Ahmad Baei
Jaafar
Hari
Malaysia ke 48 disambut oleh rakyat Malaysia dengan pelbagai cara pada hari ini.
Pada peringkat negara diadakan sambutan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Banyak
pihak yang dilibatkan dalam acara gilang gemilang itu. Selain tenaga manusia yang
digunakan dengan ramai, wang juga banyak telah dibelanjakan untuk tujuan itu.
Rakyat
Malaysia yang selebihnya cuti satu hari. Bagi mereka hari ini adalah hari merdeka
kerana tidak dikontral oleh sesiapa. Bagi mereka sambutan hari Malaysia cukuplah
dengan menonton siaran langsung perbarisan di Dataran Merdeka di kaca
televisyen. Namun tidak kurang juga yang mengembil peluang cuti ini dengan pergi
berkelah di pantai atau membeli belah di pasar raya.
Walau
bagaimanapun ada juga rakyat Malaysia yang bekerja pada hari ini. Mereka
bekerja untuk terus membangunkan negara sebagai sebuah negara maju dan
berdaulat. Mereka terus berjuang untuk meninggikan Islam melalui tulisan, lisan
dan seumpamanya. Ada juga mereka bertugas di hospital juga di dalam hutang..
Sebenarnya
sebagai rakyat Malaysia kita perlu sayangkan Malaysia, malah kita patut rasa
bangga menjadi rakyat Malaysia dan kita patut rasa cinta kepada negara. Tetapi
saya rasa hairan juga kalau ada rakyat Malaysia yang tidak sayang, tidak cinta
dan tidak rasa bangga menjadi rakyat Malaysia hanya kerana Malaysia dipimpin
oleh orang yang mereka benci.
Wahai rakyat
Malaysia, sempena hari Malaysia saya ingin mengajak kalian supaya mengenal
pasti sekali gus dapat membezakan antara perkataan Malaysia, kerajaan Malaysia,
pemimpin dan rakyat Malaysia.
Malaysia: Ialah
bumi kurniaan Allah yang kalau dilihat dari sudut geografinya bersempadan
dengan Thailand di sebelah utara dan selatannya bersempadan dengan Singapura.
Kemudian ditambah lagi Sabah dan Sarawak di seberang Laut China Selatan.
Kerajaan
Malaysia: Bumi Malaysia yang diperintah dan tadbir oleh orang yang diamanahkan
Rakyat dalam satu undian lima tahun sekali.
Pemimpin:
Ketua pentadbir kerajaan Malaysia yang dipanggil Perdana Menteri.
Rakyat:
Semua penduduk Malaysia yang bernaung di bawah pemimpin tersebut dan tinggal
dalam negara Malaysia sebagai warga negara.
Berdasarkan
definisi di atas, mengapa kita harus benci kepada Malaysia. Dengan kita cinta
dan sayang kepada Malaysia tidak semestinya kita cinta atau sayang kepada
pemimpinnya. Malah dalam konteks ini orang politik daripada golongan
pembangkang patut lebih sayangkan Malaysia kerana mereka sedang berkira-kira
untuk memerintah Malaysia.
Kalaulah
anda tidak sayang dan cintakan kerajaan Malaysia tidak mengapa. Tetapi
persoalannya mengapa anda tidak mahu sayangkan kerajaan Malasyia? Kita perlu
sedar, kerajaan Malaysia bukan kerajaan BN dan rakyatnya ialah rakyat Malaysia
bukan rakyat BN. Kalau dia tidak adil kepada rakyat bukan masalah kita. Itu
kesalahan pemimpin kepada Allah kerana tidak amanah. Jadi tidak rugi kalau kita
tidak membenci kerajaan Malaysia kerana Allah akan beri pahala kepada kita.
Begitu juga
pemimpin, Perdana Menteri Malaysia, dia bukan perdana menteri BN tetapi
Malaysia yang kita semua rakyatnya. Sebagai rakyat kita ada hak dalam kerajaan
di bawah pimpinan Perdana Menteri itu. Oleh sebab itu, Perdana Mmenteri tidak
boleh lebihkan orang partinya sahaja kerana orang parti lain juga rakyatnya.
Oleh sebab itu tiada alasan untuk kita tidak
sayangkan Malaysia. Apatah lagi kita dilahirkan di bumi Malaysia. Kalau orang
bukan warga negara berada dalam negara ini boleh sayang kepada Malaysia mengapa
pula kita tidak sayang. Mereka yang menumpang kasih di negara ini mendapat
nikmatnya di sini mengapa pula kita di sini tidak mahu mengambil nikmat. Nikmat
tidak akan datang bergolek atau melayang.
Sebenarnya,
setiap orang rakyat Malaysia wajib berjuang mempertahankan Malaysia, dan
membangunkan Malaysia. Apapun parti politik anda tidak penting, tetapi mesti
ada dalam jiwa kita sebagai pejuang. Kita berjuang bukan untuk mencari
keuntungan duniawi, untuk mengaut keuntuangan harta benda tetapi untuk
kepentingan rakyat dan Islam.
Tetapi
sebagai ahli politik terutama pemimpin yang memerintah, anda perlu ingat, perjuangan
anda perlulah dengan ikhlas kerana Allah. Kalau tidak ikhlas kemungkinan kita
akan termasuk dalam kategori berjuang atas asas asabiah. Pada hari ini kita
dapati ramai pejuang termasuk pemimpin negara apabila orang daripada kumpulannya
berbuat salah, dia akan cari jalan untuk membela atau menafikan kesalahannya. Tetapi
kalau kesalahan berada di pihak lawan dia akan berjuang habis-habisan untuk
mendedahkannya. Inilah bentuk asabiah yang dilarang oleh Rasulullah.
2 ulasan:
Salam Lebaran untuk Ustaz sekeluarga. Selamat Hari Malaysia juga. Sambutan berganda, maka selayaknya, kegembiraan berganda - kegembiraan melawan nafsu di bulan puasa, kegembiraan melatih & mendisiplin hati ke arah sifat2 terpuji, kegembiraan bebas dari belenggu penjajah, dan bermacam-macam lagi definisi kegembiraan di kala ini.
Saya bangga menjadi penganut agama Islam. Saya juga bangga menjadi anak Malaysia. Pengalaman berada di luar Malaysia membuka mata & menyedarkan saya betapa bertuahnya saya dilahirkan dalam Islam & dibimbing dalam suasana yang penuh kesederhanaan (Terima kasih untuk mak, ayah dan keluarga serta guru-guru).
Berada di luar Malaysia juga membuatkan saya bersyukur menjadi warga Malaysia yang tak putus-putus dengan bantuan & kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Berstatuskan warga asing di luar Malaysia turut menyedarkan saya betapa bertuahnya warga asing yang ada di Malaysia.
Dalam pada itu, saya sedikit kesal dan terkilan kerana rakyat dimomokkan dengan pelbagai isu yang mengelirukan di celah-celah kegembiraan sambutan ini. Seperti tercalar sedikit piala kemenangan itu. Bukankah kita masih di bulan Syawal yang selayaknya ucapan memaafkan saling meniti dari bibir ke bibir? Mengapa perlu nista & hina di kala kita gembira dengan kelahiran Malaysia.
Bersyukurlah & saling memaafkan wahai sahabatku sekelian... Bersatulah...
Wallahu`aklam.
Saya bersetuju dengan ainzoo, sepatutnya dengan kematangan umur kita dan negara, kita menjadi orang cerdik dan profisonal dalam sumua hal.
Catat Ulasan