Tahniah Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Saya doakan dengan pengisytiharan ini, negeri Perak akan lebih maju sekali gus menyelamatkan negeri daripada kemelut yang merugikan rakyat.
Saya lihat tindak yang bakal diambil itu amat baik dan perlu dilakukan segera sebelum dipintas oleh pihak lain yang berkepentingan. Alasan pembubaran DUN perlulah berasaskan kepentingan rakyat daripada kepentingan politik. Sultan yang berjiwa rakyat akan mempertimbangkan itu dengan sebaiknya.
Bukti kekecohan dalam dewan dan di luar dewan boleh dijadikan hujjah yang kuat untuk mendapat simpati sultan. Rakyat sultan tidak seharusnya menjadi mangsa pertelagahan politik yang amat memalukan ini.
Allah pasti memehak kepada kebenaran selagi kebenaran itu menggunakan sterategi yang betul dalam urusan pentadbiran negeri ini. Selamat Berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan