Hari ini warga kota sudah mula mengosongkan rumah kediaman mereka dan mula bergerak ke kampung masing-masing. Berhati-hati di jalan raya kerana dalam kesesakan jalan raya ada kemungkinan yang terlalai. Jadi, sepanjang perjalanan ingat Allah dan ingat orang yang tersayang. Inilah kunci keselamatan.
Saya doakan anda semua selamat sampai ke distinasi dengan selamat. Pada kesempatan saya dahului ucapan selamat hari raya eidul fitri:
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ، مِنَ العَائِدِينَ وَالفَائِزِينَ، كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيرٍِ
Ucapan ini sebagai penambahbaikan untuk ucapan yang selalu kita gunakan selama ini. Semoga ucapan ini menjadi doa untuk kita semua. Dan untuk membalas ucapan itu gunakan ucapan berikut:
مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ يَا كَرِيمٌ
Semoga ucapan ini boleh menjadi budaya baru untuk tahun-tahun mendatang.
4 ulasan:
Saya baru terperasan, terdapat baris yang salah pada ucapan hari raya dan jawapannya. Pada teks asal sudah betul tetapi apabila dimasukkan ke dalam blog, tertukar sendiri. Jadi betulkan sendiri pada bacaan anda:
Taqabbala - minna - taqabbal
Assalamualaikum Ust Baei...
Kalau ikut MrGoogle translate, terjemahannya 'Semoga Allah menerima dari kami dan kamu, dan pemenang yang pulang, semua Selamat Tahun Baru'... betulkan jika salah.
Sebab sefaham saya, Aidilfitri bukan tahun baru, tapi Awal Muharram yang dikatakan tahun baru...?
Terjemahannya begini: Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu juga, iaitu sebagai orang yang kembali kepada fitrah juga yang berjaya dalam ujian. Hendaknya setiap tahun kalian semua dalam keadaan baik.
ucapan ini hakikatnya adalah doa.
Terima kasih atas terjemahan ini. Insya Allah, ucapan utk tahun hadapan akan bertukar.
Jazakallahu khairan katiran.
Catat Ulasan