26 Oktober 2010

Mujahadah Melawan Nafsu Jadi Agenda Utama


Mujahadah Melawan Nafsu menjadi fokus Solusi Isu no25 kali ini. Mengapa perlu kita melawan hawa nafsu? Bagaimana hendak melawan hawa nafsu dalam diri kita sendiri? Semua persoalan itu akan dikupas dan dijelaskan penyelesaiannya.

Nafsu merupakan musuh manusia yang sangat hampir dengan manusia. Nafsu bersama dengan syaitan tidak pernah mengisytiharkan genjatan senjata dengan manusia. Oleh sebab itu, mereka akan terus berusaha menggagalkan manusia daripada taat kepada Allah.

Jalan Keluar kepada isu ini ialah masing-masing perlu bertindak mengawal nafsu dan syaitan dan kita perlu menunggang kedua-duanya bukan kedua-duanya menunggang kita. Dalam hal ini ulama perlu mampu menundukkan nafsu dan syaitan, dan selepas itu baru orang ramai boleh mengikutnya.

Semoga kita berjaya menyelamatkan diri kita daripada dikudai nafsu dan syaitan. Solusi akan memberi panduan kepada anda semua. Selamat Membaca.

3 ulasan:

matebesau berkata...

salam.
tak sabar nak dapatkan keluaran yg ni pulak.
mesti sangat menarik.
sebagai seorang remaja yg masih belajar,saya tak terlepas dari semua ni..
doakan saya!!
terima kasih.
insyaallah..
alhamdulillah..makin banyak yg saye belajar dari Solusi...

baei berkata...

Saya doakan anda berjaya dalam apa yang diharapkan. Yang penting selari dengan kehendak Allah.

matebesau berkata...

amin..insyallah...sentiase saye berusaha utk menjadi selari dengan kehendak DIA..terima kasih..