Ahmad Baei Jaafar
Nabi Muhammad, Rasulullah SAW adalah sesempurna manusia, maka tindak tanduknya diperhatikan oleh manusia dari jauh mahu pun dekat. Mereka yg tertawan dengannya akan menerima Islam sama ada secara segera atau kemudiannya.
Para sahabat baginda walaupun hampir dengan baginda, mengambil ilmu langsung daripada baginda, namun selepas wafat baginda mereka tidak mampu mengambil tempat baginda di sudut watak dan akhlak. Sanggup pun begitu, Islam terus berkembang atas usaha mereka yang penuh ikhlas. Sebahagian mereka keluar daerah untuk menyebarkan Islam.
Manakala ulama amilin yang jauh daripada baginda dan sahabat tentu lebih jauh daripada watak dan akhlak sahabat dan baginda. Mereka tidak berkesempatan melihat watak sahabat baginda untuk dicontohi. Namun ilmu yang mereka perolehi daripada warisan sahabat mampu membimbing pengikut dan umat islam akhir zaman.
Tetapi ulama akhir zaman bukan saja mereka jauh dari akhlak rasul dan sahabat, ilmu ulama amilin pun dipertikaikan oleh mereka. Mereka rasa lebih pandai daripada ulama terdahulu, lalu umat islam akhir zaman jadi keliru. Kini mereka bercakaran menyalahkan satu sama lain. Masing-masing membawa fahaman yang didakwa sebagai benar.
Oleh sebab itu, sehebat manapun ulama atau guru anda pada hari ini, jangan dikagumi melampau batas. Jangan ada yang kerana kagum dengan cakapnya, kagum dengan tulisannya, rasa teruja lalu hendak melihat rumah tangga dan keluarganya. Kononnya untuk mencontohinya. Jangan, nanti anda akan kecewa terutama apabila melihat realiti kehidupan mereka tidak sama seperti yang dicakapkan tokoh anda.
Ingat, boleh jadi mereka itu sama macam anda juga. Dia boleh cakap berapi-api di pentas dakwah adalah untuk isteri dan anak-anaknya yang berada di rumah. Dia tulis yang jelas-jelas juga untuk nasihat kepada anak dan isterinya. Cuma malangnya. Isteri dan anak mereka tidak mahu dengar dan membaca tulisannya. Jadi, mereka tidak boleh berubah sebagai mana orang lain boleh berubah. Kesian ulama akhir zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan