01 September 2009

Orang UMNO pun nak masuk syurga

Ahmad Baei Jaafar

Saya rasa kagum dengan pemimpin UMNO kerana cukup sensitif dengan isu tidak masuk syurga. Mereka rasa tercabar kalau dikatakan segala kerja mereka tentang Islam tidak membolehkan mereka masuk syurga. Sudah banyak kerja kebajikan yang dilakukan, takkan tidak dinilai oleh Allah?

Sebenarnya rasa itu adalah rasa orang Melayu keseluruhannya. Bayangkan kalau kita kata kepada seorang Melayu, “kamu ni hamba duit” dia cukup marah walaupun sebenarnya mereka memang cinta dan terpengaruh dengan duit. Malah mereka akan lebih marah kalau kita kata kepada seseorang, “kamu bukan Islam” walaupun dia tidak pernah melakukan solat.

Tapi kadang-kadang sikap orang Melayu seperti itu perlu dicabar supaya mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan. Orang Melayu yang cinta dunia perlu disedarkan bahawa sikapnya itu salah. Kalau dia mahu menerima teguran itu maka bolehlah kita mula tunjukkan kepadanya jalan yang benar.

Begitu juga orang Melayu yang tidak mahu melakukan solat, elok juga sesekali dikertak bahawa mereka akan dicampakkan ke dalam neraka. Kalau dia boleh insaf dengan cara itu, barulah boleh dipujuk supaya melakukan solat. Semua itu perlu dilakukan secara berhikmah dan penuh strategi.

Merujuk kepada kes di atas cuba kita halusi apa yang dikatakan Tok Guru Nik Aziz, “ajaran Islam seperti yang dibawa Umno tidak boleh membawa penyokongnya masuk syurga.”

Berdasarkan kenyataan itu seharus apa yang mereka lakukan selama ini dinilai semula oleh pemimpin UMNO dengan cermat, apakah ajaran Islam yang dibawa mereka selama ini betul atau tidak. Sepatutnya ulama UMNO kena bercakap dan memberi penjelasan bagi menafikannya. Tetapi sehingga ke hari ini tidak ada ulama mereka yang bercakap kecuali Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Itupun sekadar menyebut keputusan yang pernah dibuat pada tahun 2001.

Sebagai contoh boleh kita lihat ucapan dan tindakan mereka yang boleh dikaitkan dengan ajaran Islam UMNO:

1. 1. Hukum sebat atas kesalahan minum arak tidak boleh laksanakan kerana tidak ada pakar rotan bagi kesalahan jenayah syariah. Ucapan Menteri Dalam Negeri itu kalau dianggap ajaran Islam UMNO sudah tentu salah kerana hukum dan undang-undang sudah diluluskan, maka pakar perotan juga perlu diwujudkan serentak. Jadi, alasan itu ternyata bercanggah.

2. 2. Hukuman sebat itu perlu dikaji semula termasuk boleh diberi kemaafan kerana dia sudah insaf. Pandangan pemimpin UMNO ini adalah dikira ajaran Islam UMNO, sedangkan dalam Islam hukum atas kesalahan minum arak tidak boleh dimaafkan oleh manusia.

3. 3. Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama... bahaya. Kerana nak menang pilihan raya, sanggup gadai agama. Ucapan TPM ini menggambarkan ajaran Islam UMNO, agama dan politik terpisah, tidak boleh masuk campur. Ajaran ini bertentangan dengan Islam kerana politik sebahagian daripada Islam.

Sekadar menyebut tiga contoh yang terbaru ini, wajarkan Allah menilai ajaran mereka untuk dimasukkan ke dalam syurga? Jadi, ulama UMNO perlu menilai semula semua ajaran Islam yang masih dipegang sehingga ke hari ini supaya ia bersesuai dengan Islam sebenar.

Kalau mereka tidak mahu menilai semula dan mengekalkan ajaran itu, saya bimbang akan ramai lagi orang UMNO yang sedar kesilapan itu akan keluar dan masuk parti PAS. Hal ini kerana orang Melayu memang sinsitif dengan syurga dan neraka. Mereka sudah pasti tidak mahu masuk neraka.

Kalau orang UMNO bertindak begitu, tentu lebih mudah kepada penyokong yang terdiri daripada orang atas pagar, pegawai kerajaan (tidak jadi ahli) dan sebagai untuk bertindak menolak UMNO. Jadi dalam hal ini sepatutnya pemimpin UMNO berterima kasih kepada Datuk Nik Aziz kerana memberi terguran berguna.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang sepatutnya orang UMNO sedar dengan teguran itu, tetapi itu sifat manusia angkoh, bukan sahaja tak mahu berubah, tetapi Tok Guru pula dikatakan macam-macam. Biar Allah hukum mereka.

naim berkata...

Saya suka baca isu ini...

sesekali perlu ditegur begini kerana asasnya amat kuat.

Soal mereka mahu menyerang semula kpd tok guru, itu hal mereka. Semoga mereka diberi keinsafan juga suatu hari nnt...

MaMa MoDeN berkata...

salam saudara,
mohon copy paste post ni dalam blog saya yer....

sbagai ksinambungan komentar saya dgn puak sebelah sana...

baei berkata...

Boleh, bahkan boleh linkkan blog saya pada blog anda. Semoga ada manfaatnya.

MaMa MoDeN berkata...

salam
Alhamdulillah awal2 lagi saya dah link blog saudara...
terima kasih utk sgala info yg bmanafaat...

memang kita tak boleh taksub ngan manusia, ttapi entah knapa dgn TGNA ni hati jd sensitif bila org cakap yg bukan2. yg bcakap plak org yg entah apa2.... kita bkan org yg slayaknya nak ptikai, mnilai TGNA tanpa sbab kan?

kterlaluankah saya....