Ahmad Baei Jaafar
Banyak perkara pelik yang sukar dijangka
telah berlaku di hadap mata, namun ini bukanlah tanda-tanda kiamat. Suka saya senaraikan
perkara tersebut untuk perhatian semua:
Bil
|
Tempat
|
Peristiwa
|
Komen
|
1
|
Makkah
|
Walaupun berada depan kaabah tetapi solatnya
tidak mengadap kaabah.
|
Adakah dia tidak nampak kaabah itu
|
2
|
Walaupun orang ramai bertawaf di keliling
kaabah, tetapi apabila turun dengan niat hendak tawaf pasti ada ruang untuk kita
|
Kita tetamu Allah pasti Dia menerima kita
|
|
3
|
Walaupun panas terik, tidak terasa panas
lantai tawaf.
|
Teknologi orang beriman
|
|
4
|
Walaupun masih ada ruang untuk masuk ke
dalam masjid tetapi ada orang (Afrika dan Pakistan) yang lebih suka solat di
luar masjid.
|
Mereka menolak fadilat yang Allah
tawarkan sebaliknya menyangka semuanya sama
|
|
5
|
Selepas saei lelaki disunatkan bercukur,
harga untuk satu kepala SAR10 di Makkah tetapi SAR35 di Mina
|
Demi sunnah mahalpun tidak mengapa.
|
|
6
|
Walau pun ada hukum hudud, ramai juga
budak hitam tak takut untuk mencuri
|
Itulah kalau tidak takut kepada Allah
|
|
7
|
Apabila azan dikumandangkan semua peniaga
mesti tutup perniagaan tanpa sebarang kunci
|
Allah menjaga barangan mereka daripada
kecurian
|
|
8
|
Walaupun jauh jarak hotel dengan
masjidilharam, jemaah haji sanggup menapak tanpa rasa letih
|
Niat kerana Allah akan dibantu
|
|
9
|
Setiap orang Asia yang datang mengerjakan
haji akan merasai batuk, demam dan selesema
|
Ujian untuk mencari siapa yang sabar
|
|
10
|
Jarang nampak bangsa lain batuk, buktinya
waktu solat tidak dengar suara batuk dalam kalangan mereka.
|
Cuaca mereka sama dengan Arab
|
|
11
|
Waktu solat di surau hotel, tidak boleh
seorang batuk nanti akan sahut menyahut batuknya
|
Pesta batuk fenomena biasa.
|
|
12
|
Arafah
|
Waktu orang ramai berzikir dan beribadah
selepas zohor hingga terbenam matahari ada yang tidur atau bersembang
|
Mereka lupa doa dan ibadah di Arafah
besar pahalanya
|
13
|
Muzdalifah
|
Jemaah haji wajib bermalam di Muzdalifah
tapi sebahagian kami sampai berpagi malah hampir ke tengah hari.
|
Ini adalah ujian kesabaran
|
14
|
Mina
|
Ustaz sakit tekak masih sudi menjadi imam
solat, dia terlupa yang makmum di belakang tidak dengar bacaan dan pergerakan
iman
|
Imam perlu sedar diri tentang
kemampuannya.
|
15
|
Tandas tidak banyak, tapi penggunanya
waktu masuk ke dalamnya lupa ramai sedang menunggu di luar
|
Kena muhasabah
|
|
16
|
Jemaah lelaki yang tidak boleh tunggu
giliran ke tandas sanggup kencing dalam botol, tetapi airnya tidak dibuang ke
longkang.
|
Ibadah Haji tidak mampu mendidik jiwanya
|
|
17
|
Peminta sedekah dari Afrika tunjukkan
tangan kudung untuk cari simpati tetapi sebenar sesikunya dilipat dalam
lengan baju.
|
Penipu yang tidak takut kepada Allah
|
|
18
|
Madinah
|
Jemaah wanita ramai tetapi tempat
untuknya tidak mencukupi
|
Pengurusan masjid perlu lihat semula
keperluan jemaah
|
19
|
Walaupun dilarang polis, masih ada jemaah
yang mencium mimbar di Raudhah dan pagar makam Rasulullah SAW
|
Bayangkan kalau khurafat ini tidak
dihalang oleh wahabi (sebenarnya itulah ajaran ahli sunnah wajamaah) pasti
amalan ini berleluasa
|
|
20
|
Sepanjang saya di Madinah (9 hari) hanya
dua waktu yang tidak ada solat jenazah
|
Mungkin jemaah sudah semakin kurang
|
|
21
|
Cuaca panas tetapi tiupan angin sejuk
menyucuk sampai ke tulang.
|
Musim sejuk
|
|
22
|
Sebanyak-banyak kedai makan semuanya
dikuasai oleh orang India Muslim atau Pakistan termasuk restoran bakso
Indonesia
|
Orang Arab sebuk dengan bisnes lain
|
|
23
|
Nak beli makan waktu pagi dilayan seperti
pengemis, wang baki dicampak sahaja
|
Nak sarapan pagi juga perlukan kesabaran
|
|
24
|
Jemaah haji belanja makan pagi seperti
orang kaya-kaya; roti canai SAR3 (3 rial), bakso SAR10 dan kebab SAR5
|
Mungkin kos import dari luar
|
|
25
|
Semua kedai terutama kedai pakaian dan
kurma dipenuhi jemaah kecuali waku solat kerana ditutup
|
Kalau tidak tutup pasti ada jemaah yang
membelinya.
|
|
26
|
Malaysia
|
Seorang Jemaah wanita (uzur) menangis
kerana menyangka anak cucunya tidak menjemputnya, padahal dia masih di
bahagian dalam
|
Terlalu rindu kepada keluarga kerana
pergi seorang diri
|
27
|
Setelah 44 hari tenang fikir soal ibadah, kini
berserabut dengan masalah masyarakat, rumah tangga dan politik
|
Pening kepala sekejap
|
|
28
|
Hairan melihat wanita terutama janda/ibu
tunggal mudah dipujuk berkahwin di Selatan Thailand
|
Dia tidak tahu kesan negatif
|
|
29
|
Hairan mendengar cerita lelaki bertitle
ustaz pandai mengayatkan wanita untuk berkahwin di Selatan Thailand
|
Tak semua ustaz layak berpoligami
|
|
30
|
Hairan lelaki yang mengahwini isteri
cantik tetapi setelah mengecap nikmatnya sanggup mendera tubuh isterinya
|
Tak takut kepada larangan Allah
|
|
31
|
Ada kawan yang dipercayai sanggup membuat
fitnah sewaktu di belakang kita
|
Fenomena biasa golongan munafiq
|
|
32
|
Dalam politik, orang luar parti rajin
mengulas isu parti lawan dan akan kecewa kalau isu itu ditutup
|
Ini politik dengki yang dilarang Islam
|
|
33
|
Isu dalam parti menjadi besar bukan
kerana besar tetapi dibesarkan oleh pihak parti musuh
|
Inilah tindak politik yang tidak profesional
|
Sebagai umat Islam kita boleh menilai kisah
di atas sama ada patut berlaku atau tidak. Kalau kita rasa perkara itu bukan
pelik maka sukarlah kita berubah ke arah kebaikan. Jadi, contohlah yang terbaik
dan buangkan yang tidak serasi dengan Islam. Anda harus jadi mukmin profesional
dalam semua tindakan kita di dunia ini.
3 ulasan:
Assalamualaikum ustaz
Menarik,Jazakallah
Sebarkan semoga ada manfaat kepada semua.
Assalamualaikum ustaz,
Entry ini buat saya tersenyum...
Memang pelik bagi kita kerana kita tahu ia tidak boleh dilakukan. Kita kadang-kala tertanya-tanya, adakah mereka tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu?
Semoga kita tidak tergolong dalam kumpulan yang melakukan perkara-perkara pelik...
Catat Ulasan