20 Disember 2009

Maskahwin atau hantaran jadi penghalang perkahwinan?

Ahmad Baei Jaafar

Apabila kerajaan Selangor mengisytiharkan kenaikan nilai maskahwin daripada RM 80 kepada RM 300, ramai yang memberi komen tidak bersetuju ditetapkan kadar maskahwin. Yang peliknya, rakyat luar Selangor pun bersuara dan melahirkan rasa bimbang kadar baru itu akan menjadi penghalang baru untuk lelaki berkahwin di negeri Selangor.

Namun bagi wanita, kadar itu amat baik dan sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang. Malah mereka mahu seluruh negeri di negara ini mencontohi Selangor. Menurut mereka ada negeri yang mengekalkan maskahwin zaman sebelum merdeka, RM 20 dan RM 30, sedangkan nilainya ketika itu amat mahal pada lelaki.

Saya percaya semua ini adalah kerana salah faham umat Islam terhadap nilai maskahwin berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik maskahwin ialah yang mudah” (Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis lain baginda bersabda: “Sebaik-baik wanita ialah yang memudah untuk diri maskahwin” (Riwayat at-Tabrani)
Rasulullah sebut, wanita yang paling baik ialah bila maskahwinnya paling mudah (mudah bukan murah). Ya, mudah bagi lelaki untuk memberi maskahwin kepada isterinya. Perlu dijelaskan di sini, maskahwin yang mudah itu adalah hanya sekali seumur hidup sama seperti kita menjadi ahli seumur hidup dalam sesuatu persatuan.

Maksud mudah bolehlah saya anggarkan begini, kalau gaji lelaki itu sebulan RM 3,000 tentulah hendak beri maskahwin RM300 sekali seumur hidup tidak susah, mudah sahaja. Tapi kalau gajinya RM10,000 sebulan tentu mudah baginya untuk memberi kepada isteri RM1,000 sebagai maskahwin.

Jadi, kalau seseorang lelaki bergaji besar tetapi sewaktu hendak beri maskahwin hanya RM 30 atau RM 80 tentulah tidak sepadan, dan dia boleh dikatakan lelaki kedekut. Tetapi dia tidak merasai begitu dan tidak pula malu kerana menganggap itulah kadar maskahwin yang wajib baginya.

Hal ini kerana mereka tidak faham maskud hadis di atas. Sebaliknya memahaminya sebagai maskahwin itu hendaklah murah. Lalu padanya kadar maskahwin yang paling rendah itu menggambarkan wanita yang baik.

Sebenarnya maskahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan maskahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang, mungkin satu juta pun bukan nilainya.

Hantaran vs Maskahwin
Hantaran bukan wajib dalam Islam, tetapi menjadi adat dalam masyarakat setempat. Walaupun bakal suami tidak wajib memberi tetapi kalau tidak memberinya, akan dipandang sebagai kurang adab. Walaupun masyarakat tidak menghinanya, tetapi dia sendiri akan rasa malu dengan keadaan itu. Itulah nilai adat seperti wajib juga.

Adat seperti ini dibenarkan oleh Islam tetapi sepatutnya kadar hantaran itu tidaklah membebankan lelaki, malah sebaiknya mengikut keikhlasan bakal suami berdasarkan kemampuannya. Dalam keadaan ini, ramai yang tidak menyedari bahawa adat yang dilaksanakan di kebanyakan tempat melanggar hukum dan adab Islam.

Sebenarnya hantaran mengikut adat itu ditentukan keluarga wanita. Malah sesetengah tempat bukan ibu bapa yang menentukannya tetapi ada wakil yang diberi kuasa menentukannya. Di sinilah kadang-kadang kadarnya membebankan pihak lelaki terutama yang tidak berpendapat tinggi.

Berdasarkan itu, hantaran yang membebankan seperti yang diamalkan pada hari ini, itulah antara yang menyebabkan lelaki lambat berkahwin atau wanita sukar dipinang lelaki. Jadi, bukan maskahwin yang menjadi punca segala-galanya kerana kalau kadar RM 300 itu lelaki boleh berkahwin sebulan seorang kalau dia mahu, apatah lagi kalau sekadar RM 20.

Selain itu adalah tidak benar dan tidak wajar sesuatu perkahwinan itu ditanggung kosnya oleh lelaki yang hendak berkahwin. Sebaliknya ibu bapa wanita menanggung semua kos kerana majlis itu untuk mengisytiharkan perkahwinan anaknya. Begitu juga Ibu bapa lelaki mereka juga harusa bertanggungjawab membuat kenduri di rumahnya bagi mengisytiharkan bahawa anaknya sudah berkahwin.

Jadi, ibu bapa tidak seharusnya mengambil duit anaknya untuk mengadakan majlis tersebut apatah lagi mengambil wang menantunya. Sedarlah, kalau mereka benar-benar tidak mampu untuk mengadakan majlis seperti itu kerana kos yang tinggi, tidak perlu buat besar-besaran tetapi cukuplah dengan buat kenduri doa selamat untuk sekadar 50 orang di sekitarnya.

Adat yang Baik
Seperti yang dijelaskan di atas, tujuan kenduri kahwin diadakan adalah untuk mengisytiharkan perkahwinan anak mereka bagi mengelak timbul fitnah selepas itu. Oleh sebab itu tidaklah salah jika kedua-dua pengantin itu dibawa kepada khalayak dan bermesra dengan mereka. Walau bagaimanapun bersanding dengan mendedahkan aurat pengantin perempuan dan ditambahkan pula dengan pelbagai acara seperti tepung tawar yang jelas membazir adalah dilarang dalam Islam.

Selain itu suasana kenduri perkwahinan itu juga hendaklah ceria bagi menghiburkan pengantin. Oleh sebab itu tidak salah disulami muzik yang menghiburkan dan menceriakan suasana. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Iklankan majlis perkahwinan dan adakannya di masjid dan pukulkan gendang,” (Riwayat Ahmad dan at-Tabrani).

Berdasarkan itu, tidaklah salah diadakan sedikit muzik yang bersesuaian dengan majlis tersebut bagi membezakan antara kenduri kahwin yang mengembirakan dengan kenduri arwah yang mendukacitakan. Namun janganlah dirosakkan majlis itu dengan lagu Hindustan dan pop yang melalaikan apatah lagi pada waktu azan solat.

Adat yang tidak kurang penting juga ialah adat menyambut pengantin dan tetamu yang mengiringinya. Mereka yang datang dari daerah lain tentu tidak tahu adat resam di situ, maka mereka perlu disambut dan diberi layanan sebagai tetamu. Dalam hal ini tidak salah kita bezakan jamuan untuk mereka berbanding orang tempatan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seburuk-buruk makanan (jamuan) kenduri kahwin ialah menjemput orang kaya dan meninggalkan orang miskin,” (Riwayat Darulqati’i).

Tidak menjemput orang miskin ke majlis kenduri kahwin itu kerana mengganggap kedatangan mereka tidak sesuai atau tiada pulangan hadiah adalah menyalahi sunnah. Orang kaya dan miskin harus dilayan sama sahaja. Namun perbuatan membezakan jamuan tetamu khas dengan orang tempatan tidak termasuk dalam hadis di atas.

Jadi, adat menyambut tetamu tidak bercanggah dengan Islam. Walau bagaimanapun jamuan untuk mereka tidaklah pula boleh berbeza yang melampau hingga membazir. Adat yang sedemikian itu tidak dikehendaki dalam Islam.

10 ulasan:

Bawang Goreng berkata...

Assalamualaikum ustaz...

Selamat tahun Hijrah 1431.

Saya 'colek' sikit entri ustaz yang ini.

Zaman Nabi dulu, tak ada penetapan jumlah mahar, tapi saya jumpa "Tentang mahar yang boleh berupa mengajarkan Alquran, cincin besi dan sebagainya. Bagi orang yang tidak keberatan, sebaiknya mahar itu senilai lima ratus dirham" di http://hadith.al-islam.com/bayan/Tree.asp?Lang=ind&ID=473.

Sefaham saya, zaman Khalifah Umar sudah ada penetapan mahar, benarkah begitu?

Berapakah nilai 500 dirham pada masa itu?

fikrah islamiah berkata...

Betul apa yang tulis oleh Bawang Goreng itu. Mahar ialah barang yang bernilai yang bermanfaat. Yang ditetapkan dinegara ini yang berupa wang adalah barang yang bernilai dan bermanfaat. Boleh juga maharnya "mengajar menjahit sehingga mahir". Tapi tidak sah mahar dengan "naskhah al-Quran" kerana al-Quran tidak boleh dinilai.
Perlu dijelaskan di sini juga, Selangor mansuhkan hantaran. Kalau ada hantaran semuanya dikira mahar. Inilah yang berkuatkuasa tahun hadapan.

Tanpa Nama berkata...

brigade vivek taste compilation region predicted hemisphere strapped holecore frameworkthe energised
semelokertes marchimundui

naftalena76 berkata...

Assalamualaikum ya ustaz.. saya seronok melepak kat blog ustaz...Teruskan menulis..saya 'metelaah'ilmu kat sini..ada banyak yamg perlu diulangkaji..terutama kita mula sebuk dangan urusan dunia...sampaikan banyak kitab-kitab agama mahupun nasihat para ustaz kita mula lupa..bila ilmu yang selama ini dah tumpul diasah oleh batu asah pak ustaz..banyak bilah-bilahnya dah mula tajam semula..syukron jaziran..wassalam.

baei berkata...

Walaikumussalam, ambillah manfaat daripada blog ini, semoga boleh meningkat iman dan taqwa.

Tanpa Nama berkata...

I didn't understand the concluding part of your article, could you please explain it more?

Tanpa Nama berkata...

I really like when people are expressing their opinion and thought. So I like the way you are writing

fikrah islamiah berkata...

Terima kasih atas pandangan. Tetapi kalau anda tidak fahaman apa yang dijelaskan, eloklah dinyatakan bahagiannya agar dapat panjangkan ulasannya.

Tanpa Nama berkata...

salam ust...sy nk tnye...cm ne lau wat Al-quran 2 sbg mas kahwin...leh ke?
tq..

fikrah islamiah berkata...

Sebelum menjawab soalan itu, suka yang mencadangkan supaya sebarang ulasan ditulis dalam ejaan yang betul. Lainlah kalau kita guna hp cukup dengan cara sms.
Mengenai maskahwin, syaratnya mestilah barang berharga dan bernilai dan bermanfaat. Atas syarat itu bolehlah naskhah al-Quran dijadikan maskahwin asalkan bernilai RM300 (untuk Selangor). Kalau di negeri lain mesti mengikut nilai di negeri tersebut. Lebih nilai tidak mengapa, jangan kurang.