulidur
Rasul boleh dikawal agar tidak dicop sebagai bidaah. Malah banyak lagi amalan
yang lain boleh diperbetulkan kedudukannya agar tiada lagi bidaah di Negara
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan