Ahmad Baei Jaafar
Adakah anda tidak petriotik? Begitulah
antara soalan yang sering kita dengar dilemparkan oleh pemimpin masyarakat
setiap kali kita menyuarakan pandangan yang seperti mengkritik kerajaan. Apakah
maksud petriotik? Apakah dengan mengkritik pemimpin atau kerajaan boleh dianggap
tidak petriotik?
Perkataan patriotik berasal daripada perkataan patriot yang
bermaksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela
negara. Jadi patriotik bermaksud bersifat patriot iaitu orang yang sifat
mencintai negara dan mempertahankan kedaulatan negara. Rujuk Kamus Dewan Edisi
Keempat.
Berdasarkan pengertian di atas polis, askar dan seumpama
mereka sah-sahlah petriotik. Begitu juga pegawai kerajaan terutama guru-guru
sekolah, mereka pasti petriotik kerana kerja mereka untuk membantu negara dan
rakyat. Namun dalam menjalankan tugas mereka tidak terlepas daripada mengkritik
kerajaan atau pemimpin.
Dalam setuasi itu mereka seharusnya tidak disifatkan sebagai
tidak bersifat petriotik. Malah boleh jadi mereka sangat pertriotik kerana mereka
tidak senang hati atau sensitif dengan penyelewengan atau kelemahan kerajaan.
Orang yang mengkritik kerajaan tentu kerana mereka lihat sesuatu yang tidak
kena dalam pentadbiran kerajaan.
Siapa yang tidak Petriotik?
Sebenarnya orang yang tidak bersifat petriotik boleh dilihat
pada tindakan hariannya dalam negara ini. Jika mereka kelihatan tidak sayang
kepada negara sekali gus membuka ruang kepada orang lain untuk mempermain-mainkan
negara maka dia tidak lagi petriotik. Anda mungkin pernah menonton sebuah filem
Melayu lama bagaimana Melaka diserang Portugis. Seorang pembesar negeri yang
rasa kecewa dengan sultan Melaka lalu membuka sempadan dan berpakat dengan pedangang
Portugis untuk menggulingkan sultan. Sah beliau tidak petriotik.
Adakah masih wujud rakyat Malaysia yang sifatnya seperti
pembesar Melaka itu? Mungkin ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang
memburuk-buruk nama baik Malaysia di luar negara atau suka mendedahkan keaiban
kerajaan kepada pihak musuh. Atau ada pegawai kerajaan yang mendedahkan rahsia
atau strategi kerajaan kepada musuh. Mereka ini sebenarnya boleh dikategorikan
sebagai tidak petriotik.
Suatu ketika kita dihebohkan ada rakyat Malaysia yang
mempermain-mainkan lagu “negaraku”. Saya sendiri tidak pernah dengar lagu itu
dan tidak pernah membaca lirik yang diubahsuai itu. Ramai yang memberi respons
memarahi tindakannya. Ya, kalau dia dengan lagu itu menghina dan meletakkan
Malaysia di tempat yang rendah sahlah dia tidak petriotik.
Tetapi kalau ada orang luar Malaysia memburukkan Malaysia,
menghina pengangan agama kita, mereka itu tidak boleh dikatakan tidak petriotik
kerana mereka bukan warganegara. Namun jika ada rakyat Malaysia yang tidak
membantah tindakan mereka itu maka hakikatnya rakyat Malaysia itulah yang tidak
pertriotik. Adakah wujud rakyat Malaysia seperti itu?
Dalam setuasi lain, pernah kita jumpa bendera Malaysia,
Jalur Gemilang jatuh menyembah bumi. Mungkin ikatannya tidak kuat atau digamkan
dengan gam yang kurang kuat. Apakah sikap anda apabila melihat bendera itu? Kalau
anda hanya mengais dengan kaki ke tepi jalan kerana menganggapnya sebagai
sampah sahaja. Maka perbuatan itu seperti tidak menghormati Malaysia kerana
bendera itu adalah lambang kewujudan Malaysia. Sikapnya ketika itu sudah dikira
tidak petriotik.
Keadaan ini berbeza kalau seseorang itu meletakkan bendera
itu pada keretanya tetapi kemudian terjatuh sewaktu tengah memandu di jalan
raya. Dia bukan tidak petriotik kalau tidak berhenti mengambil bendera itu
kembali. Keadaan itu tidak mengizinkan untuk dia berhenti.
Tetapi adakah orang yang tidak pasang bendera jalur gemilang
di mana-mana primisnya atau kenderaannya dikira sebagai tidak petriotik? Di sini
kita perlu menilai apakah sebab dia tidak mahu memasang. Mungkin kerana tiada
wang untuk membelinya atau rasa tidak selamat diletakan di sini. Mereka ini masih
petriotik. Tetapi kalau dia menganggap enting, dan dianggap tidak ada erti
apa-apa dengan bendera itu padanya, maka sahlah dia tidak petriotik.
Lagu Petriotik
Apakah tidak menghormati lagu
petrotik boleh dikira tidak pertriotik? Tidak dinafikan lagu petriotik dapat
melahirkan rasa cinta kepada negara. Namun tidak semua lagu petriotik membawa
mesej yang boleh membangunkan jiwa kita kepada cintakan negara. Jika ketika lagu
itu dimainkan kita menutup telinga atau menutup radio, adakah kita boleh
dikategorikan sebagai tidak petriotik?
Ya, sikap itu memang tidak enak
dipandang. Kalau kita tidak suka dengar, biarlah lagu itu berlalu tanpa
sebarang kritikan. Biarlah lagu itu dengan nyanyiannya, tidak rugi apa-apa pun.
Mungkin pada kita, tidak memberi apa-apa makna, tetapi lain pula pada orang
lain. Namun tidaklah boleh dianggap tidak petriotik dengan sikap itu, apatah
lagi kalau dia memang tidak minat menyanyi. Setiap orang diberi anugerah yang
tidak sama.
Apakah petriotik dianjurkan Islam?
Tidak ada dalil baik daripada al-Quran mahupun hadis yang secara
jelas menyuruh kita cintakan negara. Memang ada satu ungkapan yang disebut-sebut
sebagai hadis ialah “cinta negara sebahagian daripada iman” namun kata-kata itu
dipertikaikan kesahihannya. Jadi secara jelasnya memang tidak ada dalil.
Walau bagaimanapun, di segi amalinya Rasulullah dan para
Sahabat baginda amat cintakan Madinah, negara Islam pertama. Mereka
mempertahankan negara daripada serangan musuh dalam beberapa peperangan. Malah
tidakan seorang sahabat yang berniat untuk membocorkan rahsia bahawa rombongan
tentera Islam akan bertolak menyerang Makkah terus diambil tindakan.
Sahabat tersebut ialah Hathib bin Abi Baltaah dia menulis
surat kepada sanak saudaranya yang berada di Makkah tentang serangan yang bakal
dibuat oleh Rasulullah. Surat itu diserahkan kepada seorang wanita yang sedang
menuju ke Makkah. Baginda yang mendapat maklumat itu telah mengarahkan
Saiyidina Ali supaya menahan wanita itu dan mengambil surat itu.
Dalam surat itu dengan jelas menyebut daripada Hathib bin
Abi Baltaah meminta Quraisy bersedia dengan serangan Rasulullah. Akhirnya Rasulullah
menangkap Hathib bin Abi Baltaah untuk soal siasat. Atas pengakuan salahnya
baginda pertimbangkan untuk memaafkan namun dihalang oleh sahabat lain. Kemaafan
itu adalah kerana Hathib salah orang tentera Badr.
Berdasarkan kisah di atas, wajarlah kita bersifat petriotik.
Siapapun kita, atas nama rakyat Malaysia kita wajar sayangkan Malaysia apatah
lagi dengan berada di negara ini kita boleh melakukan ibadah dengan baik dan
dapat melaksanakan hukum Allah dengan sempurna. Bahkah kita tidak dihalang
untuk berdakwah bagi menyedarkan manusia kepada Allah dan rasul-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan