25 Jun 2010

Solusi isu 21 ajak pembaca melebur takbur


Melebur Takbur, itulah paparan Solusi isu 21 yang patut anda memiliknya. Tempahlah awal sebelum kehabisan stok. Kupasan kali ini amat penting dibaca dan dikongsi bersama. Semoga takbur yang bersarang dalam hati kita perlu dididik agar iman dapat mengatasinya.

Kita perlu sedar runtuhnya kerana Islam dulu kerana sikap takbur pemimpinnya, takbur rakyatnya. Runtuhnya bangsa juga kerana takburnya bangsa tersebut. Runtuhnya tamaddun bangsa juga kerana takbur penguasanya. Bahkan runtuhnya sesebuah syarikat gergasi kerana takbur pemilik atau lembaga pengarahnya.

Kita tentu tidak mahu begitu, jadi leburkan takbur dalam diri kita. Bacalah Solusi kerana banyak panduan yang boleh diambil bagi meleburkan takbur yang sentiasa mencabar keperibadian kita. Semakin takbur semakin orang lain membenci kita, apatah lagi Allah dan Rasul-Nya.

8 ulasan:

Bawang Goreng berkata...

Rasa-rasanya baru lagi saya beli Solusi #20 dan edisi ulang cetak #2... tub tub keluar #21.

Ustaz, doakan saya diberi kemudahan mentelaah...

Tiap kali hendak membaca, Solusi saya selalu direbut-rebut anak umur 3 tahun tu...

Huwaaa...

fikrah islamiah berkata...

Jangan salahkan anak. Maaf gurau saja. Saya doakan kekuatan dan masa yang lapang.

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum ustaz,

Saya baru jer baca solusi isu 20. Terkesan dgn tulisan ustaz kat isu 20, bertajuk sains harus mendekatkan umat dengan tauhid.

Bagi saya bagus juga kalau majalah solusi menyediakan ruangan satera spt cerpen dan sajak. nanti, karya2 yang berunsur keagamaan dan nasihat boleh dijadikan sebagai medium dakwah. macam majakah dewan agama dan falsafah dahulu

Tanpa Nama berkata...

ustaz.blog fikrah islamiah telah tersenarai di dalam web list Marhaen di www.webmarhaen.blogspot.com

fikrah islamiah berkata...

Terima kasih penulis tamu.Shameel, terima kasih kerana menyokong. Mengenai cerpen, belum ada ruang khas, pernah dibincangkan tetapi belum sampai masanya.

Bawang Goreng berkata...

Alhamdulillah, dapat juga luangkan masa baca Solusi #21. Terima kasih atas doa Ust Baei.

Isu khutbah Jumaat yg dikupas agak menarik... Orang yang mendengar khutbah mungkin boleh ambil pengajaran, moral dan teladan. Saya cuma terfikirkan mereka yg tidak hadir mendengar khutbah dan juga ponteng solat...

Harap ustaz Baei dapat luangkan masa baca kupasan Dr Sidek Baba di majalah Wanita bln July (covergirl - gambar anakanda sultan Kedah), keluaran Utusan.

Minta Solusi kupas isu ini di keluaran akan datang.

Terima kasih daun keladi,
Majalah Solusi amat saya hargai.

baei berkata...

Terima kasih, insya-Allah akan beli nanti.

Bawang Goreng berkata...

Assalamualaikum ust,

Perihal suami minta izin isteri poligami minta rujuk m/s 82, kolum Murabbi.

Katanya : "Wanita berhak mengizinkan atau minta dibebaskan jika suaminya ingin berpoligami", diikuti dengan hadis Nabi SAW menentang hasrat Ali r.a. utk memadukan Fatimah r.a.

Adakah hadis ini relevan (utk dijadikan penghalang) seorang bapa mertua menentang hasrat menantunya utk berpoligami (pada masa ini)?

Pernah dikhabarkan kepada saya, hadis ini tidak boleh digunakan utk seorang isteri menentang hasrat suaminya utk poligami, kerana ia khusus utk Fatimah r.a. sahaja. Benarkah?

Mohon ustaz beri sedikit komen.

Terima kasih.