Ahmad Baei Jaafar
Pertandingan antara calon BN Roslan Ahmad dengan calon PAS Yuhaizad Abdullah dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau mungkin berpihak kepada BN. Begitu juga dengan pilihan raya kecil DUN Kerdau yang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim.
Sudah ramai yang membuat ramalan begitu, maka saya terpaksa mengikut rentak mereka. Ini kerana pengalaman yang lepas, semua pertandingan yang melibatkan BN dengan pembangkang, keputusannya berpihak kepada BN. Selain itu, jentera BN sudah menguasai kempennya sejak sebelum penamaan calon lagi.
Walau bagaimanapun kedudukan itu boleh berubah jika orang Melayu celik propaganda. Semua parti politik akan berkempen dan menyebarkan propaganda masing-masing. Tetapi realiti yang dapat disaksikan hari ini, orang Melayu tidak dapat membezakan antara propaganda dengan fitnah dan penipuan.
Propaganda penting dalam perjuangan terutama dalam menentang musuh perjuangan. Tetapi propaganda bukan menipu seperti yang difahami orang kebanyakan. Sebagai contoh, membentangkan kejayaan kerajaan dalam membangunkan negara. Rakyat mendapat manfaat daripada pembangunan itu.
Berbeza pula dengan orang politik membuat kenyataan, ada pihak yang merancang menggulingkan kerajaan dan ada pihak yang tidak senang dengan kemajuan yang dicapai oleh kerajaan. Untuk itu dibuatkan filem dukomentari dengan memaparkan bagaimana usaha itu dirancang.
Jika orang Melayu tidak dapat membezakan mana propaganda dengan fitnah, tentulah kedua-dua cerita di atas dikatakan sama saja. Tapi kalau mereka celik propaganda tentu mereka faham bahawa kisah kedua hakikatnya adalah fitrah dan boleh diabaikan.
Orang Melayu di kedua-dua kawasan DUN itu boleh memilih calon yang boleh buat kerja untuk rakyat. Rakyat boleh menilai kemampuan mereka berdasarkan propaganda yang dibawanya. Tetapi kalau calon itu membawa cerita fitnah, mereka tahu untuk menolak mereka.
Oleh sebab itu, parti pembangkang atau pemerintah perlu membuat propaganda bagi meyakinkan pengundi. Jika anda membuat fitnah lalu rakyat percaya sehingga rakyat pilih yang salah, yang ruginya adalah rakyat. Jadi, selamatkan rakyat daripada memelihara kantung-kantung mereka agar sentiasa penuh.
Kepada rakyat atau pengundi di kedua-dua kewasan itu, selamat mengundi dengan hati yang ikhlas. Semoga pilihan ada yang betul boleh menyelamatkan rakyat seluruhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan