Ahmad Baei Jaafar
Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.
Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.
Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.
Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.
Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.
Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.
1. Waktu merajuk
Bil | Sikap | Maksudnya | Mengatasinya |
1 | Tiba-tiba tak mahu bercakap | Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu | Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf |
2 | Tiba-tiba marahkan suami | Dia cemburu dengan tindakan suami | Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu |
3 | Tiba-tiba menangis | Dia sakit hati dengan tindakan suami | Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang. |
4 | Tidak mahu memberi khidmat | Dia sungguh kecewa dengan sikap suami | Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir |
Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.
2. Waktu gembira
Bil | Sikap | Maksudnya | Mengatasinya |
1 | Dia sudah rajin masak | Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya | Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya |
2 | Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami | Dia puas hati dengan tindakan suami | Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu |
3 | Dia siap untuk tidur awal | Dia sudah akur dengan kehendak suami | Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri |
4 | Dia bercakap dengan nada manja | Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga | Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra |
Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.
3. Waktu benci
Bil | Sikap | Maksudnya | Mengatasinya |
1 | Kehendak suami tidak dilayan | Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk | Baiki kesilapan bukan mempertahankannya |
2 | Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik | Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik | Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan |
3 | Makan tidak selera | Dia mahu simpati daripada suaminya | Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat |
4 | Tidur seorang diri | Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya | Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang |
Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.
4. Waktu mengharap
Bil | Sikap | Maksudnya | Mengatasinya |
1 | Muka masam | Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan | Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya |
2 | Meminta maaf sambil menangis | Dia benar-benar insaf | Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu |
3 | Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya | Dia hendak meminta suami membelinya | Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak |
Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.
8 ulasan:
Assalamualaikum ust Baei,
Satu garapan yg menarik. Erk.. selalunya isteri tiada masalah nak meluangkan masa membaca dan meperbaiki diri, yang menjadi masalah bila suami tidak mahu menambahkan ilmu dan memperbaiki diri... :)
Apa solusi?
Yes exactly, in some moments I can say that I jibe consent to with you, but you may be considering other options.
to the article there is stationary a definitely as you did in the downgrade efflux of this request www.google.com/ie?as_q=xion audio player 1.0.95 ?
I noticed the phrase you suffer with not used. Or you use the dreary methods of development of the resource. I suffer with a week and do necheg
Kena kempen supaya suami membaca artikel ini. Sama-sama baca dan sama-sama buat perubahan baru berjaya dan damai.
salam ..saya suka baca artikel ini..syukran kena mengajar suami memahami isteri.. dari seorang isteri yang baru sahaja dimarahi suami..
Baca juga artikel lain mengenai hukum rumah tangga. baca bersama suami.
Salam...
Syukran. Perkongsian yang sangat berguna ustaz..
harap ada vice versa juga ustaz.. :)
'bahasa suami yang perlu difahami isteri'
Sudah ada sebelum ini, boleh rujuk pada tajuk lalu atau guna enjen cari "hati suami"
salam. t.kasih banyak-banyak atas info ini.
Catat Ulasan