09 Januari 2012

Keputusan yang memenangkan pembangkang


Ahmad Baei Jaafar
Ramai yang terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.
Tetapi saya percaya orang UMNO tidak kecewa dengan keputusan itu. Sebab itu sehingga setakat ini belum ada ulasan daripada pemimpin umno mengenai keputusan mahkamah itu. Malah saya percaya pemimpin umno sedang membuat skip khas untuk memenangkan parti mereka dalam pilihan raya akan datang.
Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan tentulah sejarah kehakiman tidak seharusnya dilupakan generasi akan datang. Kenapa tidak, keputusan yang dibuat hanya tidak sampai lima minit bersidang, sedangkan perbicaraannya memakan masa yang amat panjang.
Lautan manusia menyokong pembebasan DSAI
Hakim Mohamad Zabidin ketika membuat keputusan tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya, berkata “kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.” Berdasarkan itu perbicaraan yang memakan masa yang panjang itu hanya membicangkan perkara yang tidak kuat untuk dibuktikan.
Walau bagaimanapun saya hairan mengapa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Apa untungnya kalau DSAI kalah dan apa ruginya dia kalau DSAI menang? Belajarlah untuk menerima keputusan hakim dengan baik untuk kebaikan masa depan.
Cuma seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, apapun keputusan mahkamah pada hari ini, akan memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang. Kedua-duanya akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya akan datang. Oleh sebab itu peluang itu perlu diambil sebaiknya oleh pihak yang terbabit.


3 ulasan:

ainzoo berkata...

Dunia ini pentas lakonan. Wallahu`aklam.

Saya melihat dari kejauhan. Hanya berdoa semoga negara yang saya cinta ini kekal aman sentosa hendaknya. Amin

fikrah islamiah berkata...

Sebagai umat Islam kita kena banyak berserah kepada Allah dan berdoa agar diselamatkan negara ini dari huru-hara. Pada masa yang sama umat Islam perlu melakukan sesuatu yang selaras dengan kehendak Islam terutama dalam pemilihan pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Saya percaya dengan keputusan itu, ramai lagi orang UMNO yang bersimpati dengan Anwar akan masuk PKR. Kalau pun tidak masuk, nanti dalam pilihan raya mereka akan memberi undi rahsia kepada PR.