Ahmad Baei Jaafar
Anda tahu penyakit tiga serangkai? Penyakit ini dulu-dulunya
dikenali dengan penyakit orang kaya-kaya. Tetapi sekarang penyakit itu sudah
tidak memilih bulu, bahkan kanak-kanak juga ada yang terkena penyakit itu. Tahukah
anda mengapa semua itu boleh berlaku dan bagai cara mengatasinya?
Sebenarnya penyakit ini apabila singgah pada seseorang, doktor
tidak boleh memberi jaminan untuk sembuh. Apa yang boleh dilakukan ialah sekadar
memberi ubat untuk bertahan sahaja. Lazimnya mereka akan makan ubat itu
sehingga akhir hayatnya.
Walau bagaimanapun hasil tinjauan, pemerhatian, pembacaan
dan keterangan doktor, saya dapati ada
isu yang boleh diperhalusi. Dalam hal ini saya simpulkan begini; ketiga-tiga
penyakit itu adalah diundang sendiri oleh ampunya diri, lalu kerana itu dia
sendirilah yang perlu menolaknya. Adapun ubat-ubatan yang dimakan hanya sebagai
usaha luaran yang tidak banyak membantu ke arah penyembuhan.
Di sini saya perturunkan hasil kajian saya supaya dengan itu
anda dapat merawatnya sendiri dengan izin Allah.
Bil
|
Penyakit
|
Punca
|
Rawatan
|
1
|
Kencing manis
|
Pemakanan yang tidak mengikut sistem yang ditetapkan oleh Allah dan
Rasul lalu jadilah makanan itu tidak seimbang. Gula berlebihan dalam badan bukan
kerana banyak guna gula, tetapi kerana saluran dan fungsi tubuh badan yang tidak
lagi mengikut sistem yang betul.
|
1.Makan dan minum mengikut sunnah iaitu 1/3 untuk udara, 1/3 untuk
makanan dan 1/3 untuk air. 2.Seterusnya makan apabila lapar dan berhenti
sebelum kenyang.
3.Makanan yang seimbang diperlukan seseorang terdiri dari karbohidrat,
lemak, dan protein yang darinya mengumpulkan 2000 kalori sehari.
|
2
|
Darah tinggi
|
Sikap dan tindakan manusia dalam kehidupan yang mudah stress, cepat
marah orang, suka sangka buruk kepada orang lain, dan suka hasad dengki atas
kejayaan orang lain. Hakikatnya dia tidak redha dengan ketentuan Allah ke
atas dirinya dan orang lain.
|
1.Jangan stress maka apa yang berlaku diserahkan kepada Allah dan
fikirkan positif yang pastinya ada hikmahnya.
2.Jangan cepat marahkan orang, sebaliknya nilai diri; mungkin kita
yang bersalah. Setelah itu mintalah maaf.
3.Jangan sangka buruk sebaliknya bersangka baik apa yang kita lihat
tidak sesuai dengan kita.
4.Jangan dengki dengan kejayaan orang lain sebaliknya kongsikan
kegembiraan dengan kejayaannya.
|
3
|
Jantung
|
Ibadah terutama solat yang dilakukan untuk Allah tidak menepati
kehendak Allah dan Rasul. Cara berdiri, rukuk, duduk dan sujud yang betul
boleh mencantikkan jantung. Begitu juga dengan puasa, cara sahur, tidur,
solat sunat dan cara berbuka puasa yang betul boleh mengaktifkan jantung.
|
1.Belajarlah solat cara Rasulullah.
2.Belajarlah cara puasa, sahur, imsak, berbuka puasa dengan yang
betul.
3.Belajarlah cara zikir dengan betul.
|
Mungkin anda yang membaca artikel ini rasa tidak logik kerana
tidak ada bukti saintifik dan tidak disokong oleh mana-mana doktor. Tidak mengapa,
kalau tidak mahu mempercayainya. Malah kalau anda menentangnya saya tidak
berkecil hati. Tetapi kalau anda cuba kaitkan apa yang ditulis dengan ciptaan
Allah, anda akan lihat betapa semua yang terjadi di dunia ini sangat bersangkut
paut dengan takdir Allah.
Allah menciptakan manusia tentu Allah tahu yang terbaik
untuk manusia lalu disediakan panduan dan peraturan. Jadi, kalau manusia tidak
mengikutnya pasti akan menerima akibat yang buruk. Bandingannya samalah kalau
kita milik sebuah kerata, manual yang disediakan untuk memudahkan kita
mengendalikan kereta itu. Sebagai contoh, had kelajuan, tempoh servis dan
tempoh masa kegunaan sesuatu alat dalaman. Kalau kita tidak mematuhinya pasti
pendek hayat kereta itu.
Kalau anda percaya dengan kajian saya dan bersetuju dengan
punca dan cara merawatnya, cubalah dengan hati yang ikhlas. Nanti Allah akan
kembalikan kesihatan anda kepada yang sebaiknya. Selamat mencuba.
3 ulasan:
Terimakasih Allah yang memberi ustaz ilham untuk perkongsian ini.
Sama-sama semoga ada manfaat kepada semua umat Islam.
Artikel yang sangat berfaedah. Hari ini ramai orang yang solat puasa dan ibadah lain, tetapi mereka juga ada yang sakit jantung. ini menunjukkan mereka lakukan gerakan solat yang tidak betul. Saya tenguk sendiri, kiam macam2 cara, rukuk macam2 cara, sujudpun macam2 cara. Mereka tak seragam seperti yang diajarkan Rasulullah. Hari ini ada klinik solat kalau tak salah saya. Belajarla
Catat Ulasan