Sebenarnya sambutan hari raya yang kita sambut selama ini lebih kepada adat budaya yang langsung tidak ada nilai ibadah. Bayangkan berapa ramai yang pada malam hari raya itu bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Realitinya lebih ramai membuat persiapan akhir menyambut raya; pasang langsir, kemas rumah dengan layout yang baru, dan tidak kurang juga yang sibuk dengan memasak ketupat dan lemang.
Malangnya pada pagi raya pula terlambat bangun lalu secara tergesa-gesa mandi dan kerana itu terlupa untuk niat mandi sunat hari raya. Kemudian tergesa-gesa pula ke masjid, lalu acara bersalaman dengan ibu bapa dilakukan tanpa terlebih dahulu bersarapan pagi sebelum ke masjid. Inilah ibadah yang sering mereka lupa dalam mengejar tradisi.
Kemudian semasa menunggu solat Eidul-Fitri diimamkan imam, ada jemaah yang tidak sama-sama bertakbir, tasbih dan tahmid. Malah ada yang tidak tahupun untuk menyebut takbir itu dengan betul. Ada juga beberapa perkataan yang tidak boleh disebut dengan baik sedangkan mereka tidak mahu belajar bagi membetulkan kesilapan.
Baca jawapannya dalam Solusi 35 di pasaran sekarang.
Selain itu cara bertakbir hari raya tidak sangat diberi perhatian oleh orang yang pandai bertakbir. Lalu mereka bertakbir pada waktu yang bukan sepatutnya. Sebenarnya takbir ini terbahagi kepada dua; takbir muqaiyat dan takbir mursal. Kedua-duanya ada pada hari raya sama ada Eidul-Fitri dan Eidul-Adha.
Dapatkan ulasan lanjut dalam majalah Fardu Ain edisi 4
2 ulasan:
Raikan kemenangan dengan pesta maksiat kerana tewas dengan adat bukan ibadat.
Mereka yang tewas dalam melaksanakan ibadah dan kepatuhan kepada Allah sudah pasti tidak mendapat gelaran taqwa. Tetapi mereka tetap boleh sambut hari raya atas kedudukan dia meraikan orang yang berjaya. Itulah sebabnya kita diminta ucap tahniah kepada kawan kita dan memberi wang raya kepada anak yang tidak berdosa demi mengembirakan mereka.
Catat Ulasan