Ahmad Baei Jaafar
Ingin saya coretkan di sini sebagai ingatan kepada semua suami dan isteri semoga ada manfaatnya untuk anda sepanjang hidup anda yang berbaki ini. Peringatan ini adalah berdasarkan ilmu pengalaman dan kajian secara rambang berhubung isu yang hendak dibincangkan. Walau bagaimanapun, saya awal-awal lagi ingin memohon maaf jika dalam coretan ini terdapat percanggahan dengan ilmu yang dipraktis oleh para doktor dan pakarnya.
Suka saya mulakan begini, suami dan isteri boleh sama-sama mengelak diri daripada berlakunya kenser payu dara pada diri isteri anda. Caranya bagaimana?
1. Jangan malu-malu atau takut-takut untuk berjumpa doktor untuk mengenalpasti penyakit tersebut benar-benar tidak berputik pada tubuh isteri anda.
2. Aktifkan hubungan suami dan isteri walaupun pada usia tua kerana dengan aktiviti tersebut anda dan isteri anda dapat mengesan sama ada ketumbuhan pada payu dara isteri anda sudah ada atau tidak.
3. Elakkan pemakanan yang boleh membantu membiakkan kenser pada tubuh anda. Hal ini mungkin pada seseorang tidak sama.
Berdasarkan kaedah di atas, jika isteri anda dapat dikesan wujudnya ketumbuhan, pasti boleh dirawat segera sebelum membiak. Jangan tunggu sampai ke tahap tiga dan empat kerana peluang untuk merawanya sudah terlewat. Ingatlah kenser ini kalau lambat dikesan ia akan terus merebak ke tulang, kewujudannya sukar dimatikan lagi, sebaliknya akan menyebabkan pengidapnya akan mati cepat.
Jadi, sebagai suami, anda perlu peka dengan kesihatan isteri anda dan selalulah bertanya tentangnya. Jika isteri anda dirawat di hospital dengarlah nasihat dan pesanan doktor. Tetapi kalau doktor telah mengesahkan penyakit isteri anda sudah pada tahap empat, lebih baiklah anda berunding dengan hospital untuk membuat rawatan sendiri di rumah sahaja.
Suka saya tegaskan di sini, kenser pada tahap empat akan berakhir dengan kematian, maka lebih baiklah isteri anda mati di sisi anda di rumah anda sendiri. Anda tentu boleh menjaga isteri anda di rumah selama tiga bulan atau lebih dengan cara anda. Tentu isteri akan lebih selesa dengan kerja anda di samping anak-anak.
Isunya bukan kita tidak percaya kepada doktor kerana doktor akan cuba menyelamatkan isteri anda. Tetapi percayalah, rawatan doktor itu hanya sekadar melewatkan tarikh mati sahaja, namun hakikatnya keadaan itu terus menyiksa tubuh isteri anda. Jika anda ingin doktor terus merawat di hospital pada tahap itu, takut anda menyesal kerana hayatnya juga akan berakhir.
Mungkin anda tidak suka dengan pandangan saya, tetapi percayalah setiap yang bernyawa akan menemui maut. Maka biarlah dia pergi dengan cara yang terbaik bertemu tuhannya, Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan