16 Mei 2010

Selamat Hari Guru kepada kalian guruku

Ahmad Baei Jaafar

Tanggal 16 Mei disambut seluruh Malaysia sebagai Hari Guru. Walaupun kita baru sahaja menyambut hari ibu, hari pekerja, hari jururawat dan juga hari belia namun hari guru perlu diberi lebih perhatian oleh semua pihak. Kenapa? Jawapannya mudah, sebab setiap seorang yang hidup di dunia ini tidak terkecuali daripada dididik oleh guru.

Siapapun ada, pensyarah, peguam, hakim, perdana menteri, menteri, penghulu dan siapa juga bermula dari guru darjah satu. Dia yang mengajar membaca dan mengira sehingga kita mereka menjadi orang yang hebat. Jadi, semua orang harus mengenang jasa guru kita sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah mati.

Ketahuilah seramai-ramai guru yang ada di dunia ini, guru agama tidak boleh dilupakan kerana merekalah yang menyelamat iman manusia. Kalau guru biasa memberi ilmu mengenali alam ini tetapi guru agama menjaga manusia daripada melakukan dosa. Guru agama lebih penting dalam hidup malah dia boleh menyelamatkan di akhirat.

Jadi, hormatilah guru agama seadanya. Mutiara ilmu yang disampaikan perlu disebarkan kepada orang ramai. Tetapi keburukan dan kelemahannya harus disembunyikan. Hal ini kerana yang manfaat lebih besar daripada mudaratnya. Maka yang mudarat tinggalkanlah.

Kepada guru biasa anda tetap berjasa, tanpa anda saya dan orang lain tidak kenal dunia. Tidak tahu bagaimana hendak mengurus dunia. Namun guru agama melengkapkan dunia itu dengan menyempurnakan kehidupan di akhirat. Jadi kedua-dua guru itu amat diperlukan dalam satu masa.

2 ulasan:

Kang nasir berkata...

Ilmu ALLAH amat luas,
tiada bertepi, tiada penghujungnya.
tksh kpd semua yg sering memberi nasihat pandangan juga komen2 utk kebaikan bersama.
anda juga adalah guru2 ku ketika ini.

selamat hari guru kpd semua.
Tksh kpd semua guru2,
tksh pengorbanan mu,
tksh keikhlasan mu,
tksh
perjuangan mu,
tksh mendidik anak bangsa ku.

baei berkata...

Terima kasih kerana meletakan saya sebagai gurumu dan semua. Saya akan terus mendidik anak bangsa melalui pendekatan ini.